7 CARA ELAK PERKARA TIDAK DIINGINI DI TAMAN PERMAINAN KETIKA BERSAMA ANAK-ANAK

Salam dan hai semua.. Baru-baru ni Furqan dan Fyrash request dengan Babah dorang untuk dibawa ke Playground. Dorang memang suka ke taman permainan ni terutama bila Babah dorang cuti dan ada di rumah. So, baru-baru ini kami bawa dorang ke taman permainan di Teluk Likas

Membawa anak-anak ke taman permainan  memang akan menggembirakan hati anak-anak. Akan tetapi, selalunya apabila anak berada di tempat permainan, dorang memang sangat aktif dan berlari-berlari. Keadaan ini membuatkan kita sukar mengawal mereka terutama di kawasan terbuka seperti ini dan sekiranya ramai pengguna taman permainan tersebut

TAMAN PERMAINAN

Menghabiskan masa bersama anak-anak memang seronok 🙂

Saya kongsikan di sini 7 perkara yang boleh dan perlu ibu bapa lakukan sebelum dan semasa anak-anak berada di taman permainan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini

1 . Buat perjanjian dengan anak terlebih dahulu

Cara ini saya lakukan sebelum sampai ke taman permainan. Selalunya kami berjanji akan membawa mereka ke taman permainan dengan syarat mereka tidak berlari-lari dan tidak melakukan sesuatu yang mencederakan

2. Awasi anak-anak

Pemantauan daripada orang dewasa terutama ibu bapa adalah sangat perlu sepanjang anak-anak berada di taman permainan. Keselamatan dan gerak geri mereka perlu diawasi agar sesuatu yang di luar jangkaan tidak berlaku. Perlu diingat, kanak-kanak sukar untuk mengenal pasti bahaya yang mendatang kerana mereka hanya fokus untuk bermain semata-mata

3. Perhatikan tingkah laku anak

Sebelum berlaku sesuatu yang merbahaya, ibu bapa harus perhatikan tingkah laku anak-anak seperti bergaduh, tolak-menolak dan menggunakan peralatan di luar kawasan permainan yang disediakan. Perkara-perkara ini jika tidak dicegah sejak mula, mungkin akan mendorong kepada kemalangan di taman permainan

4. Pakai pakaian yang sesuai

Memakai pakaian yang sesuai adalah sangat penting buat kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti kanak-kanak lain terpijak pakaian mereka dan menyebabkan mereka terjatuh atau tercedera

5. Bergantung kepada keadaan cuaca

Sebelum mengambil keputusan membawa anak-anak ke taman permainan, ibu bapa harus melihat keadaan cuaca terlebih dahulu. Permukaan peralatan-peralatan di taman permaian akan menjadi licin sekiranya hari hujan

6. Elak bawa permainan lain

Pastikan anak-anak tidak membawa basikal atau permaian yang tidak berkaitan ke dalam kawasan permainan bagi mengelakkan kemalangan atau kehilangan permainan tersebut

7. Kenal pasti taman permainan yang selamat

Sila pastikan taman permainan yang menjadi pilihan anda dan anak-anak selamat dan diselenggarakan dengan baik. Antara ciri utama taman permainan yang disleenggarakan dengan baik adalah tiada bucu-bucu yang tajam atau berjeriji, tiada tapak permukaan yang terbiar atau tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang

Apapun, jika sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini silalah bawa anak dengan segera untuk pemeriksaan lanjut. Bermain di taman permainan mempunyai risikonya yang tersendiri. Pastikan anda dan anak-anak sama-sama berhati-hati

Love,

Aryn Fadz Lee

2 thoughts on “7 CARA ELAK PERKARA TIDAK DIINGINI DI TAMAN PERMAINAN KETIKA BERSAMA ANAK-ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge