TRAGEDI IBU BUNUH DIRI – IBU BERPANTANG HARUS DAN PERLU DIBERI LEBIH PERHATIAN

Salam dan hai semua. Viral di Newsfeed Facebook saya tentang 1 artikel akhbar Harian Metro yang  bertajuk ‘Tragedi hari ke-10’ yang mana seorang ibu yang baru bersalin dipercayai terjun daripada tingkat 26 sebuah pangsapuri dipercayai akibat kecewa kerana gagal memberikan susu ibu kepada anaknya yang berusia 10 hari

tragedi ibu terjun tingkat 10

Ada sebab kenapa ibu ini sangat melakukan sedemikian

Allah..Sungguh saya sangat-sangat simpati dengan ibu tersebut. Membunuh diri bukan jalannya. Tapi saya percaya mesti ada sebab yang kuat hingga ibu sanggup melakukan sedemikian rupa.

Ramai yang berkata, antara penyebab berlakunya targedi ini adalah tekanan yang hadir kerana ibu gagal menyusukan anak. Ada yang kata ini semua disebabkan ibu stres sehingga meroyan.

Jangan ambil mudah bila ibu yang baru bersalin mula stres. Itu mungkin tanda ibu meroyan

Jangan ambil mudah bila ibu yang baru bersalin mula stres. Itu mungkin tanda ibu meroyan

Sunnguh saya tidak mahu komen apa-apa, kerana saya tidak mengenali mangsa. Mungkin banyak faktor selain penyusuan susu ibu yang menyebabkan beliau begitu tekad sehinga mengambil keputusan sedemikian. Sebagai ibu yang mengamalkan Breastfeeding dan sudah mempunyai 3 orang cahayamata,  1 benda yang saya percaya. Menjadi ibu terutama menjadi ibu baru bukanlah mudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi jika kurang ilmu di dada

Menjadi ibu perlukan kesabaran dan kekuatan dalaman. Menjadi ibu yang baru dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil, perlukan kekentalan semangat yang tinggi. Sebab itu, semasa berpantang ibu perlukan penjagaan sebaiknya selepas mengalami episod kesakitan yang teramat semasa melahirkan. Apatah lagi, kalau ibu mengalami pelbagai komplikasi semasa bersalin.

Kerana itu, tidak hairan ramai ibu yang trauma untuk mengandung kembali. Lain lagi bila anak mengalami bacaan kuning yang tinggi. Ibu perlu berulang alik ke klinik dan menahan hati melihat anak balik-balik dijarum untuk diambil darah. Ada juga ibu yang hilang keyakinan tinggi apabila melihat bentuk badan tidak lagi seperti dulu

Semua ini melibatkan emosi si ibu. Emosi ibu semasa pantang perlu diberi perhatian yang lebih. Ini kerana ia boleh membawa ibu kepada Monday Blues atau bahasa melayunya meroyan. Emosi yang tidak stabil juga mempengaruhi penghasilan susu ibu

Oleh itu, wahai bakal-bakal ibu. Sebelum melahirkan anak, carilah ilmu sedalamnya. Banyak ilmu perlu digali sebelum melahirkan. Selain ilmu penyusuan, ilmu penjagaan bayi, ilmu penjagaan diri sendiri dan banyak lagi perlu kita ketahui. Cari dan galilah. Janganlah tunggu sehingga bayi lahir baru kita tergapai-gapai mencari ilmu

Bawalah suami dan keluarga berbincang tentang pilihan dan option yang ada. Banyak yang perlu difikirkan dan dirancang. Rancanglah seawalnya dan bertindaklah

Bagi para suami, lakukanlah peranan anda. Ibu yang berpantang perlukan sokongan anda. Bersama-samalah menghadapi keadaan ini sebaiknya dengan si isteri. Jangan biarkan isteri berkeseorangan dalam melalui situasi dan keadaan baru ini.  Hargailah mereka, ucapkanlah sayang. Ada ketika isteri letih atau marah-marah, layanilah mereka. Mereka telah berjuang sehabis nyawa untuk melahirkan zuriat tersayang.

Buat semua para ibu, yakinlah anda adalah seorang yang kuat. Kekuatan kita semasa melahirkan sudah cukup membuktikan betapa kita ini kuat. Alalh kurniakan kita bayi kerana tahu kita kuat untuk menjalani kehidupan dengan seorang lagi anugerah Allah. Berdoa, berdoa , berdoa dan memohonlah kepdaNya agar dipermudahkan dalam membesarkan anak dan dikuatkan semangat menghadapi hari-hari mendatang sebagai seorang ibu.

Love, 

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge