NASI LEMAK KELUARGA HEBAT – PERNIAGAAN OFFLINE KAMI

Salam dan hai semua. Dekat 2 bulan sudah saya memulakan perniagaan Nasi Lemak kami secara offline..

Alhamdulillah.. Sambutan sentiasa di luar jangkaan. Semuanya daripada Allah jua. Dan kami sentiasa ada pelanggan tetap yang membeli setiap hari dengan kami

Tidak sangka perniagaan nasi lemak kami ini semakin mendapat sambutan

Tidak sangka perniagaan nasi lemak kami ini semakin mendapat sambutan

Kebiasaannya, setiap Isnin hingga Khamis saya kirim dengan suami utk dijual di pejabat beliau. Dan setiap Sabtu dan Ahad, kami jual di kampung pula.

Alhamdulillah juga. Kebanyakan pelanggan ย berpuas hati dengan Nasi Lemak kami. Dan seronok sebab pelanggan-pelanggan ini tolong recommend lagi dengan keluarga dan rakan-rakan mereka

Tapi, jangan tidak tahu. Cabaran untuk menyiapkannya tidak mudah. Dengan menjaga 3 orang anak kecil saya perlu bangun awal pagi untuk mula memasak. Dan selalunya saya akan berhenti dalam setengah jam dalam setiap jam untuk menyusukan 2 anak saya

Antara komen pelanggan yang berpuas hati :)

Antara komen pelanggan yang berpuas hati ๐Ÿ™‚

Tapi, bisnes Shaklee saya masih berjalan seperti biasa. Perniagaan ย Nasi Lemak ini adalah untuk menambah pengalaman dan untuk ramaikan kenalan. Dan salah satu penyebabnya juga adalah supaya mudah untuk kami bersedekah ๐Ÿ™‚

Terima kasih pada suami tersayang yang sentiasa membantu dan menyokong isterinya tercinta ini dalam apa jua bisnes dan keadaan.

Terima kasih pada keluarga kerana sentiasa membantu dan menyokong perniagaan kami ini

Terima kasih juga pada semua pelanggan kami kerana sentiasa menyokong dengan meng’order’ Nasi Lemak Kasih Sayang kami ๐Ÿ™‚

Insha Allah.. Nant saya kongsikan resepi Nasi Lemak kami ini, k!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge