KELUARGAHEBAT.COM KINI SETAHUN!

Salam hujung minggu semua. Tidak sangka nama yang kami pilih keluargahebat.com kini sudah berusia setahun. Rasanya bagai baru sahaja kami berfikir-fikir dan sediakan beberapa nama untuk blog kami setahun yang lalu. Eh, sebenarnya 2 tahun yang lalu. Tapi setahun sebelum tu tak terbuka langsung domain ini disebabkan kurangnya ilmu

Syukur alhamdulillah, Allah ilhamkan kami satu nama yang awesome. Nama ni bukan sahaja mudah diingat akan tetapi mudah menjadi trademark kepada kami. Asal sebut keluargahebat, orang terus kaitkan dengan kami. Terima kasih Allah ๐Ÿ™‚

Rasanay mau tukar dah gambar ni.. Hehe

Rasanya mau tukar dah gambar ni.. Hehe

Untuk makluman, domain name adalah nama blog pilihan kita yang kita beli agar nama itu tidak diambil oleh orang lain. Contoh seperti www.keluargahebat.com. Domain name adalah penting kerana ia dianggap sebagai alamat rumah atau alamat blog kita

Domain pula perlu datang bersama dengan hosting. Hosting pula adalah rumah kita. Tempat di mana kita simpan gamabr-gambar, maklumat-maklumat atau data seperti yang kita tulis dalam entry

Hosting ada yang berbayar seperti yang saya gunakan ini dan ada juga hosting percuma seperti blogspot.my. Anda boleh memilih mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda betul-betul serius dengan berblogging saya cadangkan anda pilih hosting berbayar seperti saya agar maklumat atau entry kita terjamin keselamatannya danย tidak mudah hilang

Jika anda berniat ingin mempunyai domain dan hosting sendiri, anda boleh hubungi saya atau klik di link iniย http://client.saleiz.com/aff.php?aff=46

Apa yang bestnya jika kita mempunyai domain sendiri, kita yakin yang nama itu kita punya seorang dan boleh membuatkan orang ingat kita directly bila menyebut doamin name itu. Kita akan rasa istimewa, kan??? ๐Ÿ™‚

Dan semakin lama saya makin seronok menulis. Saya bukan saja menulis untuk menjana income tapi atas tujuan ingin membantu lebih ramai orang lain. Seronoknya juga, saya mengenali ramai orang melalui blog ini. Ini membuatkan saya rasa sangat gembira kerana penulisan saya telah membantu ramai orang

Doakan saya agar boleh membantu lebih ramai orang dengan penulisan saya di sini. Terima kasih pada anda semua yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa mengikuti update di blog ini ๐Ÿ™‚

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

6 thoughts on “KELUARGAHEBAT.COM KINI SETAHUN!

  1. tahniah neni! thanks juga sebab dah guide bel dalam ber’blog’ ni… rasa fun juga bila bercakap menggunakan blog… I always need ur guide. once again thank u so much!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge