5 CARA LEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK SYURGA KITA

Salam dan hai semua.. Anak-anak adalah anugerah yang terindah dari Yang Maha Esa. Tapi, jangan lupa mereka juga adalah ujian daripada Tuhan

Mempunyai anak bukannya mudah. Semakin mereka membesar, semakin banyak cabaran yang akan kita hadapi sebagai ibu dan bapa. Anak degil, keras kepala mungkin adalah antara ucapan yang mungkin keluar daripada mulut ibu bapa apabila marah sudah menjelma

cara lembutkan hati anak

Hari ini saya ingin kongsikan 5 cara untuk lembutkan hati anak. Moga dengan cara ini, anak-anak akan semakin lembut hati dan mendengar kata

1 . Dekati anak untuk respon yang lebih

Menjerit bukan satu langkah yang bijak apabila anak tidak mendengar kata, malah kurang efektif untuk dipraktikkan. Sebaliknya, si anak akan memberi respon yang lebih baik sekiranya ibu bapa datang bersemuka dengan mereka.

Paling penting, apabila anak berada di hadapan mata, anda dapat lihat adakah anak beri perhatian atau tidak terhadap apa yang anda katakan. Tidak dinafikan, bersemuka dengan anak menuntut waktu yang lebih tetapi bila dilakukan berulang kali, hasilnya pasti berbaloi

2 . Belajar kawal emosi

Kebiasaannya, ibu bapa yang marah akan meninggikan suara apabila anak tidak menuruti pemintaan dan nasihat mereka. Akibatnya, si anak akan berikan sepenuh pehatian terhadap apa yang anda katakan. Hakikatnya, kini bukan itu yang terjadi. Anak-anak mungkin diam ketika ibu bapa sedang beremosi tetapi mereka kurang mendengar butir bicara yang anda luahkan ketika itu

Sebenarnya, anak-anak ini akan memberi tumpuan kepada emosi dan bukannya perkataan yang diucapkan. Oleh itu, berbicaralah dengan jelas, tenang dan khusus bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Lantaran itu, berfikirlah sebelum bertindak dan tentukan apa yang anda inginkan. Jadikan kata-kata atau arahan yang anda berikan sebagai penyampaian yang berkesan buat mereka

3 . Berusaha dan berubah

Menjadi ibu dan bapa yang baik bukannya mudah. Bertindaklah dan berusahalah untuk mengubah diri sekarang

4. Berfikirlah sebelum bercakap

Katakan anda berjanji untuk membawa anak-anak ke tempat yang mereka sukai tetapi anda pulang lambat kerana menyiapkan tugasan di pejabat. Tidak cukup dengan itu, anda minta bantuan mereka untuk mengemas ruang tamu yang bersepah  dan jika tidak disiapkan, maka perjanjian anda akan dibatalkan

Situasi ini tentunya mewujudkan rasa tidak puas hati anak terhadap ibu dan bapa sekaligus melahirkan anak-anak yang berfikiran Selective Hearing.

Sebaiknya, sebagai ibu bapa yang adil dan bertanggungjawap, ibu bapa harus mengambil masa untuk berfikir sebelum mengeluarkan arahan dan jangan lupa pastikan arahan tersebut jelas dan mudah difahami oleh anak-anak

5. Berdoa dan berzikir

Doa ibu bapa adalah antara doa yang tiada hijab dengan Allah. Berdoalah sepenuh hati dan memohonlah dengan serendah hati untuk dilembutkan hati anak-anak dan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah

Sedekahkan Al-Fatihah pada anak-anak setiap satu dengan menyebut nama mereka masing-masing dan mohonlah apa yang anda mahu. Amalkan juga zikir Ya Latif serta hembuskan di ubun-ubun kepala mereka bagi melembutkan hati mereka.

Selamat mencuba ibu-ibu dan bapa-bapa. Jangan pernah berputus asa dengan anak anda..

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

2 thoughts on “5 CARA LEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK SYURGA KITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge