Archive | October 2015

TRAGEDI IBU BUNUH DIRI – IBU BERPANTANG HARUS DAN PERLU DIBERI LEBIH PERHATIAN

Salam dan hai semua. Viral di Newsfeed Facebook saya tentang 1 artikel akhbar Harian Metro yang  bertajuk ‘Tragedi hari ke-10’ yang mana seorang ibu yang baru bersalin dipercayai terjun daripada tingkat 26 sebuah pangsapuri dipercayai akibat kecewa kerana gagal memberikan susu ibu kepada anaknya yang berusia 10 hari

tragedi ibu terjun tingkat 10

Ada sebab kenapa ibu ini sangat melakukan sedemikian

Allah..Sungguh saya sangat-sangat simpati dengan ibu tersebut. Membunuh diri bukan jalannya. Tapi saya percaya mesti ada sebab yang kuat hingga ibu sanggup melakukan sedemikian rupa.

Ramai yang berkata, antara penyebab berlakunya targedi ini adalah tekanan yang hadir kerana ibu gagal menyusukan anak. Ada yang kata ini semua disebabkan ibu stres sehingga meroyan.

Jangan ambil mudah bila ibu yang baru bersalin mula stres. Itu mungkin tanda ibu meroyan

Jangan ambil mudah bila ibu yang baru bersalin mula stres. Itu mungkin tanda ibu meroyan

Sunnguh saya tidak mahu komen apa-apa, kerana saya tidak mengenali mangsa. Mungkin banyak faktor selain penyusuan susu ibu yang menyebabkan beliau begitu tekad sehinga mengambil keputusan sedemikian. Sebagai ibu yang mengamalkan Breastfeeding dan sudah mempunyai 3 orang cahayamata,  1 benda yang saya percaya. Menjadi ibu terutama menjadi ibu baru bukanlah mudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi jika kurang ilmu di dada

Menjadi ibu perlukan kesabaran dan kekuatan dalaman. Menjadi ibu yang baru dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil, perlukan kekentalan semangat yang tinggi. Sebab itu, semasa berpantang ibu perlukan penjagaan sebaiknya selepas mengalami episod kesakitan yang teramat semasa melahirkan. Apatah lagi, kalau ibu mengalami pelbagai komplikasi semasa bersalin.

Kerana itu, tidak hairan ramai ibu yang trauma untuk mengandung kembali. Lain lagi bila anak mengalami bacaan kuning yang tinggi. Ibu perlu berulang alik ke klinik dan menahan hati melihat anak balik-balik dijarum untuk diambil darah. Ada juga ibu yang hilang keyakinan tinggi apabila melihat bentuk badan tidak lagi seperti dulu

Semua ini melibatkan emosi si ibu. Emosi ibu semasa pantang perlu diberi perhatian yang lebih. Ini kerana ia boleh membawa ibu kepada Monday Blues atau bahasa melayunya meroyan. Emosi yang tidak stabil juga mempengaruhi penghasilan susu ibu

Oleh itu, wahai bakal-bakal ibu. Sebelum melahirkan anak, carilah ilmu sedalamnya. Banyak ilmu perlu digali sebelum melahirkan. Selain ilmu penyusuan, ilmu penjagaan bayi, ilmu penjagaan diri sendiri dan banyak lagi perlu kita ketahui. Cari dan galilah. Janganlah tunggu sehingga bayi lahir baru kita tergapai-gapai mencari ilmu

Bawalah suami dan keluarga berbincang tentang pilihan dan option yang ada. Banyak yang perlu difikirkan dan dirancang. Rancanglah seawalnya dan bertindaklah

Bagi para suami, lakukanlah peranan anda. Ibu yang berpantang perlukan sokongan anda. Bersama-samalah menghadapi keadaan ini sebaiknya dengan si isteri. Jangan biarkan isteri berkeseorangan dalam melalui situasi dan keadaan baru ini.  Hargailah mereka, ucapkanlah sayang. Ada ketika isteri letih atau marah-marah, layanilah mereka. Mereka telah berjuang sehabis nyawa untuk melahirkan zuriat tersayang.

Buat semua para ibu, yakinlah anda adalah seorang yang kuat. Kekuatan kita semasa melahirkan sudah cukup membuktikan betapa kita ini kuat. Alalh kurniakan kita bayi kerana tahu kita kuat untuk menjalani kehidupan dengan seorang lagi anugerah Allah. Berdoa, berdoa , berdoa dan memohonlah kepdaNya agar dipermudahkan dalam membesarkan anak dan dikuatkan semangat menghadapi hari-hari mendatang sebagai seorang ibu.

Love, 

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

7 PUNCA KENAPA SUSU IBU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua. Maaf, agak sibuk minggu lepas. Sampai update 1 entry ja dalam semiggu. Minggu ni, Insha Allah, I’m back. Hehe..

Baru dapat whatsapp dari seorang ibu yang baru melahirkan. Anak sudah berusia 3 minggu tapi susu ibu makin kurang. Kalau diikutkan susu ibu semakin banyak pada ketika ini kerana bayi makin kerap menyusu lebih-lebih lagi kuning bayi sudah tiada. Tapi kenapa susu ibu boleh kurang?

punca susu ibu kurang

Ada beberapa faktor yang memungkinkan kurangnya susu badan. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri  yang telah mengamalkan penyusuan susu ibu selama hampir 5 tahun dan tandem nursing selama 3 tahun serta melalui  pembacaan dan ilmu-ilmu Breastfeeding daripada ramai Pro Breastfeeding. Antara penyebab susu ibu kurang adalah;

1 . Stress

Stres sangat-sangat mempengaruhi emosi ibu yang menyusukan anak. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya

Kerana itu sangat penting  untuk ibu kurangkan stres. Iyalah, memang tidak mudah untuk tidak stres lebih-lebih jika kita mengalami masalah seperti kuning bayi tinggi, anak ramai yang perlu diuruskan pada masa yang sama dan sebagainya. Akan tetapi, ambillah sedikit masa untuk anda menikmati saat-saat anda bersama bayi yang baru lahir ini. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan anda berdua malah membuatkan anda dan bayi lebih gembira. Nikmati saat ini kerana saat ini akan berlalu dengan begitu cepat dan tidak akan berulang lagi

2 . Faktor pemakanan

Ibu yang menyusui anak perlukan makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat, serta lebih gembira selepas penat menjaga bayi. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, banyak gula, banyak garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

3 . Kekerapan bayi menyusu

Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dahulu

4 .Bayi tidak menyusu dengan efektif

Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan  efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu

5 . Kurangnya demand dan supply

Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Adakalanya bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang

6 . Pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu perlu dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan

7 . Kurangnya minum air

Ibu yang mengamalkan Breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mengcukupkan keperluan air di dalam tubuh. Almaklumlah, susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Dahlah baby hisap yang 70% tu, badan kita pastilah perlu banyak air lagi untuk bekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untk elakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga

Selain cuba mengelakkan 7 perkara di atas yang boleh menyebab kan susu ibu semakin kurang, saya juga konsisten dengan mengambil Set Penyusuan Shaklee agar terus bertenaga untuk menyusukan kedua-dua orang anak sya yang berusia 3 tahun dan 1 tahun

Sila klik di sini untuk dapatkan tips penyusuan yang pernah saya kongsikan di sini. Terima kasih kerana membaca 🙂

Love, 

Aryn Fadz lee l 016-57 9882

Share

5 LANGKAH AWAL YANG ANDA PERLU AMBIL TAHU BILA ANAK MENGHADAPI EKZEMA ATAU RUAM SEHINGGA LUKA DAN BERDARAH

Salam dan hai semua.. Kelmarin lepas saya berWhatsapp dengan sahabat saya yang membeli krim semulajadi Shaklee minggu lepas kerana anak buah beliau yang mengalami ruam dan gatal-gatal ynag teruk sehingga luka-luka. Alhamdulillah.. Katanya, luka dan gatal-gatal semakin baik

Herbal blend shaklee

Antara kelebihan Herbal Blend ini yang dikenali sebagai krim ajaib Shaklee

Saya sangat gembira mendengar khabar begini. Iyalah, saya tahu perasaan ibu bapa dan keluarga jika bayi mempunyai masalah seperti ini. Gatal-gatal, ruam atau bahasa perubatannya ekzema ini boleh menjadi teruk sehingga bahagian yang mengalami masalah tersebut luka dan berdarah. dan ia selalunya mengambil masa yang lama untuk sembuh dan hilang

Testimoni herbal blend

Selain kerap apply Herbal Blend di kawasan yang bermasalah, Customer ini juga mengikut nasihat saya tentang pentingnya menjaga kebersihan bila bersama anak kecil yang bermasalah sepeti ini

Kami sendiri mengalaminya ketika Furqan, anak pertama kami berusia 7 bulan. Bermacam-macam cara kami cari dan gunakan. Dari perubatan tradisional sehinggalah akhirnya berjumpa doktor pakar. Setelah mengetahui cara yang betul menangani masalah ini, barulah gatal-gatal di badan Furqan berkurangan. Saya pernah kongsikan 7 langkah yang saya lakukan untuk mengurangkan ekzema dan ruam anak di sini

Bila ingat-ingat balik, macam ngeri ja tengok muka dan badan Furqan yang merah-merah. Mau ambil gambar diapun rasa sedih sebab sedih tengok ruam-ruam dan merah-merah 1 badan tu. Terpaksa tahan hati dan telinga mendengar macam-macam orang kata dan suruh cuba.  Dengan mencuba pelbagai kaedah, duit pun banyak yang terbang. Allah bagi dugaan yang hebat buat kami

Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah seperti ini, suka saya kongsikan perkara-perkara utama yang perlu dititikberatkan berdasarkan pengalaman, nasihat doktor dan sedikti research yang kami buat semasa Furqan berdepan dengan masalah ini. Antara perkara utama  itu adalah;

1 . Anda perlu cari apa penyebab utama gatal-gatal dan ruam ini berlaku. Pelbagai cara anda perlu cuba untuk mengetahui penyebab masalah ini. Antaranya, mencuba makanan yang mungkin menyebabkan bayi ruam bagi memastikan makanan mana yang dia sesuai dan tidak sesuai, menukar sabun mandi dan pencuci kain bayi yang lebih semulajadi serta bebas bahan kimia dan pantau sama ada tempat yang bermasalah semakin teruk apabila melakukan percubaan tersebut

2 . Bayi seperti ini mempunyai kulit yang sensitif. So, sangat-sangat penting untuk ibu bapa mementingkan kebersihan. Pastikan tangan bayi sentiasa bersih dan kuku sentiasa pendek. Ibu bapa dan sesiapa yang menyentuh bayi juga perlu memastikan diri mereka bersih.

3 . Tukar cadar, selimut dan tuala mereka dengan kerap. Persekitaran yang bersih dan bebas habuk penting buat bayi seperti ini. Salah satu penyebab mereka mengalami masalah ruam dan gatal-gatal ini adalah kerana alergik kepada habuk dan kotoran di udara serta barang-barang yang mereka gunakan

4 . Kulit mereka yang sensitif ini akan menjadi lebih kering dan cepat terluka. Penting untuk elakkan bayi daripada menggaru. Waktu tidur  kebiasaannya adalah waktu bayi kerap menggaru. Anda boleh pakaikan sarung tangan ketika mereka tidur dan pastikan kuku mereka pendek

5 . Ada kemungkinan besar masalah ini juga berpunca dari jenis susu yang mereka minum atau hisap. Oleh itu, adalah sangat-sangat digalakkan ibu memberikan susu ibu sahaja kepada bayi kerana susu ibu mempunyai antibodi yang kuat untuk bayi anda

Saya percaya tidak mudah bagi ibu  bapa menghadapi maslah seperti ini. Dan saya percaya kesabaran yang tinggi sangat dituntut apabila berdepan dengan situasi ini. Sentiasalah berfikiran positif, berdoa agar diketemukan dengan penawarnya dan bersabar sehabis baik. InshaAllah, Allah pasti tunjukkan jalannya

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

DAI’E HAMIDAH, JUARA DAI’E PENDAKWAH MILENIA MUSIM KE 3

Salam dan hai semua. Semalam kami sekeluarga menonton final Pertandingan Dai’e Pendakwah Milenia musim ke-3. Saya memang sukakan rancangan ini kerana banyak input menarik tentang agama yang dapat kita pelajari di samping dapat melihat bagaimana cara penyampaian para peserta yang berbeza. Komen-komen daripada juri juga banyak memberikan pengajaran.

juara dai'e hamidah

Dai’e Hamidah membawa pulang wang tunai RM50, 000, Pakej Umrah, sebuah trofi, saham PNB bernilai RM5, 000 dan juga pengalaman bekerja dengan Media Prima Berhad

Jika diikuti episod lepas, persembahan Dai’e Hamidah dilihat kurang memuaskan. Akan tetapi pada minggu ini, pesembahan Dai’e Hamidah mendapat tepukan yang gemuruh dengan ceramah ‘Aku Pendosa juga ingin ke Syurga’. Ceramah ini begitu menyentuh hati dan menginsafkan dan Dai’e Hamidah dapat meyampaikannya dengan baik sekali. Malah semasa menjawap soalan huraian, pada juri turut berdiri sebagai tanda kagum dengan jawapan Dai’e Hamidah tentang zakat

Dai’e Hamidah juga diberikan kepujian kerana menggunakan dialek negeri Kedah yang mana memberikan ’emergency exit’ kepada beliau ketika menjawap soalan huraian

Dai’e Hamidah juga menjadi Finalis Pilihan D’Herbs yang dipilih sendiri oleh pemilik D’Herbs’ Holding Sdn. Bhd.  Hamidah juga mencipta sejarah sebagai juara Dai’e wanita yang pertama

dai hamidah

Berasal dari Sik Kedah, menggunakan dialek  Kedah dalam persembahannya ternyata mendapat pujian

Namun, lawan beliau Dai’e Fuad dan Dai’e Hidayu juga bukan calang-calang orangnya. Mereka juga memberikan persembahan yang mantap sehingga para juri dan Murabbi, Mudir dan Mudhirah juga berpuashati. Namun, rezeki berpihak kepad Dai’e Hamidah

Tahniah Dai'e Hamidah

Tahniah Dai’e Hamidah

Anyway, Tahniah Dai’e Hamidah. Anda sememangnya layak untuk menjadi juara. Moga perjuangan anda untuk menyebarkan dakwah kepada semua orang dipermudahkan. Aminnn..

Share

BAGAIMANAKAH IBU BEKERJA MENDAPATKAN KULIT GLOWING???

Salaam Maal Hijrah semua.. Kelmarin semasa saya mengupdate status di Facebook, ada sahabat bertanya bagaimana hendak glowingkan kulit

Risau dengan kulit wajah merupakan kerisauan para wanita lebih-lebih setelah menginjak usia 30-an dan bergelar seorang ibu. Apa tidaknya, di usia begini kedutan sudah mula kelihatan dan stres mudah menjengah. Selain tu, faktor pemakanan yang tidak seimbang, kurangnya keprihatinan terhadap penjagaan diri sendiri dan masa yang terhad terhadap diri membuatkan kulit makin kurang glowing

kulit cantik

Syukur Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan kulit yang kurang bermasalah. Akan tetapi, saya juga mengalami masalah kulit berjerawat terutama bila stres, bekas jerawat yang pernah dipicit waktu muda-muda dulu, Blackhead, Whitehead dan kulit yang cepat kusam apabila saya kurang memberikan perhatian pada kulit wajah sendiri

kulit glowing

Muka lepas habis cuci piring lepas kenduri.  No filter, ok 🙂

Dengan menguruskan 3 orang anak secara sendirian tanpa bantuan sesiapa semasa suami bekerja di samping melakukan bisnes dari rumah, memberi masa untuk penjagaan wajah tidak mudah bagi saya. Ada beberapa perkara yang saya lakukan agar wajah kelihatan berseri walaupun punya masa yang sangat terhad. Antaranya;

1 . Minum air melebihi 3 liter sehari

Ini sangat penting bagi saya kerana saya perlukan banyak air bagi terus mengekalkan penghasilan susu ibu yang meriah. Saya juga elakkan meminum minuman sejuk , manis dan berkafein seperti nescafe dan teh

2 . Cuba kekalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Saya akan pastikan dalam sehari hidangan berupa sayur-sayuran dan buah-buahan saya sediakan. Ia penting kerana saya perlukan nutrisi yang cukup untuk bertenaga dan pastikan susu ibu saya penuh nutrisi

3 . Kurangkan stres dan marah

Stres adalah hal yang memang payah unutk saya elak. Dengan dua orang anak lelaki yang aktif dan seorang anak perempuan , bukan mudah untuk elak marah. Sehabis baik, saya akan usaha untuk kurangkan stres dan marah dengan melakukan aktiviti yang saya sukai seperti memasak dan Update blog ini 🙂

4 . Tidak tinggal vitamin dan suplemen

Dengan sumber makanan yang tidak menentu sekarang, saya tahu nutrisi makanan yang saya ambil dalam sehari tidak mencukupi. Saya sangat perlukan suplemen untuk mengcukupkan nutrisi badan saya. Ia juga penting untuk memastikan saya tidak mudah penat dan stres. Antara yang saya konsistenkan adalah minuman tenaga, multivitamin, Milk Booster, Vitamin C dan Lecithin

Antara minuman kegemaran saya dan saya ambil setiap hari

Antara minuman kegemaran saya dan saya ambil setiap hari

5 . Amalan membaca Al-Quran, berzikir dan Tahajjud malam

Amalan ini sangat membantu saya berasa tenang. Saya suka amalkan Surah Yasin, Al-Waqiah dan Al-Mulk setiap hari. Dan saya juga selalunya bangun dalam jam 3-4 pagi untuk bertahajud. Hasilnya badan jadi lebih cergas dan kita akan berasa lebih segar

6 . Mandi awal pagi

Mandi awal pagi adalah antara perbuatan yang digalakkan dalam Islam. Mandi awal membantu kita berasa cergas dan tidak malas-malas. Wajah pun makin berseri. Saya selalunya mandi sebelum Solat subuh. Teringat kawan saya kongsikan tentang nenek beliau yang berusia 80 tahun yang mandi setiap hari pada jam 4 pagi dan kelihatan seperti berusia 60 tahun. Wow!

7 . Sentiasa positif

Untuk berfikiran positif tidak mudah lebih-lebih lagi jika kita berhadapan atau berurusan  dengan ramai orang. Sikap sabar dan positif sangat penting untuk pastikan kita tersenyum selalu. Senyum akan mengurangkan kedut di wajah. Cubalah banyakkan senyum! 🙂

DAPATKAN KULIT SIHAT

Panjang pula perkongsian saya kali ini. Moga bermanfaat buat semua. Buat sahabatku, terima kasih kerana bertanya. Inilah antara rahsia saya 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN ISLAM

Salam Tahun Baru Hijrah buat semua.. Beberapa jam lagi kita akan memasuki ke tahun baru Islam atau tahun baru Hijrah, iaitu 1 Muharram

Jom kita baca Doa AKhir dan Awal Tahun Hijrah ini 🙂

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada Akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Masa nilah sesuai. Jom!

doa akhir tahun hijrah

Manakala Doa Awal Tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam satu Muharram. Maknanya lepas Maghrib malam ni adalah masuk 1 Muharram ya 🙂

Doa Awal Tahun dibaca selepas Maghrib

Doa Awal Tahun dibaca selepas Maghrib

Moga di tahun baru ini, kita lebih baik daripada sebelumnya. Tanamkan dalam diri kita boleh menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah..

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Islam 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share