
Salam dan hai semua.. Menguruskan anak-anak yang aktif tidak mudah lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seorang anak. Ini dialami saya sendiri kerana anak pertama saya, iaitu Furqan memang disahkan oleh doktor yang merawat ekzemanya yang Furqan adalah anak yang aktif ketika dia berumur 7 bulan
Mempunyai anak sebegini bermaksud ibu bapa harus mempunyai kesabaran yang tinggi. Anak-anak sebegini selalunya suka mencuba sesuatu yang baru dan melakukan pelbagai aktiviti. Perkara ini membuatkan ibu bapa selalu hilang sabar
Sehubungan ini, suka saya kongsikan bagaimana menghadapi atau menguruskan anak yang terlalu aktif ini agar anak ini dapat anda kawal, begitu juga kesabaran anda 🙂
Tips dan cara hadapi anak yang terlalu aktif
– Awasi pemakanan mereka
Kurangkan coklat atau makanan manis dalam pemakanan mereka seperti junk food, minuman berkafein, teh manis atau minuman kola. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan akan membuatkan mereka semakin bertenaga dan sangat aktif
– Matikan televisyen
Hadkan masa untuk melihat televisyen atau rancangan yang meibatkan keganasan. Menonton televisyen tidak akan membuatkan anak anda duduk diam. Manakala rancangan yang bersifat keganasan pula akan membuatkan dia belajar bagaimana melakukan keganasan. Dicadangkan 2 jam setiap hari untuk anak anda menonton televisyen, kartun atau pemainan video
– Bermain bersama
Anak-anak yang aktif perlukan lebih perhatian daripada ibu dan bapa. Luangkan masa setiap hari untuk bermain dengan mereka. Di hujung minggu pula anda boleh membawa anak-anak kecil ini bermain di taman permainan dan melakukan aktivti bersama seperti bermain layang-layang dan berbasikal
– Sertai kelas sukan
Ini waktu yang tepat untuk anak anda berlatih sukan kerana aktiviti gerakan ini akan membantu anak-anak jadi lebih fokus. Biarkan ia memilih kegiatan atau sukan yang diminatinya namun pastikan kelas itu berlangsung dalam waktu yang singkat sekurang-kurangnya 30 minit untuk bermain dan 20 minit untuk pelajaran
– Beri Penghargaan
Kerap memberi pujian jika anak berkelakuan baik. Jika sekiranya ia mahukan sesuatu seperti barangan mainan kegeimarannya, anda mungkin boleh membuat perjanjian dengannya terlebih dahulu seperti berjanji akan membelikannya jika ia berjaya membantu bu mengemas rumah setiap hari selama seminggu. Tapi jangan lupa tunaikan janji anda
– Permainan baru
Anak anda sangat menyayangi basikal roda tiganya akan tetapi ia terlalu kecil baginya. Belikan basikal 2 roda dengan 2 roda kecil. Biarkan ia bereksperimen dengan hula hoop, raket tenis dan bola pelbagai ukuran
Menguruskan dan bersabar dengan karenah anak yang aktif memang bukan mudah. Ibu bapa perlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi agar mampu membuat anak ini tidak cepat bosan. Kerjasama anda suami isteri juag penting kerana anak-anak syurga begini akan membuatkan anda cepat letih.
Akan tetapi, sentiasalah beringat yang mereka adalah anugerah Allah. Tidak selamanya mereka akan sebegitu. Hargailah masa bersama mereka dan luangkanlah sedikit masa anda dengan melakukan aktiviti bersama-sama mereka. Ada saatnya anda pasti merindui keletah mereka
Yakinlah, anda adalah ibu bapa terbaik buat anak anda 🙂
P/s : Kalau mahu tidak cepat penat boleh ambil minuman tenaga hebat ini dan ambil B Complex untuk kurangkan stresAryn Fadz Lee l 016-587 9882
kena spend time more kan?
Eintan Nurfuzie recently posted…Busana Melayu Warisan Lama