SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARI KAMI SEKELUARGA

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga..

Tahun ini, Aidil Adha kami disambut dengan kurang kemeriahan. Tahun-tahun lepas selalunya kami adakan kenduri kesyukuran dan acara sukaneka anak-anak. Tapi, tahun ini kami adakan kenduri kesyukuran dan bacaan Yasin untuk mengingati Arwah Datuk yang telah pergi pada 1 Zulhijjah 13 tahun lalu dan semua ahli keluarga yang telah pergi menemui Illahi pada malam hari raya.

Kami  juga memotong kek untuk menyambut hari lahir saya, Fyrash dan Putri yang telah berlalu bersama keluarga dan sanak saudara

Sedikit sambutan Hari Lahir saya,  Fyrash dan Putri

Sedikit sambutan Hari Lahir saya, Fyrash dan Putri

Sesungguhnya tahun ini terasa kesuramannya. Terasa sayu dan pilu bila mendengar takbir raya. Masih lagi saya mencari kelibat Anty pin yang telah pergi meninggalkan kami Aidlfitri lepas. Mata dan hati ini masih tidak berhenti melihat bilik dan tempat yang arwah biasa duduk. Dan yang paling dirindui, masakannya yang sentiasa enak. Kehilangannya pernah saya kongsikan di sini

Takbir raya yang sentiasa meruntun jiwa

Takbir raya yang sentiasa meruntun jiwa

Ya Allah.. AKu tempatkanlah Arwah makcikku Rosneh Bte Harun, Datukku Harun Bin Perhang, bapa mentuaku Abas Bin Sulaiman dan semua ahli keluarga kami yang telah pergi menemuiMu di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn..

Aidil Adha berkaitan dengan ibadah qurban. Bagaimana sanggupnya Nabi Ibrahim menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail. Betapa kuatnya hati Nabi Ibrahim hinggalah Allah jadikan ibadah qurban ini sebagai Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut kepada semua umat Islam yang berkemampuan.

Jika kita di tempat Nabi Ibrahim, sanggupkah kita menyembelih anak sendiri? Lihatlah, betapa kuatnya iman Nabi Ibrahim

Berkorban adalah bertujuan menyucikan, berkorban adalah untuk memberikan kita nikmat berkongsi sedikit kesenangan dengan orang-orang yang memerlukan.  Ibadah qurban juga bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Moga semoga pengorbanan kita akan sentiasa diterima olehNya

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban, anda boleh ke E-Qurban ini

Ingatlah, pengorbanan yang diniatkan Lillahi Taala dan tanpa minta balasan, pasti mendapat ganjaran daripada Yang Maha Esa. Ya Allah, Kau jemputkanlah kami ke rumah Mu, Ya Allah.. Kau jemputkanlah kami mengerjakan HajiMu. Amiiinnn

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge