KERETA SEWA TERBAIK, MURAH DAN SELESA SERTA TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH

Salam dan hai semua.. Baru-baru ni, ramai juga yang menghubungi kami untuk bertanya tentang kereta sewa di kota kinabalu,Sabah ini

Bagi yang pertama kali ke Sabah dan ingin berjalan-jalan ke Kunsadang, Ranau saya sangat-sangat cadangkan anda untuk menyewa kereta atau kenderaan yang sesuai

Ini kerana Kundasang agak jauh dan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dengan jalan yang banyak selekoh dan mendaki bukit. Dan untuk ke tempat-tempat lain yang menarik untuk dikunjungi di Sabah seperti Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Kundasang War Memorial atau Rumah Terbalik di Tamparuli, tempat-tempat ini dikira agak jauh dan perlukan kenderaan untuk ke sana

Selain itu, jika anda membawa ramai ahli keluarga untuk Travelling ke Sabah, anda perlukan kenderaan yang besar seperti van utk memuatkan seluruh ahli keluarga dan beg-beg yang pastinya besar- besar juga ­čÖé

Tapi sekiranya anda memilih untuk hanya berjalan-jalan sekitar Kota Kinabalu untuk melawat tempat-tempat membeli-belah atau Shopping Mall seperti Imago, Centre Point, Karamunsing Complex, Suria Sabah,  Wisma Merdeka, Citymall, Wawasan Plaza atau ke Pasar Filipin memborong kristal dan mutiara ,anda boleh memilih untuk berjalan kaki, menaiki bas atau menaiki teksi

Antara tempat menarik untuk membawa anak2 bermain. Di Kidzoona di Suria Sabah dan 1 Borneo

Sekiranya anda ingin menjamu selera di restoran makanan laut atau Seafood seperti di Kampung Nelayan, Gayang Seafood Restaurant atau restoran seafood di sekitar Kota Kinabalu, anda boeh memilih menaiki teksi atau bas

Atau ingin menikmati pemandangan pantai di waktu senja seperti di Tanjung Aru sambil menikmati jagung rebus dan ABC yang sedap, di Tanjung Lipat sambil menikmati Seafood atau di Anjung Selera berhadapan dengan Wawasan Plaza

Jika and aberkunjung ke Tanjung Aru, jangan luoa singgah ke Gerai no 6 untuk menikmati ABC dan Cendol Special yang confirm sedap

Jika anda berkunjung ke Tanjung Aru, jangan lupa singgah ke Gerai no 6 untuk menikmati ABC dan Cendol Special yang confirm sedap

Jika anda seorang yang meminati sukan menyelam skuba, anda boleh merasai pengalaman Scuba Diving di taman-taman Tunku Abdul Rahman seperti di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan hanya menaiki bot ke pulau-pulau tersebut

Kalau ingin mengenali lagi budaya Sabah, anda boleh ke Tamu Minggu setiap Ahad di Gaya Street yang bermula seawal jam 6 pagi atau ke Tamu Donggongon setiap Khamis di pekan Donggongon Penampang

Jika ingin melawat bangunan-bangunan menarik dan unik di Kota Kinabalu, anda boleh lawati Masjid negeri Sabah yang digelar masjid terapung di Likas, Yayasan Sabah bangunan tertinggi di Sabah atau ke muzium negeri Sabah.

Selamat melancong ke Sabah. Jika anda mencari kenderaan atau Homestay untuk disewa, anda boleh hubungi suami saya, Encik Fadzly di talian 013-5425450 ­čÖé

Share

2 thoughts on “KERETA SEWA TERBAIK, MURAH DAN SELESA SERTA TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH

  1. Wah bestnya. Kalau serius mo buat guide bagus amik lesen terus. Buat part time mcm husband emy. Bawa org jalan2 pi merata tempat yang menarik d sabah ni. Apapun entry yg sgt menarik! I love it!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge