Archive | September 2015

KERETA SEWA TERBAIK, MURAH DAN SELESA SERTA TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH

Salam dan hai semua.. Baru-baru ni, ramai juga yang menghubungi kami untuk bertanya tentang kereta sewa di kota kinabalu,Sabah ini

Bagi yang pertama kali ke Sabah dan ingin berjalan-jalan ke Kunsadang, Ranau saya sangat-sangat cadangkan anda untuk menyewa kereta atau kenderaan yang sesuai

Ini kerana Kundasang agak jauh dan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dengan jalan yang banyak selekoh dan mendaki bukit. Dan untuk ke tempat-tempat lain yang menarik untuk dikunjungi di Sabah seperti Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Kundasang War Memorial atau Rumah Terbalik di Tamparuli, tempat-tempat ini dikira agak jauh dan perlukan kenderaan untuk ke sana

Selain itu, jika anda membawa ramai ahli keluarga untuk Travelling ke Sabah, anda perlukan kenderaan yang besar seperti van utk memuatkan seluruh ahli keluarga dan beg-beg yang pastinya besar- besar juga 🙂

Tapi sekiranya anda memilih untuk hanya berjalan-jalan sekitar Kota Kinabalu untuk melawat tempat-tempat membeli-belah atau Shopping Mall seperti Imago, Centre Point, Karamunsing Complex, Suria Sabah,  Wisma Merdeka, Citymall, Wawasan Plaza atau ke Pasar Filipin memborong kristal dan mutiara ,anda boleh memilih untuk berjalan kaki, menaiki bas atau menaiki teksi

Antara tempat menarik untuk membawa anak2 bermain. Di Kidzoona di Suria Sabah dan 1 Borneo

Sekiranya anda ingin menjamu selera di restoran makanan laut atau Seafood seperti di Kampung Nelayan, Gayang Seafood Restaurant atau restoran seafood di sekitar Kota Kinabalu, anda boeh memilih menaiki teksi atau bas

Atau ingin menikmati pemandangan pantai di waktu senja seperti di Tanjung Aru sambil menikmati jagung rebus dan ABC yang sedap, di Tanjung Lipat sambil menikmati Seafood atau di Anjung Selera berhadapan dengan Wawasan Plaza

Jika and aberkunjung ke Tanjung Aru, jangan luoa singgah ke Gerai no 6 untuk menikmati ABC dan Cendol Special yang confirm sedap

Jika anda berkunjung ke Tanjung Aru, jangan lupa singgah ke Gerai no 6 untuk menikmati ABC dan Cendol Special yang confirm sedap

Jika anda seorang yang meminati sukan menyelam skuba, anda boleh merasai pengalaman Scuba Diving di taman-taman Tunku Abdul Rahman seperti di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan hanya menaiki bot ke pulau-pulau tersebut

Kalau ingin mengenali lagi budaya Sabah, anda boleh ke Tamu Minggu setiap Ahad di Gaya Street yang bermula seawal jam 6 pagi atau ke Tamu Donggongon setiap Khamis di pekan Donggongon Penampang

Jika ingin melawat bangunan-bangunan menarik dan unik di Kota Kinabalu, anda boleh lawati Masjid negeri Sabah yang digelar masjid terapung di Likas, Yayasan Sabah bangunan tertinggi di Sabah atau ke muzium negeri Sabah.

Selamat melancong ke Sabah. Jika anda mencari kenderaan atau Homestay untuk disewa, anda boleh hubungi suami saya, Encik Fadzly di talian 013-5425450 🙂

Share

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARI KAMI SEKELUARGA

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga..

Tahun ini, Aidil Adha kami disambut dengan kurang kemeriahan. Tahun-tahun lepas selalunya kami adakan kenduri kesyukuran dan acara sukaneka anak-anak. Tapi, tahun ini kami adakan kenduri kesyukuran dan bacaan Yasin untuk mengingati Arwah Datuk yang telah pergi pada 1 Zulhijjah 13 tahun lalu dan semua ahli keluarga yang telah pergi menemui Illahi pada malam hari raya.

Kami  juga memotong kek untuk menyambut hari lahir saya, Fyrash dan Putri yang telah berlalu bersama keluarga dan sanak saudara

Sedikit sambutan Hari Lahir saya,  Fyrash dan Putri

Sedikit sambutan Hari Lahir saya, Fyrash dan Putri

Sesungguhnya tahun ini terasa kesuramannya. Terasa sayu dan pilu bila mendengar takbir raya. Masih lagi saya mencari kelibat Anty pin yang telah pergi meninggalkan kami Aidlfitri lepas. Mata dan hati ini masih tidak berhenti melihat bilik dan tempat yang arwah biasa duduk. Dan yang paling dirindui, masakannya yang sentiasa enak. Kehilangannya pernah saya kongsikan di sini

Takbir raya yang sentiasa meruntun jiwa

Takbir raya yang sentiasa meruntun jiwa

Ya Allah.. AKu tempatkanlah Arwah makcikku Rosneh Bte Harun, Datukku Harun Bin Perhang, bapa mentuaku Abas Bin Sulaiman dan semua ahli keluarga kami yang telah pergi menemuiMu di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn..

Aidil Adha berkaitan dengan ibadah qurban. Bagaimana sanggupnya Nabi Ibrahim menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail. Betapa kuatnya hati Nabi Ibrahim hinggalah Allah jadikan ibadah qurban ini sebagai Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut kepada semua umat Islam yang berkemampuan.

Jika kita di tempat Nabi Ibrahim, sanggupkah kita menyembelih anak sendiri? Lihatlah, betapa kuatnya iman Nabi Ibrahim

Berkorban adalah bertujuan menyucikan, berkorban adalah untuk memberikan kita nikmat berkongsi sedikit kesenangan dengan orang-orang yang memerlukan.  Ibadah qurban juga bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Moga semoga pengorbanan kita akan sentiasa diterima olehNya

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban, anda boleh ke E-Qurban ini

Ingatlah, pengorbanan yang diniatkan Lillahi Taala dan tanpa minta balasan, pasti mendapat ganjaran daripada Yang Maha Esa. Ya Allah, Kau jemputkanlah kami ke rumah Mu, Ya Allah.. Kau jemputkanlah kami mengerjakan HajiMu. Amiiinnn

Share

CARA KURANGKAN ALERGIK, GATAL HIDUNG DAN BERSIN TIDAK BERHENTI TANPA UBAT

Salam dan hai semua.. Cuaca tidak menentu dan keadaan berjerebu ni buat tekak kering dan alergik saya keluar semula. Lama juga hidung ni tidak gatal-gatal dan bersin tidak berhenti atau dipanggil sinus/resdung. Tapi 2-3 hari ni, non stop pula gata-gatal hidung dan bersin ni datang.

Sungguh menduga.. Kerana sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, perkara sebegini mengurangkan fokus dan pergerakan saya. Membuatkan saya rasa cepat letih (kerana bersin tidak berhenti ) dan hidung mulai sakit dan merah ( kerana kerap menggosok hidung dan mengelap hingus yang keluar tidak berhenti)

Jika teruk, kadang-kadang tidak terbuat kerja olehnya

Jika keadaan menjadi teruk, kadang-kadang tidak terbuat satu kerjapun di rumah

Bagi anda yang mengalami masalah yang sama seperti saya, ada beberapa cara ingin saya kongsikan untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya;

1 . Minum air yang banyak 

Ketika kita sakit atau hingus keluar tidak berhenti dari hidung macam ni, memanglah banyak air yang keluar daripada badan. So, kenalah minum lebih banyak air. Kalau masa sihat kena minum at least 3 iter sehari, masa macam ni memanglah kena ambil double.. Amacam?

Kena ingat, setiap 20 kg berat kita, kita kena minum at least 1 liter air.. So, kalau berat badan 60kg macam saya, maksud dia  kena ambil 3 liter air sehari. Itu kalau waktu sihat. Ni tengah-tengah sakit keluar hingus meleleh ni tidak berhenti, lagilah kena minum banyak air.

Tapi ingat, avoid dulu ya ambil minuman sejuk atau berais. Sebab minuman sejuk atau berais akan memburukkan keadaan. Minuam air suam-suam.. Mesti badan rasa lebih segar dan berbeza

2. Elak Air Cond atau tempat yang sejuk

Selalunya alergik cepat keluar ketika berada di dalam tempat berhawa dingin. Ini disebabkan kitaran udara tidak bersih yang berlegar-legar di dalam kawasan berhawa dingin ata disebabkan keadaan yang lebih sejuk. Cari tempat yang kurang sejuk seperti berada di luar rumah sementara bagi memanaskan badan sambil-sambil minum milo panas atau suam

3 . Elak stres

Ok, hal ni memang susah untuk dielakkan. Selalunya bila alergik atau sinus ni datang, memanglah kita mudah stres, marah atau geram. Bila kita geram dan terlalu fikirkan masalah atau alergik tersebut, keadaan kita akan semakin teruk kerana badan kita tidak kuat untukmelawan gatal-gatal dan alergik tersebut

Buat sesuatu yang buat anda lupa seketika alergik anda itu. Seperti makan makanan kegemaran anda atau melakukan aktiviti yang anda suka. Bila anda kurang fikirkan masalah tersebut, perlahan-lahan gatal-gatal tersebut akan berkurangan

4. Tidur

Tidur adalah salah satu ubat yang mujarab bila anda megalami kegatalan dan alergik sementara ini. Selalunya bila anda mengalami masalah begini, badan dan otak akan berasa penat. Rehatkanlah badan dan minda anda. Insha Allah.. Lepas bangun, gatal-gatal dan bersin akan kurang..

5 . Perlukah ambil ubat?

Sebolehnya saya mahu elakkan ubat kerana saya sudah merasai pengalaman bergantung dengan ubat. Mungkin sakit akan cepat berhenti, tapi ia akan datang semula. Sampai satu tahap, kita kena ambil dos yang lebih tinggi bila ubat tidak berkesan lagi. Dan terus terang, doktor pernah cadangkan saya mengggunakan Inhaler jika resdung atau alergi hidung ini semakin teruk

Kerana itu kini saya suka memilih yang natural. Ambil vitamin C 2 biji atau lebih, makan lebih banyak sayur dan buah-buahan untuk kuatkan imunisasi dan antibodi secara semulajadi. Atau kalau rasa nak datang dah sakit tu, terus telan Immune booster 2 sachet ( Waktu tulis ni Immune Booster saya dah habis 🙂 )

Dan jangann lupa.. Yang paling penting, berdoa, berdoa dan berdoalah, Mohonlah diberi kesembuhan oleh Allah. Mohonlah Allah tunjukkan jalan yang memberi kesembuhan 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

LANGKAH PENCEGAHAN AWAL SEMASA JEREBU

Salam dan hai semua.. Masalah jerebu di Malaysia semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila hari ini diumumkan penutupan beberapa sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200 oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid

Beberapa sekolah ditutup hari ini kerana masalah jerebu

Beberapa sekolah ditutup hari ini kerana masalah jerebu

Jerebu merupakan fenomena yang terjadi disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partike kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin terjadi secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti atau perbuatan manusia seperti pembakaran secara terbuka, asap dari keiang dan asap dari kenderaan

Antara gejala dan kesan yang dihadapi sekiranya terdedah kepada jerebu yang berterusan adalah

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong
  • Terasa sakit dada
  • Batuk-Batuk
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh kita ambil ketika jerebu adalah;

  • Minum banyak air kosong skurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Pakai penutup muka jika berada di luar rumah
  • Tutup semua tingkap dan pintu
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah
  • Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Pasang fungsi ionizer pada penghawa dingin
  • Sesiapa yang mempunyai penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan bertambah teruk
  • Ambil suplemen yang boleh meningkatkan imunisasi badan anda
  • Sebaiknya tinggal di dalam bangunan atau rumah
  • Gunakan kemudahan penghawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda

Jerebu

Jika anda mempunyai bayi, elakkan membawa bayi ke luar rumah dan ke tempat yang sesak dan berhabuk, kerapkan lagi menyusukan bayi dan kerap bersihkan persekitaran dan rumah anda.

Untuk mengetahui tentang Indeks Pencemaran Udara atau Air Pollution Index (API), anda boleh layari www.doe.gov.my/apims

Saya juga suka sarankan anda untuk mengambil Nutriferon dan Vitamin C sebagai Immune Booster dan Performance Drink bagi mengelakkan dehidrasi ketika jerebu ini

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

KURANGKAN SAKIT LUTUT ATAU SENDI IBU DAN AYAH AGAR MUDAH MEREKA SOLAT

Salam dan hai semua..

Pernahkah ibu anda mengadu sakit lutut atau sendi sehingga sukar untuk solat berdiri atau bangun dari solat? Atau ayah mengadu susah naik tangga kerana lutut terasa sangat sakit?

Tahukah anda simptom sakit sendi atau lutut ini merupakan salah satu tanda-tanda tulang ibu atau ayah kita kekurangan kalsium atau kekurangan bendalir di sendi

Sakit lutu atau sendi mungkin petanda anda kekurangan kalsium dalam badan atau bendalir di lutut dan sendi

Sakit lutut atau sendi mungkin petanda anda kekurangan kalsium dalam badan atau bendalir di lutut dan sendi

Bila meningkat usia, kalsium atau bendalir di pergelangan lutut atau sendi semakin kurang. Ini menyebabkan rasa sakit di bahagian yang terlibat seperti kaki, lutut, tangan, tulang belakang dan gigi.

MAsalah ini boleh diatasi dengan pengambilan kalsium yang secukupnya dan suplemen yang menggalakkan pengeluaran bendalir di bahagian yang terlibat. Antara yang sesuai diambil adalah Ostematrik, Advanced Joint Health Tablet dan minyak ikan Omega Guard

Joint Health Set atau Set Sendi

Joint Health Set atau Set Sendi

Ostematrix yang merupakan kalsium Shaklee membekalkan 1000mg keperluan kalsium untuk badan, bantu untuk mengurangkan risiko Osteoporosis dan elak berlakunya pereputan tulang. Teringat pula 1 kisah dari Pakar Nutrisi Shaklee.

Kerana kekurangan kalsium, seorang makcik yang terjatuh dan terhentak punggung beliau mengalami pereputan tulang ( tulang pecah serta-merta) yang menyebabkan beliau hanya mampu terbaring dan besi dipasang di punggung beliau setiap masa. Bahaya bukan?

Advanced Joint Health Tablet  (AJHT) mempunyai ekstrak jagung yang membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin inilah yang bekalkan pelincir, bendalir, tingkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti sendi

Manakala Minyak Ikan Shaklee iaitu Omega Guard membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis dan memelihara fungsi-fungsi sendi dengan effektif

Saya kongsikan satau testimoni pengguna Ajht selepas mengamalkannya selama 2 bulan

Testimoni pengguna AJHT.. Sakit kaki berkurangan dan tidak perlu ambil uabt penahan sakit

Testimoni pengguna AJHT.. Sakit kaki berkurangan dan tidak perlu ambil ubat penahan sakit

Insha Allah.. Dengan pengambilan 3 suplemen ini secara berterusan, sakit lutut dan sendi ibu dan ayah akan makin berkurangan dan memudahkan mereka solat seperti biasa

Jika berminat, anda boleh hubungi saya terus ya! 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

MINUMAN ISOTONIK UNTUK ATLIT SUKAN AGAR STAMINA KEKAL SEPANJANG PERMAINAN

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini suami saya tersayang terlibat dengan Pertandingan Hoki 7 Sebelah anjuran Kelab Hoki Sepanggar. Memang suami saya amat suka dengan games ini disebabkan beliau sendiri pernah mewakili Majlis Sukan Sabah Malaysia di dalam team Hoki ini. Maka, tidak hairanlah minat beliau terhadap hoki amat mendalam dan beliau aktif sehingga sekarang

Akan tetapi, peningkatan usia dan juga pertambahan berat badan setelah berkahwin buat suami tidak secerdas dahulu. Kadang-kala beliau tidak dapat bertahan untuk bermain sepanjang Games.

Terus saya teringatkan akan satu minuman Isotonik yang best dan sedap lagi. Paling penting tidak berkarbonat dan bebas daripada garam dan gula yang membahayakan serta mampu membantu mengekalkan stamina sepanjang perlawanan hoki

Ditambah pula dengan minuman soya Shaklee dan di’shake‘ sekali dengan ais, rasanya memang sedap dan yang pasti kata suami, beliau dapat bertahan bermain hoki sepanjang permainan. Jangan tak tahu, hoki adalah games yang perlu berlari setiap masa, dan banyak bergerak secara menunduk di samping memegang stick. Bukan mudah tau!

Suami saya sangat suka dengan campuran Performance dan ESP ini yang selalunya diambil sebelum, semasa dan selepas perlawanan hoki

Suami saya sangat suka dengan campuran Performance ( can putih orange) dan ESP (minuman soya Shaklee) ini yang selalunya diambil sebelum, semasa dan selepas perlawanan hoki

Bagi anda yang aktif bersukan atau selalu berjogging dan mulai rasa cepat penat berbanding ketika muda, saya sangat-sangat cadangkan anda amalkan minuman tenaga yang kami panggil Performance Drink ini ditambah dengan ESP. Ia amat membantu untuk mengekalkan stamina anda agar mampu bertahan sepanjang perlawanan dan memberikan tenaga berterusan

Suami saya sendiri pernah tidak sempat mengambil sarapan sebelum perlawanan hoki dan cuma sempat mengambil Minuman tenaga ini. Tidak disangka, walaupun tidak bersarapan, beliau mampu mengekalkan stamina dan rentak permainan. Dan mampu bermain Full Time!

Antara kelebihan minuman tenaga ini juga adalah;

  1. Sangat sedap diminum bersama ESP dan ais
  2. Sangat sesuai buat orang yang kurang minum air, orang yang berpuasa, orang yang cirit-birit kerana kehilangan banyak air dalam badan
  3. Sesuai diambil oleh pesakit gout
  4. Bantu tubuh menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  5. Tingkatkan daya ketahanan badan
  6. Beri tenaga kepada sel dan otot dengan cepat
  7. Bantu untuk menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
  8. Bantu panjangkan waktu latihan tanpa cederakan tubuh
  9. Cegah dehidrasi
  10. Kekalkan paras gula – Terbukti secra klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot

Bagaimana? Menarik bukan? Sekiranya berminat dengan minuman ini, anda boleh hubungi saya di talian 016-587 9882 atau suami saya, Encik Mohd Fadzly di talian 013-5425450 🙂

Share