KAU PERGI MEMBAWA KASIH DAN SAYANG UNTUK KAMI

Salam dan hai semua. Dari awal Syawal tidak ter’update’ di sini. Baru update 1 entry beberapa hari lepas. Tupun sebab baru ada kesempatan selepas kami sekeluarga sibuk dengan kenduri Tahlil untuk Arwah Aunty yang kembali ke pada 7 Syawal.

Sesungguhnya Syawal ini tidak terasa seperti Syawal tahun-tahun sebelum. Syawal kali ini hati lebih dirundung pilu dan kesedihan. Aunty tersayang yang memang sudah sakit tonsil selama 3 bulan, sembuh selama seminggu dan kembali sakit sebelum Aidilfitri. Dan Syawal ke -2 , Arwah mula dibawa ke hospital

Mujurlah, sebelum Arwah pergi menemui Sang Pencipta, kami sempat menziarahi beliau setiap hari. Alhamdulillah.. Arwah adalah seorang Makcik yang penyayang dan suka memasak. Terkenal dengan masakan Ayam Kicap, Aunty Rosneh Binti Harun yang kami panggil Aunty Pin tidak pernah penat memasak untuk kami. Untuk adik-adik dan anank-anak buahnya setiap kali mereka balik kampung.

Arwah Aunty Roneh berada di sebelah kanan sekali

Arwah Aunty Rosneh berada di sebelah kanan sekali. Sentiasa tersenyum setiap kali ­čÖé

Rasa pilu juga hati sebab tidak dapat menatap wajah terakhirnya kerana kami berada di Labuan ketika itu. Bergegas terus pulang setelah menerima perkhabaran sedih itu, kami sempat mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan

Kini genap 19 hari Arwah meninggalkan kami. Masih terbayang-bayang wajah, senyuman dan kegembiraan Arwah setiap kali kami balik kampung. Arwah pergi membawa kasih dan sayang untuk kami semua. Moga Arwah Aunty Pin tenang di alam sana. Al-Fatihah

Pada semua kawan-kawan dan sudara mara yang membantu menghabiskan  30 Juzu Al-Quran untuk arwah, saya ucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pertolongan kalian

Buat semua saudara-mara yang sentiasa membantu kami sekeluarga menguruskan Arwah semasa Arwah ‘pergi’ dan semasa kenduri 7 hari sehingga hari ini, kami doakan semoga anda semua sentiasa di dalam Rahmat Illahi kerana kami tidak mampu membalas pertolongan kalian. Hanya doa ┬ámamu kami titipkan

Buat semua ahli keluarga, ‘kehilangan’ ini adalah sesuatu yang sangat sukar. Tapi saya percaya ‘kehilangan’ ini membuatkan kasih dan sayang kita semua makin ketat dan rapat. Moga keluarga kita sentiasa gembira dan bahagia setelah apa yang berlaku. Aamin..

Gambar keluarga kami semua bersama. Moga kasih sayang ini terus terjalin dan erat

Gambar keluarga kami semua bersama. Moga kasih sayang ini terus terjalin dan erat

Al- Fatihah buat Aunty Rosneh Binti Harun tersayang..

One thought on “KAU PERGI MEMBAWA KASIH DAN SAYANG UNTUK KAMI

  1. Pingback: SALAM AIDIL ADHA DARIPADA KAMI SEKELUARGA | Keluarga Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge