CARA PSIKOLOGI MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

Salam dan hai semua. Baru -baru ini terjumpa 1 artikel di Facebook yang bagus yang bertajuk psikologi mendidik anak cara Islam oleh imuslimshop.com. Ingin pula saya kongsikan di blog saya ini . Peringatan yang sangat berguna buat saya sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil

Keluarga yang bahagia adalah impian semua orang

Keluarga yang bahagia adalah impian semua orang

Cara mendidik anak mengikut Islam

1) Memberi nama panggilan yang baik

Panggillah anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik boleh menyebabkan anak berasa rendah diri dan malu

2) Peluk anak setiap hari

Kajian menunjukkan anak-anak yag dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk

3) Pandang anak dengan kasih sayang

Pandanglah anak anda dengan penuh kasih sayang. Ini amat membantu anak berasa lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran

4) Dengar bila anak bercakap

Luangkanlah masa untuk mendengar anak bercerita atau bercakap. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan membantu anak memahami tentang giliran untuk bercakap dan ajar anak bercakap perkara-perkara yang baik-baik sahaja

5) Tidur dengan ciuman

Ciumlah anak-anak sambil mengusap kepala mereka sebelum mereka tidur sebagai tanda kasih sayang. Bacakan doa yang baik buat mereka dan biarlah mereka dengar doa tersebut

6) Elak mengeluh kerana anak

Janganlah mengeluh dalam membesarkan anak-anak walaupun ketika mereka membuat ibu dan bapa marah. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka adalah beban.

7) Tunjuk cara menenangkan diri kepada anak

Jika anak-anak bergaduh, tunjuk cara yg sesuai untuk menenangkan diri kepada mereka seperti memeluk mereka ketika mereka marah sambil memberikan kata-kata nasihat. Leraikanlah mereka dengan suara yang lembut

8) Elakkan guna tangan atau anggota tubuh badan lain untuk memukul anak

Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menyebabkan anak bertambah nakal dan degil. Pukullah di telapak kaki dengan tujuan agar anak tersedar dari perbuatannya dan bukan untuk tujuan melepaskan marah

9) Terima anak seadanya

Anak adalah anugerah Ilalhi yang diciptakan dengan pelbagai sikap dan sifat. Ada ibu bapa yang dianugerahkan dengan anak yang mencabar kesabaran selalu dan ada yang dikurniakan dengan anak yang cool sahaja. Hargailah mereka. Kehadiran mereka bukan sahaja sebagai pelengkap rumah tangga tapi juga sebagai ujian untuk kita. Terimalah juga bahawa kita bukan ibu bapa yang sempurna

“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar”

Surah Al Anfaal, Ayat ke 28

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

4 thoughts on “CARA PSIKOLOGI MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge