7 LANGKAH YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN EKZEMA DAN RUAM ANAK

Salam Aidilfitri dan hai semua. Baru-baru ini cuaca agak panas di sini. Ini menimbulkan ruam-ruam panas di badan si kecil kami. Saya memeriksa juga jika ia adalah tanda-tanda anak kami mengalami ekzema berdasarkan pengalaman saya yang terdahulu. Dan dalam masa yang sama saya juga melakukan beberapa langkah bagi mengelakkan ruam-ruam panas terseut semakin merebak

Bayi yang ekzema dan ruam akan berasa tidak selesa. Ini pasti menimbulkan kebimbangan ibu dan bapa

Bayi yang ekzema dan ruam akan berasa tidak selesa. Ini pasti menimbulkan kebimbangan ibu dan bapa

Anak pertama saya ekzema pada usia 7 bulan. Sejak itu, saya memang alert dengan tanda-tanda yang menunjukkan anak-anak saya ekzema memandangkan saya mempunyai history alahan. Antara langkah yang saya ambil adalah

1) Kerap cuci tangan anak dan juga ibu

Tangan andalah kawasan yang sangat mudah memindahkan kotoran, habuk-habuk dan hama. Tangan juga merupakan anggota yang sangat banyak menyentuh tempat-tempat yang mungkin ada kekotoran.

Membersihkan tangan anak secara kerap membantu anak untuk tidak mudah dijangkiti kuman-kuman yang mungkin ada di tempat-tempat yang tidak bersih. Manakala membersihkan tangan ibu memastikan anak berada dalam keadaan bersih kerana ibu adalah orang yang sangat kerap menyentuh anak

Tangan yang bersih juga membantu agar anak tidak menggaru kawasan yang ruam dan gatal yang mungkin luka

2) Menukar lapis tilam dan tuala bayi sekerap mungkin

Lapis tilam dan tuala bayi adalah barangan yang mudah terkena habuk dan hama. Menukarnya sekerap mungkin membantu bayi berada lebih selesa dan bersih

3) Menukar sabun mandi bayi kepada sabun bayi yang lebih semulajadi

Sabun mand bayi yang ada pewangi dan pekat selalunya mengandungi bahan kimia yang tinggi. Bayi yang mempunyai kulit yang sensitif selalunya sensitif terhadap sabun yang tinggi kandungan kimianya. Jadi ibu bapa dinasihati memilih sabun bayi yang betul untuk bayi anda. Saya guna Cethapil 🙂

4) Menukar sabun pencuci kain bayi

Ada bayi yang memang sensitif dengan pencuci kain biasa kerana pencuci kain biasa mempunyai bahan kimia yang tinggi. Kami memilih menukarnya kepada Fresh Laundry Concentrate Shaklee yang lebih mesra alam dan semulajadi

5) Kenali alergik dan alahan bayi

Selalunya saya akan cuba kenali apa yang menyebabkan ruam atau ekzema anak saya menjadi semakin teruk. Seperti anak pertama saya, dia tidak boleh terdedah kepada habuk dan panas. Manakala anak ke tiga kami sangat cepat beruam jika cuaca panas walaupun sekejap

Jadi, sebaiknya saya akan cuba elakkan mereka berada di tempat yang panas dan berhabuk dalam masa yang lama dan kerap memandikan mereka

6) Letak krim semulajadi bagi mengurangkan kegatalan

Saya menggunakan krim serbaguna Herbal Blend Shaklee setiap hari pada bahagian anggota anak saya yang ekzema dan ruam. Saya juga akan apply krim tersebut apabila melihat kawasan atau badan anak saya kering kerana jika kulit mereka kering mereka cepat berasa gatal

7) Kerap mandikan bayi

Apabila bayi berpeluh saya akan terus mandikan bayi. Ini untuk mengelakkan badan atau tempat ruam tersebut menjadi lekit dan gatal

Semua ini akan membuatkan ibu bapa lebih peka dengan perkembangan anak dan mungkin berasa letih sedikit kerana perlu membuat banyak benda. Tapi percayalah, apa yang anda lakukan akan membantu anak anda semakin sihat dan mungkin ruam dan ekzema itu akan hilang. Insha Allah..

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

5 thoughts on “7 LANGKAH YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN EKZEMA DAN RUAM ANAK

  1. Ya la cuaca dh panas balik skg..anak2 yg tak ada eczema pun kulit jadi sensitif jua, blh naik ruam kan. Mau apply herbal blend la jua ni kasi rasa sejuk2 tu hhehe.. tq ryn..good sharing 😘

  2. Pingback: 5 LANGKAH AWAL YANG ANDA PERLU AMBIL TAHU BILA ANAK MENGHADAPI EKZEMA ATAU RUAM SEHINGGA LUKA DAN BERDARAH | Keluarga Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge