5 CARA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT TONSIL DAN SAKIT TEKAK DARIPADA MEREBAK

Salam dan hai semua. Musim sekarang memang senang kita dijangkiti tonsil atau sakit tekak bukan? Dengan cuaca yang tidak menentu, cuaca panas yang agak panas dan ditambah dengan kurangnya minum air, ia menjadi antara penyebab mudah dijangkiti tonsil dan sakit tekak.

Sakit tekak atau tonsil boleh mendatangkan ketidakselesaan sepanjang hari

Sakit tekak atau tonsil boleh mendatangkan ketidakselesaan sepanjang hari

Jika anda mula rasa tekak seperti kering dan tidak surut walaupun setelah meminum banyak air, adalah baik untuk anda mengambil langkah-langkah berikut;

1) Tingkatkan antibodi anda bagi membantu badan anda melawan sebarang jangkitan

Anda boleh meningkatkan antibodi anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran atau Vitamin C. Saya cadangkan anda tambah Nutriferon, Immune Booster Shaklee bagi membantu badan anda kekal sihat

2) Kurangkan makanan yang keras dan ambil makanan yang lembut seperti sup ayam

Apabila tekak mula kering, selalunya makanan pepejal yang keras akan menyakitkan tekak. Cubalah ambil Sup ayam atau bubur nasi ayam. Sup ayam boleh membantu mengurangkan keradangan di tekak

3) Jika tonsil makin teruk, ambil aiskrim bagi mengurangkan keradangan di bahagian tekak. 

4) Sekiranya anda tidak mampu menelan nasi atau hidangan utama, atau kekurangan selera makan disebabkan tonsil ini, anda boleh ambil suplemen protein agar badan anda terus bertenaga. Badan yang lemah akan menyebabkan jangkitan menjadi semakin teruk

5) Berfikiran positif

Tonsil dan sakit tekak adalah jangkitan yang boleh dirawat. Sentiasalah berfikiran positif yang anda akan sihat kerana badan dan minda yang kuat amat membantu menghalang jangkitan merebak

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge