11 CARA MUDAH MENJEMPUT REZEKI DARI BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini saya membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Ustaz Fathuri Salehudin. Sebenarnya, saya sudah pernah membaca buku ini. Tapi kali ini saya baca semula untuk Refresh otak saya ini. Hehe..

Tapi rasanya sungguh berbeza kali ini. Saya dapat rasakan membaca buku ini bagai membaca buku ini buat pertama kali. Rasanya kerana saya lebih memahami intipatinya kali ini. Dan ia lebih meresap jauh ke dalam lubuk hati

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki telah diulang cetak banyak kali dari tahun 2002

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki telah diulang cetak banyak kali dari tahun 2012

Kita selalu mengeluh itu tidak cukup, ini tidak cukup bukan? Tapi kita selalu lupa yang rezeki itu datangnya Dari Yang Maha Esa. Walau kerja di office, gaji yang diterima itu pun dari Yang Maha Esa. Bos cuma orang tengah. Kalau rasa tidak percaya, anda patut baca buku ini 🙂

Antara yang dikongsikan di dalam buku ini adalah 11 cara mudah untuk menjemput rezeki. Menjemput rezeki ini leih mudah daripada mencari rezeki kerana kita sudah tahu rezeki hanya daripada Allah. Satu-satunya pemberi rezeki. Sedangkan kalau ia dicari, kita tidak tahu di mana tempatnya.Justeru, akan banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi.

11 langkah dan cara untuk menjemput rezeki adalah;

1) Mengutamakan solat

Solat adalah tiang agama. Itu ketetapanNya. Menjaga solat seperti menjaga hati si empunya rezeki. Lantas, solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus

2) Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini

Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda

Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata : ” Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siap sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon keampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dai tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar”.

3) Solat Dhuha

Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:

Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku ( Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu ( Riwayat Abu Dawud)

Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.

4) Zikrullah

Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga dicintai Allah. Orang yang banyak berzikir akan merasa kemanisan dan asyik apabila menyebut-nyebut nama Allah

Zikir sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan ketika anda baring di tilam empuk tanpa perlu berada di atas sejadah. Antara kelebihan berzikir menurut kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;

  • Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
  • Menguatkan hati dan badan
  • Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
  • Zikir menarik rezeki

5) Doa

Ibnu ‘Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya

” Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Alalh hendak memberimu”.

Berdoalah dan memohon dengan Sang Pencipta kerana hanya dia mampu menunaikan doa kita

6) Mendoakan orang lain

Mendoakan orang lain juga dianggap sedekah dan sedekah pasti akan ‘berbuah’. Siapa lagi yang akan menikmati buah amal itu kalau tidak pelakunya. Marilah kita bertekad mahu menjadi orang yang paling kerap mendoakan orang lain

7) Sedekah

Formula langsung dari Allah tentang sedekah

1-1 = 10

Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)

(Al-An’am 6: 160)

Jom banyakkanlah memberi. Teruskanlah memberi kerana segalanya pasti Allah balas berlipat ganda

8) Membaca Al-Quran

Aktiviti ini benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan kita di dunia dan berpanjangan hingga ke akhirat. Al-Fatihah, Surah Yasin dan Al-Waqiah adalah antara surah yang bagus diamalkan untuk menjemput rezeki

9) Asma’ul Husna

Menyebut nama Pemberi Rezeki itu sendiri sebanyak-banyaknya merupakan salah satu cara menjemput rezeki. Moga-moga Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah membukakan pelbagai pntu rezeki

10) Bersyukur

Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda, sentiasalah bersyukur. Apabila dapat nikmat kita bersyukur dan apabila dapat mudarat kita bersabar. Kemampuan bersukur adalah merupakan taufik daripada Allah. Bersyukurlah walau untuk hal-hal kecil

11) Tekun Berusaha

Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak bersungguh-sungguh, maka ramailah orang yang akan berpaling darinya

Jemputlah rezeki dengan mengagungkan Si Pemberi Rezeki. Insha Allah,  rezeki akan mudah datang kepada kita dan tanpa kita sedari.

Dan saya sangat-sangat recommend pada semua orang terutama yang selalu buntu dengan masalah kewangan itu membaca buku ini. InshaAllah, anda akan ‘nampak’ jalan yang lebih jelas dalam menyelesaikan masalah anda 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

4 thoughts on “11 CARA MUDAH MENJEMPUT REZEKI DARI BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge