TIPS KAWAL SELERA MAKAN KETIKA AIDILFITRI AGAR BERAT TIDAK NAIK MENDADAK

Salam dan hai semua. Aidilfitri anda bagaimana? Best? Open house sana-sini, ย rasanya tidak sah kalau hadir Rumah Terbuka Raya dan tidak menjamah hidangan yang menyelerakan setelah berpuasa sebulan kan?

Hidangan dan makanan yang lazat dan enak ketika Aidilfitri memang tidak dapat dielakkan bukan?

Hidangan dan makanan yang lazat dan enak ketika Aidilfitri memang tidak dapat dielakkan bukan?

Akan tetapi, risau pula terlebih menjamah makanan lazat dan sedap itu hingga sebabkan berat badan naik, bukan?

Ok, untuk itu, hari ini saya kongsikan tips untuk kita kawal selera makan ketika Aidilifitri ini agar berat yang sudah turun ketika ramadhan tidak naik secara mendadak terutama ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Antaranya;

1) Pilih minum yang tidak bergas dan manis

Bunyi kedengaran agak sukar bukan? Kerana minuman bergas dan sejuk adalah antara minuman utama yang sering dihidangkan tuan rumah. Tapi anda masih boleh memilih.

Sampai di rumah saudara-mara tersebut, teruslah memilih minuman yang tidak bergas atau paling mudah pilihlah air mineral dan terus tuangkannya ke dalam ย gelas anda. Buat tidak nampak sahaja minuman bergas dan sejuk yang disukai ramai itu ๐Ÿ™‚

2) Makan buah-buahan terlebih dahulu

Sekiranya hidangan tuan rumah banyak dan sedap, pilihlah untuk menjamah buah dahulu. Buah akan membuat anda rasa kenyang terlebih dahulu. Jika anda mempunyai suplemen yang boleh buat anda rasa kenyang, ambil suplemen itu sebelum memulakan kunjungan anda.

Ini bagi membantu anda cepat berasa kenyang ๐Ÿ™‚

3) Berhenti makan sebelum perut penuh

Berhentilah makan sebelum perut anda betul-betul kenyang atau Full. Jika ikutkan nafsu, memang semua ingin dijanmah , kan? Tapi sanggupkah anda menghadapi berat badan yang pasti naik mendadak jika makan berlebihan ? ๐Ÿ™‚ Rasullulah pun berpesan, berhenti makan sebelum kenyang. Mungkin masa ini adalah masa yang sesuai untuk melakukannya

4) Duduk di kerusi yang jauh dari hidangan yang lazat tu

Duduklah di tempat duduk yang jauh dari hidangan-hidangan yang lazat itu atau langsung tidak berkunjung ke meja hidangan tersebut. Tapi dapatkah kita bertahan? ๐Ÿ™‚

5) Kawal jumlah karbohidrat dan protein yang anda ambil

Kedengaran terlalu saintifik bukan. Tapi sebenarnya mudah sahaja. Kurangkan pengambilan nasi, daging dan ayam serta banyakkan pengambilan sayur-sayuran ketika makan. Kawal pemakanan nada untuk kekalkan berat badan idaman

Ok, Good luck semua. Moga berjaya Aidilfitri ini :). Kalau rasanya memang susah nak tahan diri daripada makan yang best-best tu, bolehlah ambil suplemen yang sesuai diambil sebelum makan agar lemak-lemak jahat di’block’ terlebih dahulu

Nak tahu supelemn apa yang sesuai? Boleh hubungi saya! ๐Ÿ™‚

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

4 thoughts on “TIPS KAWAL SELERA MAKAN KETIKA AIDILFITRI AGAR BERAT TIDAK NAIK MENDADAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge