ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI DENGAN MEMBERI HADIAH TANPA BUDGET INI

Salam dan hai semua. Pemberian hadiah merupakan salah satu cara untuk menarik hati pasangan masing-masing dan juga sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. Pemberian hadiah juga adalah bertujuan mengeratkan hubungan suami isteri tidak kira harganya berapa.

Namun, tahukah anda ada beberapa pemberian atau hadiah tanpa budget yang bukan sahaja bernilai tetapi lebih menggambarkan betapa sayang dan kasihnya kita pada pasangan? Cuba usha 5 hadiah penting dan tanpa budget ini 🙂

Memberi hadiah kepada pasangan pasti membuat  mereka gembira

Memberi hadiah kepada pasangan pasti membuat mereka gembira

1) Hadiah mendengar

Hadiah ini merupakan hadiah yang mudah diberi dan diperolehi. Anda hendaklah mendengar apa yang dikatakan dan seelok-eloknya jangan mencelah ketika pasangan berbicara. Mendengar dengan penuh khusyuk adalah satu hadiah yang dapat menjaga hati pasangan secara peribadi

2) Hadiah tanda kasih

Haidah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan  di mana sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan. Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda kerana perbuatan sekecil ini mampu menunjukkan kasih sayang yang tersurat

3) Hadiah sehelai nota

Berikan nota ringkas seperti ‘Saya sayang awak’ atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi dan letakkan ia di tempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti di poket baju, depan cermin keret atau di dalam kasut. Ia adalah cara terbaik unutk menunjukkan kasih sayang anda pada pasangan masing-masing terutama bagi yang sibuk bekerja dan kurang masa bersama

Nota kecil yang mempunyai makna yang besar ini secara tidak langsung memberi semangat dan pengertian bahawa anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Tidakkah itu hadiah yang paling mudah dilakukan? 🙂

4) Hadiah puji-pujian

Puji-pujian merupakan sau perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan. Tidak biasa adalah antara alasan yang diberi oleh suami dan isteri yang amat sukar memuji pasangannya. Cuba praktikkannya sekarang dan lama-kelamaan ia akan menjadi amalan dan kebiasaan anda

Contohnya, pasangan anda memakai baju biru dan anda mengatakan ‘Baju biru ini sesuai sekali untuk awak’. Pujian ini walaupun tidak mengapa jika tidak diucapkan akan tetapi ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang yang anda sayang

5) Hadiah doa

Ini adalah hadiah yang paling penting dan bernilai daripada hadiah-hadiah yang lain. Doa adalah sesuatu yang bersifat spiritual dan tidak boleh diukur dengan mana-mana nilai sekalipun. Sama ada suami atau isteri, berdoalah demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga yang dibina selama ini

Nah.. Semua hadiah yang percuma sahaja kan? Mulakanlah langkah anda memberikan hadiah percuma dan tanpa budget ini kepada pasangan masing-masing. Janganlah malu atau berasa segan walaupun pertama kali melakukannya. Ini kerana semuanya adalah untuk kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga anda juga 🙂

Psss.. Kalau mahu bagi hadiah vitamin, boleh contact saya. Hehe

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge