CARA-CARA UNTUK MENDAPAT IDEA MENULIS ENTRY BLOG TERUTAMA KETIKA OTAK JAMMED

Salam dan hai semua. Selamat menikmati hujung minggu anda bersama keluarga. Hari ni saya ingin kongsikan cara untuk mendapat idea untuk menulis entry di dalam blog

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang kita memang kehilangan idea. Ada masanya idea mencurah-curah tapi masa tu pula tidak sempat buat entry disebabkan sibuk dengan hal lain. Kadang-kadang, idea dah ada tapi mood pula ke laut. Memang tidak siaplah entry tu kan. Hehe..

Idea selalunya datang pada waktu yang tidak kita duga

Idea selalunya datang pada waktu yang tidak kita duga

So, hari ini saya kongsikan 5 cara untuk mendapat idea menulis entry di blog. Cara-caranya;

1) Fokus pada Niche blog anda. Bila anda fokus, anda akan mudah mendapat idea. Anda boleh dapatkan idea dengan mencari info-info berkaitan di internet. Apa tu Niche? Boleh baca di sini

2) Cari majalah, buku atau bahan bacaan yang sesuai dengan niche anda. Contoh seperti blog ini, lebih fokus pada niche Parenting dan anak-anak. So, saya sangat suka dengan Majalah Pa & Ma. Banyak tips-tips yang boleh didapati di dalam majalah tersebut

Saya juga suka membaca status kawan-kawan di media sosial yang berkaitan dengan Parenting dan anak-anak. Dan selalunya, dengan membaca statuts mereka, saya akan mendapat idea

3) Ambil masa untuk relax

Kadang-kadang disebabkan terlalu kerap menulis,otak kita seakan jammed! So, ambillah masa untuk relax dan luangkan masa bersama keluarga agar anda boleh berasa segar semula. Otak segar, hati girang , idea mencurah-curah!

4) Bagi yang beragama Islam, ambillah masa untuk membaca Al-Quran, kisah-kisah nabi dan kisah-kisah tauladan. Dengan meluangkan masa untuk yang Esa, Insha Allah akan dipermudahkan dan didatangkan kepada kita idea yang hebat-hebat

5) Banyakkan pergaulan dengan keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan orang sekeliling. Bila kita berkomunikasi, selalunya orang sekeliling akan memberi tindak balas. Kadang-kadang melalui perbualan kita itu, kita akan mendapat banyak tips dari mereka yang berpengalaman. Tapi, pilihlah kawan yang boleh memberikan ilmu yang bermanfaat a.. Bukan kawan Gossip aja tau!

Selamat menulis buat semua. Hasilkanlah entry yang memberi manfaat kepada kita dan oranglain. Entry yang baik pasti membantu ranking di enjin pencarian. Ikhlaskanlah niat menulis untuk membantu pembaca blog kita 🙂

4 thoughts on “CARA-CARA UNTUK MENDAPAT IDEA MENULIS ENTRY BLOG TERUTAMA KETIKA OTAK JAMMED

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge