TIPS SAHUR UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK AGAR SUSU IBU TIDAK MERUDUM

Salam dan hai semua. Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelma dan kita akan menjalani ibadah puasa. Sekarangpun saya rasa ramai juga kawan-kawan  masih dalam bulan menggantikan puasa.

Antara yang menjadi kerisauan para ibu-ibu yang menyusukan anak adalah kurangnya susu ibu ketika berpuasa. Ibu juga risau sekiranya mereka terlalu letih ketika berpuasa, mereka terlalu letih untuk mengepam susu buat anak tersayang

Berdasarkan pengalaman saya yang pernah berpuasa di kala 2 anak kecil saya masih menyusu susu ibu, tidak mustahil ibu boleh melakukannya dan mungkin mendapat bekalan susu ibu yang lebih banyak lagi. Paling penting ibu jangan skip sahur. Saya kongsikan 7 tips panduan bersahur untuk ibu yang menyusukan anak agar susu ibu tidak merudum

Anda boleh lakukannya, ibu!

Anda boleh lakukannya, ibu!

TIPS SAHUR IBU MENYUSUKAN ANAK

1) Jangan skip sahur.

Sahur sangat penting kerana ketika inilah anda mengambil makanan  dan minuman yang diperlukan tubuh sebelum anda mula berpuasa. Skip sahur akan menyebabkan anda lemah

2) Ambil nasi ketika bersahur

Ya, anda mungkin akan makan banyak. Tapi, tidak mengapa kerana anda memang perlukan karbohidrat yang lebih agar anda bertenaga dan dapat menyediakan bekalan susu ibu dengan gembira 🙂

3) Ambil kurma. Tambah kurma dalam diet sahur anda. Kurma tidak semestinya hanya diambil ketika berbuka. Pengambilan kurma ketika sahur juga membantu ibu bertenaga dan tidak mudah letih. Ingat ya, ibu yang letih akan  mudah stres dan menyebabkan susu ibu merudum

Selain kurma, saya juga mengambil Set Sahur ini bagi membantu saya tidak mudah letih, tidak dehidrasi dan susu ibu yang dihasilkan mempunyai nutrisi yang cukup walaupun saya berpuasa

Saya suka mengambil suplemen ini ketika bersahur bagi memastikan badan saya kekal fit ketika berpuasa

Saya suka mengambil suplemen ini ketika bersahur bagi memastikan badan saya kekal fit ketika berpuasa

4) Banyakkan minum air.

Minum air sedikit-sedikit tetapi kerap. Anda perlu pastikan bendalir dalam badan anda cukup agar badan anda terus mampu supply susu ibu ketika anda berpuasa

5) Pam ikut jadual

Pastikan anda mengepam mengikut jadual mengepam anda seperti hari biasa. Ini penting agar badan anda terus menerima isyarat yang anda perlukan susu ibu lebih ketika anda mengepam. Sekiranya susu ibu langsung tidak keluar, teruskan usaha anda. Insha Allah, lama kelamaan ia akan keluar semula

6) Jangan stres

Emosi ibu sangat-sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu, buang jauh-jauh kebimbangan anda tentang susu yang akan merudum. Jika anda gembira, susu ibu pasti akan lebih banyak

7) Doa

Berdoa dan memintalah kepadaNya. Mohonlah agar susu ibu anda tdak berkurang walaupun anda berpuasa. Doa ibu adalah doa yang tiada hijab. Insha Allah, pasti anda akan berjaya melakukannya

Percayalah wahai ibu, anda pasti boleh melakukannya. Moga kita mendapat pahala puasa yang banyak kerana usaha kita memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang

Share

2 thoughts on “TIPS SAHUR UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK AGAR SUSU IBU TIDAK MERUDUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge