TIPS MENGEPAM SUSU IBU KETIKA BERPUASA AGAR KEKAL MERIAH

Salam dan hai semua. Ramadhan ini pasti ramai ibu yang risau sekiranya penghasilan susu ibu mereka kurang kerana mereka berpuasa. Tapi, jangan risau ya ibu-ibu. Inilah kelebihan susu ibu. Walaupun kita berpuasa, badan tetap akan menghasilkan susu ibu dan kurangnya pengambilan kalori sepatutnya tidak akan menjejaskan penghasilan susu ibu

Ibu gembira pasti akan buat anak anda gembira

Ibu gembira pasti akan buat anak anda gembira

Saya sendiri telah beberapa kali berpuasa dan dalam masa yang sama masih meneruskan rutin mengepam susu ibu seperti biasa. Alhamdulillah, walaupun agak letih berbanding hari biasa susu ibu saya tetap ada dan masih banyak. Antara tips yang saya boleh kongsikan adalah

1) PAM MENGIKUT JADUAL SEPERTI BIASA

Saya mempunyai jadual mengepam susu ibu setiap hari dan saya memang akan mengepam mengikut jadual tersebut. Hal ini sangat membantu kerana badan akan bersedia mengikut masa mengepam tersebut dan menghasilkan susu ibu yang lebih banyak

Ketika Ramadah atau berpuasa saya tetap mengikut jadual ini juga. Walaupun kadangkala apabila saya mengepam waktu petang susu ibu tidak banyak seperti hari biasa, tapi susu ibu tetap ada. Ini bagi saya penting agar badan terus mengikut momentum dan jadual yang telah saya konsistenkan dari awal

2) BERFIKIRAN POSITIF

Proses penghasilan susu ibu sangat-sangat berkait rapat dengan emosi dan fikiran seorang ibu. Jadi, amat penting untuk kita berfikiran positif dan yakin yang susu ibu itu ada dan banyak. Jika anda risau, buat sesuatu untuk mengembalikan perasaan gembira anda. Mungkin anda boleh letakkan gambar anak di meja mengepam atau di pam susu anda. Atau melihat gambar-gambar dan video anak-anak ketika mengepam

3) AMBIL LEBIH MAKANAN DAN BENDALIR SEMASA SAHUR

Proses mengepam berlaku ketika siang hari. Sehubungan itu, amat penting ketika sahur anda mengambil air yang cukup dan makanan yang boleh memberikan tenaga seperti makanan berprotein seperti daging, makanan berkabohidrat seperti nasi atau makanan yang mempunyai potassium tinggi untuk mengelakkan dehidrasi seperti kurma

Buah kurma antara makanan yang mampu memberikan tenaga pada ibu

Buah kurma antara makanan yang mampu memberikan tenaga pada ibu

Bila anda bertenaga anda akan lebih gembira. Bila anda gembira susu ibu akan lebih banyak 🙂

Paling penting, jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepadaNya agar susu ibu tetap banyak seperti biasa. Yakinlah bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan susu ibu anda. Anda adalah ibu yang hebat dan kuat!!!

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge