RESEPI BUKA PUASA MUDAH – AYAM GORENG CRISPY DAN SAMBAL KICAP

Salam  6 Ramdhan dan hai semua. Alhamdulillah, sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Mesti ramai ibu-ibu yang mencari resepi buka puasa yang mudah bukan? Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja di pejabat yag mungkin tidak punya banyak masa untuk memasak di rumah. Anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan semasa berbuka bersama keluarga. Anak-anak pun pasti suka

RESEPI AYAM GORENG CRISPY DAN SAMBAL KICAP

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Crispy

– 5 ketul kepak ayam

– 1 biji bawang putih ( ditumbuk)

– Kicap Manis Adabi ( Gambar kicap ni boleh tengok di bawah)

– 1 sudu sos tiram

– Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

– Serbuk lada putih

– Tepung gandum

– Serbuk kari

Cara membuatnya;

Gaulkan semua bahan di atas kecuali tepung gandum dan serbuk kari.

Gaul sekali bawang putih, kicap , sos tiram, garam, ajinomot dan gula

Gaul sekali bawang putih, kicap , sos tiram, serbuk lada putih, garam, ajinomoto dan gula

Ayam dan bahan-bahan yang telah digaul bersama

Ayam dan bahan-bahan yang telah digaul bersama. Perap selama 10 minit

Kemudian, campur dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari. Letak tepung dahulu dan sedikit serbuk kari ya. Jangan serbuk kari terlebih pula 🙂

Mix dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari

Mix dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari

Kemudian ayam yang telah diperap tadi, digaul bersama dengan tepung yang kita campur dengan serbuk kari tadi

Ayam yang telah dilapisi dengan tepung

Ayam yang telah dilapisi dengan tepung

Masa menggoreng ayam pun nampak cantik :)

Masa menggoreng pun ayam  nampak cantik 🙂

Kemudian, goreng ayam sehingga kekuning-kuningan. Siap!

Ayamg goreng Crispy

Ayam goreng Crispy

Ok, seterusnya kita buat sambal kicap pula sebagai cicah Ayam Goreng Crispy kita pula

Cara-cara membuat Sambal Kicap Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahannya adalah;

– Limau kasturi 2 biji

– Cili padi 2 biji

– Kicap Manis Adabi

– Bawang merah sebiji – dihiris

– Garam dan ajinomoto secukup rasa

Bahan-bahan asas sambal kicap mudah

Bahan-bahan asas sambal kicap mudah. Perah limau dan campurkan semua bahan-bahan di atas

Kemudian, tambah Kicap Manis Adabi dengan campuran kita tadi

sambal kicap 3

Tambah Kicap Manis Adabi dengan bahan-bahan yang kta telah campurkan tadi

 

Ok, siap. Sangat sesuai dihidangkan bersama Ayam Goreng Crispy kita tadi. Yummy!

Kalau mahu rasa pedas sikit boleh tambah cili tu ya :). Selamat mencuba!

 

sambal kicap mudah

Sambal kicap dah siap. Jom cicah dengan Ayam Goreng Crispy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge