PENGALAMAN 7 TAHUN BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK BUAT SAYA RASA IBU INI HEBAT!

Salam dan hai semua. Pengalaman selama 7 tahun berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak buat saya rasai ibu ini sangat hebat. Jom tonton video ini untuk mengetahui tips-tips yang beliau amalkan

 

Rahsia dan tips berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak

Bagaimana? Sudah take note?

Berpuasa dalam keaddan diri sedang hamil dan menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu sendiri perlu kuatkan semangat dan siapkan diri secara fizikal bagi memastikan ibu mampu menghabiskan puasa sehingga waktu berbuka di kala badan rasa lapar dan haus yang lebih daripada biasa

Antara tips-tips yang Puan Salwa Saleh kongsikan  di dalam video beliau adalah;

TIPS KEKAL CERGAS BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

1) Pastikan konsep utama penyusuan iaitu Demand And Supply dipenuhi

Teruskan sesi mengepam seperti biasa mengikut jadual mengepam setiap hari di pejabat. Untuk yang tidak bekerja di pejabat, boleh teruskan penyusuan susu ibu dengan anak seperti biasa. Jika anda rasakan susu makin kurang, adalah sebaiknya anda pam lagi pada waktu malam atau semasa sahur

2) Pengambilan air yang cukup

Pengambilan air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari sangat penting untuk elakkan badan dehidrasi. Anda boleh cukupkan 3 liter dari waktu berbuka hingga ke sahur

3) Elakkan stres

Stres atau tidak yakin susu anda cukup akan membuatkan susu ibu anda makin berkurangan. Anda perlu setkan di minda bahawa susu anda banyak dan cukup buat bayi kesayangan anda

4) Konsisten dengan Set Penyusuan dan Set Tambah tenaga

Set-set ini sangat membantu ibu kekal bertenaga, tidak mudah letih dan tidak mudah stres ketika hamil dan menyusukan anak. Set ini bukan sahaja selamat diambil oleh ibu yang hamil, tapi juga membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu. Akan tetapi jangan dilupa, proses Demand dan Supply itu paling utama

Saya sendiri merasai pengalaman berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan 2 oang anak serentak (Tanderm Nursing). Walaupun kadang-kadang saya rasa lebih mudah letih, tapi saya juga yakin saya akan berjaya habiskan puasa sehari. Saya yakin anda juga boleh!

Amalkanlah tips-tips di atas. Insha Allah, anda boleh berpuasa tanpa atau kurang rasa letih.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge