Archive | June 2015

PENGALAMAN 7 TAHUN BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK BUAT SAYA RASA IBU INI HEBAT!

Salam dan hai semua. Pengalaman selama 7 tahun berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak buat saya rasai ibu ini sangat hebat. Jom tonton video ini untuk mengetahui tips-tips yang beliau amalkan

 

Rahsia dan tips berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak

Bagaimana? Sudah take note?

Berpuasa dalam keaddan diri sedang hamil dan menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu sendiri perlu kuatkan semangat dan siapkan diri secara fizikal bagi memastikan ibu mampu menghabiskan puasa sehingga waktu berbuka di kala badan rasa lapar dan haus yang lebih daripada biasa

Antara tips-tips yang Puan Salwa Saleh kongsikan  di dalam video beliau adalah;

TIPS KEKAL CERGAS BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

1) Pastikan konsep utama penyusuan iaitu Demand And Supply dipenuhi

Teruskan sesi mengepam seperti biasa mengikut jadual mengepam setiap hari di pejabat. Untuk yang tidak bekerja di pejabat, boleh teruskan penyusuan susu ibu dengan anak seperti biasa. Jika anda rasakan susu makin kurang, adalah sebaiknya anda pam lagi pada waktu malam atau semasa sahur

2) Pengambilan air yang cukup

Pengambilan air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari sangat penting untuk elakkan badan dehidrasi. Anda boleh cukupkan 3 liter dari waktu berbuka hingga ke sahur

3) Elakkan stres

Stres atau tidak yakin susu anda cukup akan membuatkan susu ibu anda makin berkurangan. Anda perlu setkan di minda bahawa susu anda banyak dan cukup buat bayi kesayangan anda

4) Konsisten dengan Set Penyusuan dan Set Tambah tenaga

Set-set ini sangat membantu ibu kekal bertenaga, tidak mudah letih dan tidak mudah stres ketika hamil dan menyusukan anak. Set ini bukan sahaja selamat diambil oleh ibu yang hamil, tapi juga membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu. Akan tetapi jangan dilupa, proses Demand dan Supply itu paling utama

Saya sendiri merasai pengalaman berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan 2 oang anak serentak (Tanderm Nursing). Walaupun kadang-kadang saya rasa lebih mudah letih, tapi saya juga yakin saya akan berjaya habiskan puasa sehari. Saya yakin anda juga boleh!

Amalkanlah tips-tips di atas. Insha Allah, anda boleh berpuasa tanpa atau kurang rasa letih.

Share

RESEPI BUKA PUASA MUDAH – AYAM GORENG CRISPY DAN SAMBAL KICAP

Salam  6 Ramdhan dan hai semua. Alhamdulillah, sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Mesti ramai ibu-ibu yang mencari resepi buka puasa yang mudah bukan? Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja di pejabat yag mungkin tidak punya banyak masa untuk memasak di rumah. Anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan semasa berbuka bersama keluarga. Anak-anak pun pasti suka

RESEPI AYAM GORENG CRISPY DAN SAMBAL KICAP

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Crispy

– 5 ketul kepak ayam

– 1 biji bawang putih ( ditumbuk)

– Kicap Manis Adabi ( Gambar kicap ni boleh tengok di bawah)

– 1 sudu sos tiram

– Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

– Serbuk lada putih

– Tepung gandum

– Serbuk kari

Cara membuatnya;

Gaulkan semua bahan di atas kecuali tepung gandum dan serbuk kari.

Gaul sekali bawang putih, kicap , sos tiram, garam, ajinomot dan gula

Gaul sekali bawang putih, kicap , sos tiram, serbuk lada putih, garam, ajinomoto dan gula

Ayam dan bahan-bahan yang telah digaul bersama

Ayam dan bahan-bahan yang telah digaul bersama. Perap selama 10 minit

Kemudian, campur dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari. Letak tepung dahulu dan sedikit serbuk kari ya. Jangan serbuk kari terlebih pula 🙂

Mix dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari

Mix dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari

Kemudian ayam yang telah diperap tadi, digaul bersama dengan tepung yang kita campur dengan serbuk kari tadi

Ayam yang telah dilapisi dengan tepung

Ayam yang telah dilapisi dengan tepung

Masa menggoreng ayam pun nampak cantik :)

Masa menggoreng pun ayam  nampak cantik 🙂

Kemudian, goreng ayam sehingga kekuning-kuningan. Siap!

Ayamg goreng Crispy

Ayam goreng Crispy

Ok, seterusnya kita buat sambal kicap pula sebagai cicah Ayam Goreng Crispy kita pula

Cara-cara membuat Sambal Kicap Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahannya adalah;

– Limau kasturi 2 biji

– Cili padi 2 biji

– Kicap Manis Adabi

– Bawang merah sebiji – dihiris

– Garam dan ajinomoto secukup rasa

Bahan-bahan asas sambal kicap mudah

Bahan-bahan asas sambal kicap mudah. Perah limau dan campurkan semua bahan-bahan di atas

Kemudian, tambah Kicap Manis Adabi dengan campuran kita tadi

sambal kicap 3

Tambah Kicap Manis Adabi dengan bahan-bahan yang kta telah campurkan tadi

 

Ok, siap. Sangat sesuai dihidangkan bersama Ayam Goreng Crispy kita tadi. Yummy!

Kalau mahu rasa pedas sikit boleh tambah cili tu ya :). Selamat mencuba!

 

sambal kicap mudah

Sambal kicap dah siap. Jom cicah dengan Ayam Goreng Crispy

Share

TIPS MENGEPAM SUSU IBU KETIKA BERPUASA AGAR KEKAL MERIAH

Salam dan hai semua. Ramadhan ini pasti ramai ibu yang risau sekiranya penghasilan susu ibu mereka kurang kerana mereka berpuasa. Tapi, jangan risau ya ibu-ibu. Inilah kelebihan susu ibu. Walaupun kita berpuasa, badan tetap akan menghasilkan susu ibu dan kurangnya pengambilan kalori sepatutnya tidak akan menjejaskan penghasilan susu ibu

Ibu gembira pasti akan buat anak anda gembira

Ibu gembira pasti akan buat anak anda gembira

Saya sendiri telah beberapa kali berpuasa dan dalam masa yang sama masih meneruskan rutin mengepam susu ibu seperti biasa. Alhamdulillah, walaupun agak letih berbanding hari biasa susu ibu saya tetap ada dan masih banyak. Antara tips yang saya boleh kongsikan adalah

1) PAM MENGIKUT JADUAL SEPERTI BIASA

Saya mempunyai jadual mengepam susu ibu setiap hari dan saya memang akan mengepam mengikut jadual tersebut. Hal ini sangat membantu kerana badan akan bersedia mengikut masa mengepam tersebut dan menghasilkan susu ibu yang lebih banyak

Ketika Ramadah atau berpuasa saya tetap mengikut jadual ini juga. Walaupun kadangkala apabila saya mengepam waktu petang susu ibu tidak banyak seperti hari biasa, tapi susu ibu tetap ada. Ini bagi saya penting agar badan terus mengikut momentum dan jadual yang telah saya konsistenkan dari awal

2) BERFIKIRAN POSITIF

Proses penghasilan susu ibu sangat-sangat berkait rapat dengan emosi dan fikiran seorang ibu. Jadi, amat penting untuk kita berfikiran positif dan yakin yang susu ibu itu ada dan banyak. Jika anda risau, buat sesuatu untuk mengembalikan perasaan gembira anda. Mungkin anda boleh letakkan gambar anak di meja mengepam atau di pam susu anda. Atau melihat gambar-gambar dan video anak-anak ketika mengepam

3) AMBIL LEBIH MAKANAN DAN BENDALIR SEMASA SAHUR

Proses mengepam berlaku ketika siang hari. Sehubungan itu, amat penting ketika sahur anda mengambil air yang cukup dan makanan yang boleh memberikan tenaga seperti makanan berprotein seperti daging, makanan berkabohidrat seperti nasi atau makanan yang mempunyai potassium tinggi untuk mengelakkan dehidrasi seperti kurma

Buah kurma antara makanan yang mampu memberikan tenaga pada ibu

Buah kurma antara makanan yang mampu memberikan tenaga pada ibu

Bila anda bertenaga anda akan lebih gembira. Bila anda gembira susu ibu akan lebih banyak 🙂

Paling penting, jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepadaNya agar susu ibu tetap banyak seperti biasa. Yakinlah bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan susu ibu anda. Anda adalah ibu yang hebat dan kuat!!!

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2015M BAGI NEGERI SABAH

Salam Ramadhan dan hai semua. Alhamdulillah, bertemu kita lagi dengan bulan penuh keberkatan ini. Marilah kita perbanyakkan amalan kita di bulan ini

Niat puasa Ramadhan

Niat puasa Ramadhan

Sambil melipatgandakan usaha dan pahala, bolehlah rujuk di sini jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015 Masihi bagi seluruh negeri Sabah

Jadual berbuka puasa dan Imsak 2015 bagi negeri Sabah Zon 1

Jadual berbuka puasa dan Imsak 2015 bagi negeri Sabah Zon 1

Jadual berbuka puasa dan Imsak 2015 M bagi negeri Sabah Zon 2

Jadual berbuka puasa dan Imsak 2015 M bagi negeri Sabah Zon 2

jadual berbuka Sabah-Zon-3

Jadual Waktu beruka dan Imsak 2015M bagi seluruh negeri Sabah – Zon 3

jadual berbuka Sabah-Zon-4

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M bagi seluruh negeri Sabah – Zon 4

jadual berbuka Sabah-Zon-5

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M Zon 5, Negeri Sabah

jadual berbuka Sabah-Zon-6

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M Zon 6, Negeri Sabah

jadual berbuka Sabah-Zon-7

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M Zon 7, Negeri Sabah

jadual berbuka Sabah-Zon-8

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M Zon 8, Negeri Sabah

jadual berbuka Sabah-Zon-9

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015M Zon 9, Negeri Sabah

Selamat menjalani Ibadah puasa dengan cemerlang ya 🙂 . Jangan lupa niat puasa setiap hari dan banyakkan membaca Al-Quran dan serta berdoa 🙂

Share

TRAVEL BERSAMA ANAK KECIL KE NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE

Salam dan hai semua. Pada 5 hingga 7 Jun yang lalu, saya mendapat peluang ke National Conference Shaklee kerana layak mendapat National Trip percuma dan Leadership Consistency Awards. Alhamdulillah, saya pergi bersama Putri tersayang dengan menaiki kapal terbang dan dapat penginapan percuma di Palace of Golden Horses. Tempat yang tidak pernah saya bayangkan.

Rasanya sangat-sangat best berjaya sampai ke Palace Of

Sangat-sangat best berjaya sampai ke Palace Of Golden Horses ini

Rasanya sangat-sangat berbaloi hadir ke sini walaupun penat travel seorang diri bersama anak kecil. Video ini mampu menceritakan kemeriahannya 🙂

Perjalanan ini sangat mengujakan kerana ini pertama kali saya berada di pentas National Conference ini. Tahun lepas kami diwakili oleh suami kerana saya tengah sarat mengandung ketika itu. Walaupun berdua dengan Putri, perjalanan ini memang agak mencabar kerana ini pengalaman pertama kami travel berdua

Antara persediaan yang saya lakukan sebelum Travel dengan Putri tersayang yang berusia 11 bulan adalah;

1) Membeli tiket kapal terbang pada waktu yang sesuai

Memandangkan saya membawa bayi, saya sangat-sangat particular dengan waktu perjalanan kami. Berdasarkan pengalaman saya, bayi tidak sesuai dibawa ketika penerbangan malam atau terlalu malam.

Ini kerana pada waktu itu tekanan di udara adalah lebih tinggi dan bayi selalu tidak dapat tidur lena apabila berhadapan dengan tekanan lebih tinggi.

2) Memakai beg sandang yang betul

Beg sandang belakang saya simpan Pampers, bubur Putri, Baby Wipes, buah dan surat beranak Putri

Saya juga memakai beg sandang depan untuk membawa dokumen penting seperti dompet, IC, Handphone

Saya juga pastikan hanya barang yang penting dan perlu digunakan semasa penerbangan sahaja yang saya letakkan di dalam beg sandang saya kerana saya perlu membawa anak kecil dan saya tidak mahu terbeban dengan membawa barangan yang kurang sesuai di dalam beg sandang tersebut (Sebenarnya nak kurangkan berat beg sandang sebab dah bawa baby berat 🙂

3) Pastikan bayi tenang dan kenyang

Saya bersiap sedia dengan buah-buahan agar mudah untuk beri Putri makan ketika ia mungkin bosan dengan perjalanan kami. Saya juga kerap susukan bayi agar bayi saya kenyang sentiasa

4) Memakai Baby Carrier yang sesuai

Baby Carrier merupakan antara elemen penting dalam perjalanan jauh seperti ini. Membawa anak kecil dengan membawa beg tidak mudah lebih-lebih lagi semasa di kaunter pemeriksaan tiket dan imigresen kita perlu keluarkan IC dan surat beranak bayi

Ini bermakna anda perlu sentiasa pastikan anda mudah mencapai IC dan surat beranak anak anda agar memudahkan perjalanan anda nanti

Saya selesa dengan menggunakan Boba ketika travel bersama bayi saya

Saya selesa dengan menggunakan Boba ketika travel bersama bayi saya

5) Memastikan kenderaan dan perjalanan yang sesuai dengan kami

Sebelum travel saya membuat sedikit penyelidikan tentang kenderaan dan perjalanan yang sesuai untuk kami gunakan dan ambil untuk sampai ke destinasi. Maklumat seperti ini sangat penting agar memudahkan kami bergerak tanpa membuang masa dan terlebih budget

Happy sungguh Si Putri bila kami menaiki ERL

Happy sungguh Si Putri bila kami menaiki ERL

Alhamdulillah.. Saya sangat bersyukur, sepanjang kami berada di dalam kapal terbang Putri hanya tidur dan bangun hanya untuk menyusu. Walaupun agak letih kerana semuanya dilakukan sendiri, tapi pengalaman ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan

Ibu-ibu yakinlah, anda boleh melakukannya. Jangan lupa bacakan anak kecil anda 3 Qul dan mohon padaNya agar dipermudahkan musafir anda itu

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

LANGKAH BERJAGA-JAGA BERDEPAN DENGAN GEGARAN GEMPA BUMI

Salam dan hai semua. Kelmarin pagi sekitar jam 2.30 pagi kami dikejutkan dengan gegaran sederhana berskala 5.1. Gegaran ini lebih kuat dirasai di Ranau Sabah. Kami di kawasan Pantai Barat Selatan ini juga merasai gegaran selama 6-10 saat itu kerana berada tidak jauh dari kawasan gegaran tersebut

Mural yang dilukis sebagai memperingati wira dan mangsa-mangsa yang terkorban semasa gegaran

Mural yang dilukis sebagai memperingati wira dan mangsa-mangsa yang terkorban semasa gegaran

Kejadian gegaran ini bermula pada Jumaat lepas, 5hb Jun 2015 jam 7.15 pagi. Gegaran awal pada skala 5.9, memang agak kuat dan sangat dirasai oleh penduduk di Ranau. Saya yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, terkejut melihat ratusan Whatsapp dari keluarga dan kawan-kawan sebaik membuka Handphone

Saya terus menghubungi suami dan suami memaklumkan bahawa beliau merasai gegaran yang agak kuat sehinggakan kereta kami turut bergegar dan bergerak. Beliau yang terkejut dengan gegaran itu segera mengambil anak-anak kami dan membawa anak-anak keluar daripada rumah

Jika dilihat pada geografi negeri ini, Sabah tidak termasuk di dalam lingkaran gunung berapi akan tetapi berada di atas garisan sesar yang masih aktif. Menurut Professor Felix Tongkul, Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah, gegaran lemah mungkin akan berlaku tapi tidak akan berterusan.

Namun, pagi 13hb lepas kami dikejutkan lagi dengan gegaran yang dikira sederhana. Dijangkakan akan ada lagi gegaran-gegaran kecil selepas ini

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh kita ambil apabila berhadapan dengan situasi begini adalah;

1) Semasa Gempa bumi

Jika berada di dalam bangunan

  • Terus kekal di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja yang kukuh atau tempatkan diri di ambang pintu atau sudut
  • Jauhkan diri dari tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga bergantungan dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh
  • Lindungi kepala dan muka dari serpihan runtuhan dan kaca
  • Jangan menggunakan lilin, mancis atau barangan bahan punca api yang lain kerana berkemungkinan kebocoran gas akan berlaku. Padamkan semua sumber api

Jika anda berada di dalam bangunan yang tinggi;

  • Jangan keluar secara tergesa-gesa
  • Jangan gunakan lif kerana kemungkinan bekalan elektrik akan terputus
  • Terus kekal  berada di dalam bangunan di tingkat yang sama

Jika anda berada di luar bangunan;

  • Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi diri daripada talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu
  • Jauhkan diri daripada serpihan yang jatuh di luar pintu dan di dinding sebelah luar
  • Jauhkan diri daripada talian elektrik yang jatuh
  • Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti

Jika anda berada di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan;

  • Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri dari serpihan batu-bata, simen dan kaca yang jatuh

Jika anda berada di dalam pasaraya yang sesak;

  • Jangan bergerak keluar ke muka pintu secara tergesa-gesa
  • Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang berkemungkinan akan terjatuh

Jika anda di dalam kereta yang bergerak;

  • Berhentikan kereta dengan segera di kawasan yang dirasakan selamat. Jangan berhenti di atas atau bawah jambatan, lingkaran atau rentangan kabel-kabel elektrik
  • Terus kekal berada di dalam kereta hingga gegaran berhenti

Buat wira-wira kami, Malim Gunung Kinabalu, terima kasih kerana berusaha menyelamat dan membawa turun mangsa-mangsa yang berada di atas Gunung Kinabalu. Bagi mangsa-mangsa yang terkorban, moga aman di sana

Alhamdulillah.. Ujian ini terus menyatukan rakyat Sabah. Moga Sabah terus akan bertahan. Doakan untuk kami ya 🙂

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/berhadapan-gempa-langkah-ini-mungkin-penyelamat-anda-61689?cp

Share