PEDOFIL ATAU PEDHOPHILIA – IBU BAPA HARUS AMBIL TAHU DAN AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

Salam dan hai semua.. Baru- baru ini kecoh tentang seorang pelajar genius Malaysia yang ditangkap oleh kerajaan London kerana memilki bahan lucah kanak-kanak atau golongan ini dipanggil Pedofil/ Phedophilia

Kes Pedofil berprofil tinggi

Kes Pedofil berprofil tinggi

Seterusnya, artis Wardina Saffiyyah pula kongsikan kisah-kisah yang melibatkan kes cabul kanak-kanak yang mana kebanyakan dilakukan oleh keluarga terdekat sendiri. Antara salah satunya anda boleh baca di sini

Sebagai seorang ibu, perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Ingatkah anda tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin suatu ketika dulu. Sehingga kini, pembunuh arwah adik comel itu masih bebas kerana masih tidak dapat ditangkap

Ini membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia mungkin orang yang terdekat dengan kita, mungkin orang yang pernah melihat anak kita ataupun mungkin kawan Facebook kita

Bagaimana kita boleh lakukan untuk melindungi anak-anak kita ini? Saya petik ini dari perkongsian Saiful Nang. Moga bermanfaat buat semua

1) Sentiasa dekat dengan anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu

2) Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain.

3) Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Kita perlu bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual bila perlu kerana setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan di muka hadapan surat khabar utama

4) Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamerkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil tahulah

5) Berhati-hati dengan paparan, gambar dan video anak-anak di media sosial dan internet secara umum. Mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak

6) Ajar anak tentang sentuhan yang patut dan tidak patut. Pesan kepada anak-anak baik lelak mahupun perempuan bahawa tubuh badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh oranglain termsuk saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah pengasuh atau taska

7) Kenal pasti urusan-urusan yang melibatkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti mmbersihkan diri selepas ke tandas, menyalin pakaian, mandi dan sebagainya. Selalulah bertanyakan mereka tentang siapakah yang terlibat.

Contohnya, kalau anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas atau ada orang yang mengambil gambar mereka mandi, ibu bapa perlu bertindak segera

8) Ajar anak-anak untuk YELL, RUN AND TEL ( JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan di point ke 7

9) Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam bersendirian. Iringilah mereka dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita, apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas.

Pesan kepada anak supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehingga kita mengetuk dan memanggil

10)  Pasanglah Parental Control Sofware dan perisian saringan di komputer atau tablet yang digunakan oleh anak-anak

Berbual dan bersembanglah dengan anakaanak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali dan tidak dikenali di internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet. Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak

11) Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawaasi

12) Elakkan memberi telefon pintar dengan keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil

13) Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan rapat anak-anak kita, begitu juga dengan guru, jurulatih dan semua remaja serta orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita

14) Jangan biarkan anak kecil ke mana -mana secara seorang diri walaupun ke destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak kita. Mereka mungkin telah merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk bertindak jahat

15) Bekerjasama dengan pihak tasaka , pra sekolah, sekolah anak untuk melindungi anak-anak

Ambil tahulah tentang anak-anak kita. Di zaman yang serba canggih dan moden ini, anak-anak kita begitu mudah terdedah kepada perkara-perkara seperti ini. Lindungilah mereka, berilah perhatian yang sewajarnya. Kita masih punya masa.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge