MENULIS BLOG UNTUK SEO DAN KEYWORDS?

Salam dan hai semua.. Isnin lepas sekali lagi saya adakan kelas WordPress di rumah. Kali ni bersama Puan Angelina Albinus. Angelina yang saya panggil Angel baru sahaja ingin mendaftarkan blog beliau www.playingroles.com menggunakan hosting WordPress.

Banyak juga yang kami kongsikan dengan beliau. Memandangkan Angel merupakan antara Mentee terawal saya dalam blogging, banyak perubahan tentang blogging yang saya kongsikan agar beliau tidak terkeliru

TErsenyum-senyum masih diambil gambar. Macam bukan belajar pula dua orang ni. Hehe

Tersenyum-senyum pula ketika diambil gambar. Macam bukan belajar pula dua orang ni. Hehe

Jika difikir-fikir semula, rasanya saya sudah berblogging hampir 2 tahun lebih. Satu jangka masa yang lama. Cuma dulu ilmu itu terlalu sedikit dan agak mengejar SEO. SEO itu penting kerana ia menarik Google dan enjin pencarian lain ke blog kita. Tapi paling utama adalah penulisan kita

Kita menulis untuk manusia. Bila terlalu mengejar SEO, bunyi entry pun jadi macam bunyi robot akhirnya. Sebab SEO – Search Engine Optimization adalah satu usaha mendekati Google dan enjin pencarian yang lain yang mana hanyalah sebuah perisian yang pastinya bukanlah manusia

Tapi akhirnya yang akan klik dan baca entry kita adalah manusia. Bukannya enjin pencarian. Sebab tu adalah amat penting menulis untuk manusia. Menulis agar manusia mudah faham dan manusia mudah terima

Menulis tanpa rasa, tanpa hala tuju akan menghasilkan pembaca yang keliru dan akhirnya tiada pembaca setia yang sudi singgah ke blog kita. Dan blog kita hanya menjadi blog suka sendiri 🙂

Pembaca setia atau Follower akan seronok membaca blog kita sekiranya penulisan kita bermanfaat atau seronok dibaca mereka. Which is, kadang-kadang kita terlupa tentang ini apabila terlalu mengejar Keywords -Kata Kunci dan SEO

Alhamdulillah. Sejak-sejak jadi student Akademi Denaihati, banyak dah berubah di otak ni. Blogging kini bagi saya adalah sesuatu yang seronok dan saya lakukan bukan sebab untuk mencari untung. Ia tentang manusia. Dari manusia kepada manusia. Dan InshaAllah, jika kita ikhlas menulis, Allah akan hadirkan Sales, untung dan apa sahaja yang berkaitan dengan kita juga 🙂

Happy blogging u olls!

Share

4 thoughts on “MENULIS BLOG UNTUK SEO DAN KEYWORDS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge