KENAPA BLOG ANDA PERLU NICHE ATAU TEMA DAN HALA TUJU?

Salam dan hai semua.. Hari semakin hari, si Ummi anak tiga ini semakin sibuk. Dengan anak-anak yang tidak tidur siang dan terlalu aktif, memang agak sukar Ummi ini menghadap laptop :). Tapi tidak apa, itulah antara cabaran bekerja dari rumah

Insha Allah, Isnin ini saya akan adakan kelas WordPress dan Blogspot lagi. Kalau ada yang berminat untuk join, boleh contact saya directly ya 🙂

Ok, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Harap info ini dapat membantu anda ya 🙂

Apakah Niche blog anda ?

Apakah Niche blog anda ?

Apabila anda mula menulis di blog, adalah AMAT PENTING untuk anda mengenal pasti Niche atau tema /hala tuju / identiti / kategori blog anda. Ini kerana ia akan membantu pembaca, pengunjung serta anda sendiri dalam;

  • Pengunjung anak mudah menjadikan blog anda sebagai bahan rujukan kerana mereka dapat meihat dengan jelas blog anda berkaitan dengan apa
  • Pembaca pun akan mudah memahami diri anda sebagai penulis yang bagaimana, which is penting untuk mengekalkan pembaca agar terus setia membaca tulisan anda
  • Anda pun mudah untuk mendapatkan idea yang berkaitan Niche atau hala tuju blog anda untuk dijadikan entry blog
  • Blog anda akan nampak lebih fokus dan professional
  • Blog anda akan lebih beridentiti

Mungkin ada yang mula menulis blog sekadar suka-suka (macam saya juga pada mulanya).. Akan tetapi, anda boleh dengan perlahan-lahan mencari identiti atau hala tuju blog anda dengan teruskan menulis. Insha Allah.. Bila anda biasa menulis, lama-lama anda akan nampak hala tuju blog anda

Contoh, blog saya ini sendiri. Pada mulanya blog ini agak tidak beridentiti. Tapi lama-kelamaan, saya dapat melihat diri saya suka menulis tentang kehidupan keluarga dan anak-anak. Ini membuatkan saya lebih fokus kepada Niche Parenting atau keibubapaan

Ada banyak lagi niche dan kategori blog ini. Contohnya,  Food blog, Travel Blog, Sports Blog, News Blog dan macam-macam lagi. Anda juga boleh rujuk di entry blog Sifu Hasrul Hassan ini mengenai 30 kategori blog dan blogger yang tersenarai. Dan blog saya ini tersenarai dalam blog Parenting dalam entry beliau ini 🙂

Ok, selamat mula menulis blog. Blogging is always fun! 🙂

Share

6 thoughts on “KENAPA BLOG ANDA PERLU NICHE ATAU TEMA DAN HALA TUJU?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge