HAPPT MOTHER’S DAY TO MY LOVELY MUMMY

Salam dan hai semua. 10 Mei iaitu Ahad lepas merupakan Hari Ibu di seluruh dunia. Entry ni saya dedikasikan buat ibu tersayang agar menjadi memori buat kami sekeluarga

Menjadi ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi sejak saya bergelar seorang ibu, saya semakin faham bahawa menjadi ibu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan banyak hal terutama emosi si ibu

Melahirkan anak sahaja sudah memeritkan. Membesarkan dan mendidik anak pula perlukan banyak pengorbanan. Pengorbanan masa, wang ringgit, kebebasan dan banyak lagi

Hargailah ibu kita, kerana ibu tiada gantinya. Doa ibu doa yang amat mustajab, tiada hijab di sisi Allah. Hilangnya doa ibu, kita hilang nikmat doa yang paling Power.

SELAMAT HARI IBU, MUMMY

SELAMAT HARI IBU, MUMMY

Untuk Mumy tersayang, terima kasih atas segala kasih sayang, bantuan, pengorbanan, kesabaran dan untuk segala-galanya. Ya, tidak mudah membesarkan kami, tidak mudah menjaga kami, tapi Mummy lakukannya tanpa jemu sehingga kini

Minta maaf atas segala-galanya Mummy. Kekasaran, ketelanjuran bahasa, kata-kata yang mengguris hati Mummy yang terkeluar dari mulut ini bukanlah disengajakan. Ia adalah kekhilafan diri ini.

Sayang Mummy selalu.. Sayang beribu-ribu lemon. Kasih dan sayang Mummy tiada galang gantinya. Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyayangi kami

Terima kasih atas doa Mummy setiap hari utnuk kami. Doa kami, Mummy sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah rahmat dari Illahi. Love u Always. Emmuahhh..

Tidak dilupa juga buat ibu mertua, Mama, nenek tersayang yang di kampung dan semua ibu-ibu yang membaca entry ini. Anda adalah ibu yang Awesome dan percayalah menjadi ibu bermaksud anda punya kuasa yang BESAR iaitu mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi Khalifah atau pemimpin di dunia ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge