CARA TIDUR YANG BAIK MENURUT ISLAM AGAR MUDAH UNTUK BANGUN TIDUR

Salam dan hai semua. Tidur merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kita seharian. Tanpa tidur, atau jika tidur tidak mencukupi boleh mnyebabkan kita stres, penat, mengantuk dan tidak dapat fokus dalam melakukan pekerjaan kita

baby tidur paling best kan ? :)

baby tidur paling best kan ? 🙂

Jadi, sangat penting untuk mendapatkan tidur yang terbaik untuk kita. Antara perkara penting yang perlu kitat titiberatkan semasa tidur adalah cara tidur yang betul dan baik supaya kita mendapat tidur yang berkat dan merasa segar sebaik bangun daripada tidur

Antara cara tidur yang baik menurut Islam yang menjadi amalan Rasulullah S.AW adalah;

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak sekitar jam 10 atau 11.00 malam

2) Tidur dalam keadaan berwudhu

3) Bangkitlah di awal separuh kedua malam sekitar jam 1.00 pagi atau 2.00pagi kemudian bersugi atau memberus gigi

4) Berwujud dan bersembahyang tahajjud

5) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar

6) TIdur dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan. Rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus. Ini memudahkan proses penghadaman di dalam perut

7) Meletakkan tangan di bawah pipi kanan

‘Rasulullah Muhammad S.A.W apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya’

– Hadis riwayat Abu Daud, At Tarmidzhu, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban

Bacalah doa sebelum tidur dan ucapkan yang baik-baik untuk diri kita ya. Jika berniat bangun jam sekian-sekian, sebut masa dan jam berapa anda hendak bangun. Insha Allah mudah untuk bangun dan tidak akan rasa malas selepas bangun.

Jangan lupa juga ambil kalsium anda sebelum tidur agar tidur lebih lena, mudah untuk bangun dan mudah untuk lawas keesokan harinya 🙂

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge