CARA PENYEDIAAN BAGI MENGEKALKAN ZAT SAYUR AGAR ANAK DAN KELUARGA KITA MENDAPAT ZAT SECUKUPNYA

Sayur merupakan antara hidangan yang penting kepada keluarga. Ini kerana sayur membekalkan banyak khasiat kepada tubuh badan dan bukan sekadar sebagai pelengkap hidangan. Sayur khususnya yang berwarna hiaju sperti bayam, kangkung dan kailan serta ulam-ulaman segar kaya dengan karetonoid

karetonoin yang lebih dikenali sebagai klorofil bertindak aktif sebagai agen melawan kanser dan menjaga kadar normal lemak darah

Ibu-ibu kena pastikan sayur yang diberikan pada anak adalah sayur yang masih ada zat dan khasiat

Ibu-ibu kena pastikan sayur yang diberikan pada anak adalah sayur yang masih ada zat dan khasiat

So, bagaimanakah cara penyediaan sayur yang sebaiknya agar tidak kehilangan banyak zat ketika kita memakannya. Jom ikuti langkah-langkah ini;

1) Elakkan membasuh atau memotong sayur sebelum anda benar-beanr ingin memasaknya

2) Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya

3) Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Penggunaan pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat sayur tersebut secara tidak langsung

4) Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Contohnya, ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya

5) Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagimanapun, cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan

6) Masak cara stim lebih baik daripada merebus sayur kerana dapat memastikan zat sayur tersebut tidak hilang banyak. Jika sayur dan cara masakan ada hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu sehingga lembik

7)  Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut

Ayoyo..No 7 tu tak boleh blah. Memang buat setiap hari. Lepas ni tidak payah potong sayur, campak ja terus dalam kuali. Masa memasak lagi tidak tahu berapa banyak lagi zat yang hilang.  Nak-nak lagi yang nak dihidangkan pada si kecil. Ok, take note ibu-ibu 🙂

Selain memakan sayur, tambahlah multivitamin dalam diet seharian. Sekurang-kurangnya dapatlah top up zat-zat yang dah banyak kurang masa masak sayur tadi 🙂

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge