CARA MENURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SECARA NORMAL

Salam dan hai semua. Menurunkan berat badan selepas melahirkan anak secara normal adalah tidak mudah lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak kita mula sibuk menjaga anak dan kurang prihatin terhadap diri sendiri

Namun begitu, tidakmustahil untuk turunkan berat badan selepas melahirkan anak lebih-ebih lagi jika anda merupakan ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu. Saya menggunakan 3 cara ini menurunkan dan mengekalkan berat badan di bawah 60 kg selepas bersalin sehingga kini. Mungkin anda boleh juga mencubanya 🙂

3 LANGKAH DAN CARA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

3 LANGKAH DAN CARA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

3 CARA MENURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SECARA NORMAL

1) Beri anak susu ibu

Setiap kali anak menyusu dengan ibu, ibu akan kehilangan banyak kalori yang mana sama dengan kalori yang hilang semasa ibu melakukan aktiviti senaman seperti berlari keliling padang. Disebabkan kehilangan kalori yang banyak, ia membuatkan ibu rasa ingin makan lebih banyak

Makanlah sehingga ibu kenyang dan berhenti sebelum terlalu kenyang. Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran agar ibu cepat lawas dan susu ibu cukup nutrisi

2) Minum air yang banyak

Minum air yang banyak semasa menyusukan anak dan dalam usaha menurunkan beat badan adalah amat penting. Setiap 20kg berat ibu, ibu harus ambil paling kurang 1 liter air. Katakan berat ibu 60kg, ibu harus ambil sekurang-kurangnya 3 liter air. Tapi sebaiknya lebihkan daripada itu

Pengambilan air yang banyak membantu ibu cepat kenyang dan cepat lawas juga. Tapi biarlah, minum sedikit-sedikit tetapi kerap agar badan ibu sentiasa cukup bendalir

3) Makan apa yang perlu, bukan ikut nafsu

Sebaiknya kenali makanan dan hidangan yang mempunyai fiber yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah hidangan yang perlu, yang cukup karbohidrat, protein, fiber dan vitamin serta mineral yag lain

Makan ikut nafsu tidak membantu usaha ibu untuk menurunkan berat badan. Gantikan keinginan untuk makan coklat atau makanan segera dengan buah-buahan. Cuba elakkan makanan yang berproses

Makanlah yang terbaik untuk anda dan bayi. Walaupun menyusukan anak akan buat anda cepat lapar, tapi itu bukan alasan untuk anda makan apa sahaja. Kawallah ia

Jika kena caranya, berat anda akan lebih  mudah turun kerana bila anak menyusu anda kehilangan banyak kalori yang mana sangat susah dilakukan jika anda tidak brsenam

Saya juga cadangkan ibu mengambil protein yang cukup agar mudah kenyang, pembakar lemak yang semulajadi, suplemen yang memudahkan pelawasan agar lemak-lemak yang tidak perlu akan mudah dibuang dari badan dan vitamin serta mineral yang membantu susu ibu cukup nutrisi dan ibu senang hati

Semoga berjaya ya ibu-ibu! Ibu gembira, anak lagi gembira 🙂

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge