BABAT ANDA TEBAL? KETAHUI 5 CARA UNTUK KURANGKAN BABAT DAN LEMAK BERLEBIHAN DI PERUT SEBELUM IA SEMAKIN MENEBAL

Salam dan hai semua. Babat anda tebal? Sehingga mengganggu aktiviti harian, emosi dan keyakinan anda? Apa itu babat? 🙂

Mengikut kamus Dewan Bahasa orang Sabah, negeri di bawah bayu ini, Babat tebal adalah bermaksud lemak-lemak berlebihan di kawasan perut yang mana sangat sukar untuk dikurangkan sehingga lama kelamaan  lemak-lemak di kawasan itu semakin menebal.

Selalunya babat tebal ini terjadi kepada ibu-ibu yang telah melahirkan anak lebih daripada seorang anak atau telah menghentikan penyusuan susu ibu. Ada ibu yang mempunyai berat yang ideal akan tetapi sukar untuk mengurangkan babat ini kerana kurang berlakunya pembakaran lemak di kawasan tersebut terutama bagi ibu -ibu yang bersalin secara pembedahan

Babat tebal membuat penimbang anda semakin berat???

Babat tebal membuat penimbang anda semakin berat???

Ia menjadi kerisauan ibu kerana semakin lama lemak berlebihan ini semakin menebal dan semakin sukar untuk dikurangkan. So, bagaimana cara untuk kurangkan babat dan lemak berlebihan di kawasan perut sebelum ia makin menebal? Jom, cuba cara ini 🙂

1) Elakkan ais

Pengambilan ais dalam diet seharian sangat tidak membantu dalam pembakaran lemak yang cepat. Dalam usaha ini, ibu boleh perlahan-lahan tinggalkan minuman berais dan menukarkannya kepada air kosong

2) Elakkan makanan berproses seperti makanan segera dan makanan dalam tin

Penting untuk dapatkan nutrisi yang cukup terutama kepada ibu yang perlukan lebih tenaga bagi menjaga anak yang ramai. Ya, pengambilan makanan segera dan makanan dalam tin memudahkan si ibu cepat merasa kenyang, akan tetapi ia tidak membantu usaha ibu dalam mengurangkan babat.

Malah ia boleh menjadi punca babat semakin degil untuk dikeluarkan dari dalam badan. Ibu boleh ambil protein yang sesuai agar mudah kenyang dan tidak mudah berasa lapar

3) Elak stres

Ibu-ibu yang telah mempunyai anak memerlukan kesabaran yang tinggi bila berhadapan degan anak. Kadang-kadang kerana terjadinya gangguan emosi, ibu berasa cepat stres dan mencari apa sahaja makanan yang mudah dimakan bagi mengurangkan stres

Oleh itu, adalah dinasihatkan agar ibu selalu bertenang dan mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan diri sebelum stres menguasai diri yang menyebabkan tangan ibu cepat mencapai makanan

4) Ganti snek atau coklat kegemaran dengan buah-buahan

Jika ibu berasa letih dan perlukan makanan ringan , segera atau snek mudah, gantikanya dengan buah-buahan. Walaupun snek, keropok dan coklat ini mudah didapati, tetapi ia tidak memudahkan usaha ibu untuk mengurangkan babat tebal di perut dan mendapatkan perut yang kempis

5) Banyakkan senaman kardio

Senaman kardio seperti berlari atau melakukan senam aerobik membantu pembakaran lemak di badan lebih cepat. Lepas senaman kardio, ambil masa untuk Sit Up pula ya :). Lakukannya setiap hari secara konsisten. Ambil minyak ikan sebelum melakukan aktiviti ini agar ia membantu lemak terbakar dengan mudah

Perlahan-lahan ubah cara hidup kita sebelum babat di perut semakin tebal. Babat hilang, hati tenang 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge