Archive | May 26, 2015

TIPS TRAVEL ATAU MENGEMBARA BERSAMA 3 ORANG ANAK KECIL MENAIKI BOT

Salam dan hai semua. Sabtu lepas kami sekeluarga mengembara ke Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Mutiara dengan menaiki bot ke sana. Sungguh ia agak mencabar, tapi ia tidak pernah memutuskan semangat kami untuk berkongsi ilmu di dada

Muka masih gembira sebab ni masih dalam kereta. Belum beratur beli tiket lagi :)

Muka masih gembira sebab ni masih dalam kereta. Belum beratur beli tiket lagi ๐Ÿ™‚

Untuk mengembara ke Labuan, anda boleh memilih untuk menaiki Kapal terbang, Feri atau Speedboat. Kami memilih menaiki Speedboat atau bot laju yang mengambil masa 15-30 minit kerana perlu mengejar masa ke Bengkel Kesihatan Shaklee yang kami anjurkan kerana feri hanya belayar mengikut jadual yang disediakan.

Jika anda juga berniat untuk travel dengan membawa anak kecil, mungkin anda boleh cuba tips ini sebelum memulakan perjalanan. Dan paling penting, sediakan diri anda dengan tahap kesabaran yang tinggi ๐Ÿ™‚

Kami memilih untuk menggunakna Speedboat ketika itu kerana perlu mengejar masa

Kami memilih untuk menggunakan Speedboat ketika itu kerana perlu mengejar masa

TIPS MENGEMBARA BERSAMA BERSAMA ANAK KECIL

1) Letak dan susun barang-barang yang perlu dan penting seperti Pampers, Baby Wipes, minuman, makanan di dalam beg galas belakang atau Backpack ibu atau bapa.

Kami bawa 2 Backpackย hari tu. Saya bawa yang kecil untuk bawa dompet dan pampers si kecil dan suami bawa beg sandang yang agak besar. Untuk bawa keperluan-keperluan yang penting

2) Packing atau simpan baju di beg baju yang mudah dibawa seperti hand luggage.Ini bagi memudahkan pergerakan dan memudahkan ibu atau bapa angkat beg-beg tersebut

Kalau boleh, jangan lagi membawa plastik yang berisi minuman atau makanan. Pindahkan ia ke beg yang disandang si bapa agar anda cuma fokus kepada membawa beg yang ada dan si kecil

2 beg besar yang hand luggage,  beg galas belakang yang besar dan 1 beg galas belakag yang kecil. Itulah beg-beg yang kami angkut naik bot.  Masa ni kami sudah sampai di Labuan. Sorry, gambar semasa di terminal feri Menumbok tiada sebab Ummi Bababh sbuk urus anak-anak

2 beg besar yang hand luggage, beg galas belakang yang besar dan 1 beg galas belakag yang kecil. Itulah beg-beg yang kami angkut naik bot.
Masa ni kami sudah sampai di Labuan. Sorry, gambar semasa di terminal feri Menumbok tiada sebab Ummi Babah sibuk urus anak-anak

3) Gunakan baby carrier. Saya gunakan Baby Carrier jenama Boba

Baby carrier sangat penting ketika ini. Ini kerana suami saya perlu mengangkat beg dan saya lah yang perlu membawa 3 orang anak. Dengan penggunaan Boba, saya boleh memegang kedua-dua anak lelaki saya dengan si kecil di dalam Boba

Sempat wefie sesudah sampai terminal feri Labuan. Lega.. :)

Sempat wefie sesudah sampai terminal feri Labuan. Lega.. ๐Ÿ™‚

Mengembara dengan anak kecil memang mencabar apatah lagi pada hari kami perlu ke Labuan, penumpang yang ingin membeli tiket terlalu ramai. Anak-anak menangis sebab tidak tahan menunggu dan kepanasan. Nasib baiklah ada orang baik hati dan tolong belikan kami tiket

Naik bot yang bergoyang-goyang sambil pegang baby adalah sangat mencabar juga. Hihi.. Saya tidak berapa biasa, tapi suami memang dah biasa. So, memang jantung berdegup agak kuat masa naik bot tu.

Balik tu kami naik feri. Kena naik awal sikit kalau tidak susah cari tempat duduk berlima :)

Balik tu kami naik feri. Kena naik awal sikit kalau tidak susah cari tempat duduk berlima ๐Ÿ™‚

Balik dari Labuan, kami memilih naik feri. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Oklahkan.. Boleh ummi dan babah rehat sikit. Dan nasib baiklah 2 orang anak-anak syurga ni tidur. Jadi layan yang seorang tu jalah ๐Ÿ™‚

Bagi anda yang akan mengembara dengan anak kecil, yakinlah anda mampu melakukannya. Bekerjasama sebaiknya dengan suami dan berdoalah serta meminta kepada Allah supaya perjalanan dipermudahkan. Dan ambil juga suplemen anti stres supaya ibu mampu menahan kesabaran dengan jitu . Hihi..InshaAllah :). Selamat mengembara !

Share