TIPS MENGURUSKAN ANAK RAMAI DI SAMPING MELAKUKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH

Salam dan hai semua. Alhamdulillah, bulan ni genaplah 6 bulan saya bercuti tanpa gaji sambil menjaga anak di rumah dan menguruskan perniagaan online kami. Kira-kira 8  bulan lagi cuti tanpa gaji saya ini akan berakhir. 🙂

Alhamdulillah.. Banyak yang saya belajar sejak menjadi surirumah berkerjaya ni. Antaranya, cara-cara menguruskan anak-anak di samping melakukan bisnes di rumah, cara-cara menguruskan stres dan pengurusan masa serta emosi 🙂

Jangan tak tahu, kerja di rumah ni lagi sibuk dari kerja di pejabat. Di pejabat, kita boleh relax lagi bila dah sampai Lunch Hour. Tapi di rumah, makan pun tidak tentu. Kadang-kadang baru mahu suap makanan, anak dah menangis. Tu jugalah antara rahsia slim diri ini. Hehe..

So, hari ini saya ingin kongsikan tips menguruskan anak di samping menguruskan perniagaan dari rumah.. Alhamdulillah, tips ni saya sendiri gunakan dan sangat-sangat membantu saya dalam pengurusan masa serta bisnes

Dua orang budak lelaki ni memang banyak menguji kesabaran Umminya. Tapi, Ummi sentiasa sayang mereka :)

Dua orang budak lelaki ni memang banyak menguji kesabaran Umminya. Tapi, Ummi sentiasa sayang mereka 🙂

1) Jangan bertangguh dalam urusan memandikan anak. Kadang-kadang disebabkan sibuk nak reply whatsapp, kita fikir ‘nantilah dulu’ untuk memandikan anak.

Apa yang saya perhatikan, jika anak bangun dan kita mandikan secepat mungkin, mood mereka akan berubah dan mereka tidak mudah untuk cerewet. Ini mungkin kerana mereka berasa lebih segar selepas mandi

2) Beri makan awal dan secara berjemaah

Since umur anak pertama dan kedua saya berbeza setahun, waktu tidur dan bangun serta selera mereka juga agak sama. Kebiasaannya, selepas memandikan dorang saya akan terus suapkan mereka sarapan.

Selalunya mereka akan berselera kerana saya rasa mereka memang lapar selepas bangun tidur. Dan saya memang lebih suka menyuap mereka makanan sambil menyuap diri sendiri kerana ini membantu saya memastikan mereka makan nasi atau hidangan yang disediakan. Dan kuranglah mess up 🙂

3) Tidak menangguhkan permintaan mereka

Selalunya apabila si Furqan, anak pertama saya request untuk susu botol, saya akan segerakan. Ini membantu saya untuk elak Furqan marah yang mungkin menyebabkannya menangis atau menjerit lebih-lebih lagi semasa adik kecil mereka tengah tidur

4) Silent Handphone

Saya selalu silentkan Handphone ketika saya rasa ingin fokus melakukan sesuatu. Contoh perlu masak hidangan anak-anak, atau semasa kami adakan aktiviti menulis dan mewarna. Aktiviti ini sebenarnya mengambil masa sekejap sahaja tapi akan jadi lama bila kita sibuk menjawap Whatsapp customer atau scroll news feed Facebook 🙂

5) Banyakkan bersabar

Menguruskan anak-anak kecil 3 orang seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang memang terlepas juga marah dan geram dengan anak-anak syurga ni. Tapi selalunya saya ambil masa atau cuba jauhkn diri dari mereka sebentar apabila tahap kesabaran mula tergugat 🙂

Ok, cukup 5 tips hari ini ya. Rasanya banyak lagi mau tulis. Tapi nanti saya kongsikan lagi. Buat ibu-ibu yang memilih bekerja dari rumah, percayalah, keputusan anda adalah tepat. Mungkin ia tidak semudah semasa bekerja di pejabat. Akan tetapi, satu benda penting yang saya rasai, stres makin kurang kerana kita punya masa berharga bersama anak-anak

Moga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada semua. Cubalah dahulu tips ini dengan kesabaran ya 🙂

Share

7 thoughts on “TIPS MENGURUSKAN ANAK RAMAI DI SAMPING MELAKUKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH

  1. 3 orang anak dan kerja online at the same time ? wow ! sapa yang bole buat cam tu? mereka yang tabah dan sabar je yang sanggup. saya sendiri pikir kerja kat opis tu seribu kali lebih relax dari keje kat umah – wpun orang tgk mcm best keje kat umah. tapi hakikatnya , mcm akak ni ckp la, nak mkn pun kadang2 takde masa. Dan juga keje online bukan lah cara buat duit banyak dan menjadikan kita seperti Vivy Yusoff . Semuanya harus ada kesabaran dan ilmu. Dan jgn give up !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge