PENCALONAN BEST LIFESTYLE BLOG DALAM SOCIALMEDIAWEEK.COM

Assalammualaikum dan hai semua.. Rabu lepas semasa terima email daripada socialmediaweek.com, terus hati berbunga-bunga. Bagai tidak percaya blog saya ini tercalon dalam Socialmediaweek.com untuk kategori Best Lifestyle Blog. Ingatkan siapa yang calonkan. Rupanya suami tersayang. Mahu bagi moral support katanya. Supaya saya semakin kuat semangat dalam berblogging. Alhamdulillah 🙂

Emel yang saya terima daripada socialmediaweek.com :)

Emel yang saya terima daripada socialmediaweek.com 🙂

Untuk makluman anda semua, Malaysia Social Media Week adalah minggu di mana sebuah persidangan diadakan bagi mengumpulkan bologer-blogger di seluruh Malaysia. Selain persidangan ini, aktiviti seperti workshop dan Malam Anugerah diadakan pada Malam Kemuncak Persidangan tersebut

Dan untuk malam anugerah itu nanti, blog-blog yang tercalon dan menang  di dalam kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Best Lifestyle Blog, Best News Blog, Best Foodie Blog dan banyak lagi akan diberi penganugerahan dan pengiktirafan sewajarnya. Anda boleh layari http://www.socialmediaweek.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara ini

Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon pembaca-pembaca setia blog saya dan sesiapa jua untuk mengundi blog ini yang tercalon di dalam kategori Best Lifestyle Blog. Cara-caranya adalah;

social media week

Cara mengundi di dalam socialmediaweek.com

 

  • Kemudian log in melalui akaun Facebok anda
  • Seterusnya cari blog saya. www.keluargahebat.com dalam kategori Best Lifestyle blog. Anda akan lihat tanda berbentuk tangan yang berwarna hijau ( Thumbs up). Klik thumbs up itu.social media week 2 Jika thumbs up itu menjadi warna merah, ia bermaksud anda telah berjaya mengundi. Terima kasih! 🙂
social media awards

Yeay! anda telah berjaya mengundi. Terima kasih

 

Saya ucapkan ribuan, jutaan TERIMA KASIH buat semua yang telah mengundi dan menyokong website ini. Doa saya, moga Allah murahkan rezeki kalian. Doakan saya menang ya! Mana tahu ada rezeki lebih, boleh belanja makan-makan. Hehe..

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge