MOOD SWING SEPANJANG HARI? MUNGKIN ANDA PERLU DETOKS!

Pernahkah anda rasa bad mood atau Mood Swing sepanjang hari? Buat kerja salah, makan salah, minum salah, pergi ke tandas pun salah. Semua serba tidak kena.. Fikiran jadi tidak tentu dan tidak dapat fokus?

PErnahkah anda rasa hidup anda serba tidak kena?

Pernahkah anda rasa hidup anda serba tidak kena?

Tahukah anda ia mungkin menunjukkan yang badan anda tidak pernah ‘flush’ atau dalam kata lain detoks?

Detoxification atau  Detoksifikasi, ringkasnya detoks menurut Wikipedia adalah pembuangan toksik atau sisa beracun secara psikologi atau perubatan daripada organisma hidup termasuk badan manusia yang dibawa keluar oleh hati

Selain itu, ia boleh dikatakan masa pengeluaran di mana organisma hidup kembali kepada homeotasis (keupayaan sistem atau organisma hidup untuk kembali ke fitrah hidup) selepas penggunaan bahan ketagihan pada jangka waktu yang lama

Secara kesimpulannya, detoks adalah proses mengeluarkan toksin dari dalam badan. Bayangkan setelah macam-macam yang telah kita makan dan gunakan, agak-agak bagaimana keadaan dalam badan kita? Pasti sangat tidak sihat bukan?

Hatilah yang menjadi penapis pada semua toksin yang berada dalam badan kita. Tapi sekiranya badan kita terlalu bertoksik, hati lama-lama jadi tidak efektif lebih-lebih lagi apabila kita sering mengambil pemakanan yang tidak sihat dan diproses

Proses detoks ini sangat penting sebenarnya kerana setiap hari kita mengambil makanan atau hidangan yang kurang sihat yang mana membuatkan hati bekerja dengan lebih. Perkara ini boleh menyebabkan hati tidak berfungsi dengan baik dan efektif dan berkemungkinan menyebabkan jumlah toksin di dalam badan kita menjadi semakin banyak

Kenapa toksin atau toxin ini tidak bagus?Ini adalah kerana toksin merupakan bahan kimia atau racun yang boleh membahayakan tubuh badan. Toxin boleh datang daripada makanan, air, bahan kimia yang kita gunakan untuk menyediakan makanan dan daripada udara yang kita sedut setiap hari juga.

Jadi, toxin ini boleh berada di sekeliling kita kan? Sungguh mudah kita mendapat toksin

Apakah kepentingan dan kelebihan untuk mendetoks tubuh badan?
Manfaat secara fizikal

Manfaat paling jelas anda dapat lihat daripada detoks ini adalah secara fizikal. Memandangkan toksin-toksin ini berada di dalam organ-organ badan yang utama, detoksifikasi akan membantu paling banyak organ-organ utama ini

Organ-organ yang terlibat seperti hati dan perut, akan bekerja dengan lebih efektif. Selepas proses detox ini selesai, anda akan rasa lebih ringan dan lebih bertenaga. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan risiko kanser.

Selain daripada itu, detoksifikasi akan membantu membersihkan darah di mana ia membantu pengedaran darah menjadi lebih baik

Anda akan rasa lebih tenang selepas detoks

Anda akan rasa lebih tenang selepas detoks

Manfaat secara mental

Toksin dan radikal bebas yang terkumpul di dalam badan juga boleh menganggu fungsi otak. Jika sebelum detoks, anda mengalami masalah susah untuk tidur, keletihan yang melampau dan susah untuk memberi tumpuan, selepas proses ini, masalah-masalah tersebut akan berkurangan. Anda akan lebih mudah untuk tidur dan boleh memberi lebih tumpuan

Perubahan dalam gaya hidup

Kelebihan ini mungkin merupakan antaar perkara yang anda tidak jangkakan. Ini kerana detoks boleh membantu anda mengubah gaya dan cara hidup anda.

Semasa anda melalui proses detoks ini, anda akan mula rasai lebih baik secara fizikal dan mental. Keadaan ini akan membuatkan anda terasa ingin mengubah gaya dan cara hidup anda dengan menyekat perkara-perkara atau makanan-makanan yang membuatkan badan anda bertoksin

Berhenti merokok, pemakanan sihat dan bersenam adalah antara perkara yang boleh membantu melindungi tubuh badan kita. Sangat-sangat bagus untuk memulakan perkara-perkara ini selepas anda melakukan detox.

Selamat berdetoks! 🙂

Artikel didapati daripada http://www.livestrong.com/article/18969-benefits-detoxing-body/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge