KELAS WORDPRESS PERTAMAKU DI SABAH

Salam dan hai semua. 4 hari lepas sahabat saya Puan Anidah Jawarin, yang saya panggil Nieda berkunjung ke rumah untuk belajar tentang WordPress.

Alhamdulillah.. Berjaya juga saya buat kelas WordPress pertama ni. Lucu juga kelas kami ni. Macam taska sudah. Mana lagi ,mau belajar, mana lagi anak-anak bergaduh dan macam-macam hal. Begitulah bila 2 orang mama anak tiga bergabung. Hehe..

Tahniah saya ucapkan dengan Nieda kerana sebelum ni Nieda menggunakan platform Blogspot untuk blog beliau dan sekarang beliau melangkah setapak ke hadapan dengan membina blog WordPress baru iaitu www.ceritakami.com. Walaupun sibuk dengan bisnes dan anak-anak, tapi Nieda sanggup menyahut cabaran untuk membina dan belajar tentang blog baru beliau

Sibuk dengan anak-anak hingga tidak sempat ambil gambar. Hanya gambar ni ja yang Nieda sempat capture.. Hehe

Sibuk dengan anak-anak hingga tidak sempat ambil gambar. Hanya gambar ni ja yang Nieda sempat capture.. Hehe

Sebelum ini, saya juga telah membantu seorang sahabat saya iaitu Puan Suzana Saman dengan blog www.sayuka.com yang juga memilih untuk menggunakan platform WordPress untuk blog baru beliau. Cuma kebanyakan masa kami berhubung melalui Whatsapp. So, ini adalah kelas WordPress yang pertama saya anjurkan

Di dalam kelas ini, saya kongsikan dengan Nieda cara install WordPress melalui C Panel, cara update post, cara masukkan gambar, plug ins yang sesuai, cara mengubah theme dan background dan banyak lagi.

Tapi dek kerana kesibukan menjaga anak dalam masa yang sama serta line internet yang agak slow, banyak lagi yang belum sempat Nieda belajar. InshaAlalh, saya dan suami merancang untuk buat satu kelas WordPress/Blogspot dengan SEO Mei ini. Doakan kami ya 🙂

Kawan-kawan, ada yang mau joinka? 🙂

Share

12 thoughts on “KELAS WORDPRESS PERTAMAKU DI SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge