Archive | April 2015

TIPS MENGURUSKAN ANAK RAMAI DI SAMPING MELAKUKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH

Salam dan hai semua. Alhamdulillah, bulan ni genaplah 6 bulan saya bercuti tanpa gaji sambil menjaga anak di rumah dan menguruskan perniagaan online kami. Kira-kira 8  bulan lagi cuti tanpa gaji saya ini akan berakhir. 🙂

Alhamdulillah.. Banyak yang saya belajar sejak menjadi surirumah berkerjaya ni. Antaranya, cara-cara menguruskan anak-anak di samping melakukan bisnes di rumah, cara-cara menguruskan stres dan pengurusan masa serta emosi 🙂

Jangan tak tahu, kerja di rumah ni lagi sibuk dari kerja di pejabat. Di pejabat, kita boleh relax lagi bila dah sampai Lunch Hour. Tapi di rumah, makan pun tidak tentu. Kadang-kadang baru mahu suap makanan, anak dah menangis. Tu jugalah antara rahsia slim diri ini. Hehe..

So, hari ini saya ingin kongsikan tips menguruskan anak di samping menguruskan perniagaan dari rumah.. Alhamdulillah, tips ni saya sendiri gunakan dan sangat-sangat membantu saya dalam pengurusan masa serta bisnes

Dua orang budak lelaki ni memang banyak menguji kesabaran Umminya. Tapi, Ummi sentiasa sayang mereka :)

Dua orang budak lelaki ni memang banyak menguji kesabaran Umminya. Tapi, Ummi sentiasa sayang mereka 🙂

1) Jangan bertangguh dalam urusan memandikan anak. Kadang-kadang disebabkan sibuk nak reply whatsapp, kita fikir ‘nantilah dulu’ untuk memandikan anak.

Apa yang saya perhatikan, jika anak bangun dan kita mandikan secepat mungkin, mood mereka akan berubah dan mereka tidak mudah untuk cerewet. Ini mungkin kerana mereka berasa lebih segar selepas mandi

2) Beri makan awal dan secara berjemaah

Since umur anak pertama dan kedua saya berbeza setahun, waktu tidur dan bangun serta selera mereka juga agak sama. Kebiasaannya, selepas memandikan dorang saya akan terus suapkan mereka sarapan.

Selalunya mereka akan berselera kerana saya rasa mereka memang lapar selepas bangun tidur. Dan saya memang lebih suka menyuap mereka makanan sambil menyuap diri sendiri kerana ini membantu saya memastikan mereka makan nasi atau hidangan yang disediakan. Dan kuranglah mess up 🙂

3) Tidak menangguhkan permintaan mereka

Selalunya apabila si Furqan, anak pertama saya request untuk susu botol, saya akan segerakan. Ini membantu saya untuk elak Furqan marah yang mungkin menyebabkannya menangis atau menjerit lebih-lebih lagi semasa adik kecil mereka tengah tidur

4) Silent Handphone

Saya selalu silentkan Handphone ketika saya rasa ingin fokus melakukan sesuatu. Contoh perlu masak hidangan anak-anak, atau semasa kami adakan aktiviti menulis dan mewarna. Aktiviti ini sebenarnya mengambil masa sekejap sahaja tapi akan jadi lama bila kita sibuk menjawap Whatsapp customer atau scroll news feed Facebook 🙂

5) Banyakkan bersabar

Menguruskan anak-anak kecil 3 orang seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang memang terlepas juga marah dan geram dengan anak-anak syurga ni. Tapi selalunya saya ambil masa atau cuba jauhkn diri dari mereka sebentar apabila tahap kesabaran mula tergugat 🙂

Ok, cukup 5 tips hari ini ya. Rasanya banyak lagi mau tulis. Tapi nanti saya kongsikan lagi. Buat ibu-ibu yang memilih bekerja dari rumah, percayalah, keputusan anda adalah tepat. Mungkin ia tidak semudah semasa bekerja di pejabat. Akan tetapi, satu benda penting yang saya rasai, stres makin kurang kerana kita punya masa berharga bersama anak-anak

Moga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada semua. Cubalah dahulu tips ini dengan kesabaran ya 🙂

Share

KELAS WORDPRESS PERTAMAKU DI SABAH

Salam dan hai semua. 4 hari lepas sahabat saya Puan Anidah Jawarin, yang saya panggil Nieda berkunjung ke rumah untuk belajar tentang WordPress.

Alhamdulillah.. Berjaya juga saya buat kelas WordPress pertama ni. Lucu juga kelas kami ni. Macam taska sudah. Mana lagi ,mau belajar, mana lagi anak-anak bergaduh dan macam-macam hal. Begitulah bila 2 orang mama anak tiga bergabung. Hehe..

Tahniah saya ucapkan dengan Nieda kerana sebelum ni Nieda menggunakan platform Blogspot untuk blog beliau dan sekarang beliau melangkah setapak ke hadapan dengan membina blog WordPress baru iaitu www.ceritakami.com. Walaupun sibuk dengan bisnes dan anak-anak, tapi Nieda sanggup menyahut cabaran untuk membina dan belajar tentang blog baru beliau

Sibuk dengan anak-anak hingga tidak sempat ambil gambar. Hanya gambar ni ja yang Nieda sempat capture.. Hehe

Sibuk dengan anak-anak hingga tidak sempat ambil gambar. Hanya gambar ni ja yang Nieda sempat capture.. Hehe

Sebelum ini, saya juga telah membantu seorang sahabat saya iaitu Puan Suzana Saman dengan blog www.sayuka.com yang juga memilih untuk menggunakan platform WordPress untuk blog baru beliau. Cuma kebanyakan masa kami berhubung melalui Whatsapp. So, ini adalah kelas WordPress yang pertama saya anjurkan

Di dalam kelas ini, saya kongsikan dengan Nieda cara install WordPress melalui C Panel, cara update post, cara masukkan gambar, plug ins yang sesuai, cara mengubah theme dan background dan banyak lagi.

Tapi dek kerana kesibukan menjaga anak dalam masa yang sama serta line internet yang agak slow, banyak lagi yang belum sempat Nieda belajar. InshaAlalh, saya dan suami merancang untuk buat satu kelas WordPress/Blogspot dengan SEO Mei ini. Doakan kami ya 🙂

Kawan-kawan, ada yang mau joinka? 🙂

Share

MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK ANAK AGAR TIDAK MUDAH JATUH SAKIT DAN BERASA LETIH

Salam dan hai semua. Cuaca agak panas akhir-akhir ini bukan. Namun, itu semua tidak menghalang keaktifan anak-anak syurga di rumah. Terutama 2 budak lelaki botak ni. Hehe..

Anak-anak syurga ku :)

Anak-anak syurga ku 🙂

Sebab tu saya beri setiap hari kepada mereka Vita Lea For Children yang merupakan multivitamin untuk kanak-kanak agar anak-anak syurga ini tidak mudah sakit dan berasa letih. Iyalah, kalau anak-anak ni cepat letih dan kurang bermaya mesti dorang selalu rasa lemah dan kurang selera makankan. So, nak bagi dorang sihat selalu.

Buat ibu-ibu yang tidak suka beri anak ubat, saya sangat cadangkan ibu-ibu untuk menambah suplemen ini dalam diet seharian anak-anak. Vita lea For Children ini terdiri daripada Vitamin A in hingga Vitamin E, mempunyai 18 vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak dan 200mg kalsium, magnesum, zinc dan copper dan banyak lagi!

Antara kelebihan multivitamin kanak-kanak ini adalah;

1) Mengandungi Zinc yang membantu menguatkan imunisasi dan mempercepatkan penyembuhan luka

2) Mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan

3) Mengandungi vitamin C yang membantu agar gusi, gigi dan kulit menjadi semakin kuat dan sihat

4) Mengandungi zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah

5) Mengandungi vitamin B yang membantu dalam perkembangan minda, mengawal perasaan anak, penghasilan tenaga agar anak tidak mudah letih dan agar anak lebih fokus dalam pembelajaran

6) Mengandung kalsium, vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang anak-anak

7) Berperisa anggur. Sedap tapi secara semulajadi ya. Bukan perasa tiruan. Mak pun boleh ikut makan sekali. Hehe..

8) Pemanis semulajadi dengan Xylitol di mana tidak menyebabkan kaviti

Antara kebaikan dan kelebihan Vita Lea For Children

Antara kebaikan dan kelebihan Vita Lea For Children

Alhamdulillah, anak-anak memang suka makan vitamin ni. Siap minta 2, 3 kali. Sampai terpaksa saya sembunyi. Hehe..

Dan ya, kalau dorang ada simptom-simptom mahu demam atau sakit, saya cepat-cepat beri dorang sebiji hingga 2 biji seorang supaya demam atau sakit mereka tidak jadi. Alhamdulillah.. Selalunya berhasil. Semuanya dengan izinNya jua.

Jangan lupa sertakan doa kta untuk anak-anak setiap kali beri vitamin ini kepada anak -anak ya. Moga mereka akan selalu sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiinnn..

Share

PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DI KUCHING, BETONG, UNIMAS DAN BAU SARAWAK

Salam semua dan hai.. Alhamdulillah.. Keluarga Shaklee saya semakin membesar. Keluarga Shaklee kami di Sarawak semakin berkembang. Kuat sungguh hati mereka. Walaupun Shaklee Branch di borneo ini hanya ada satu-satunya di Kota Kinabalu, tapi mereka tidak pernah patah semangat

Hari ini ,saya ingin memperkenalkan cicit Shaklee saya yang berasal dari Kuching ini. Belynda Yvonne anak Benjamin Beti atau yang saya panggi Bel ini merupakan seorang yang kuat semangat dan tidak pernah menyerah kalah.

Walaupun Bel merupakan seorang pelajar Bachelor in Business Administration ( Corporate Management) di Universiti Malaysia Sarawak yang sibuk, akan tetapi beliau masih boleh memberikan komitmen di dalam Shaklee

Walaupun masih muda dan bergelar mahasiswa, Bel bergiat aktif bersama Shaklee kerana ingin semua orang sihat bersama Shaklee, suplemen semulajadi yang tidak mempunyai bahan kimia

Bagi Bel, Shaklee mampu mengubah masa hadapan sesiapapun asalkan rajin berusaha dan berkeyakinan. Wah! Sangat bersemangat tinggi gadis muda ini. Tidak rugi menjadi Business Partners beliau dalam Shaklee 🙂

Pengedar shaklee yang aktif di Kuching Sarawak

Pengedar Shaklee yang aktif di Sarawak

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin menjadi Business Partner Shaklee bersama Bel, anda boleh hubungi beliau melalui

Call/Msg/Whatsapp : 014-994 2176

Email : darnyshabella@gmail.com

Facebook : Darnysha Bella

Facebook Page : Bel Healthy Shopping

Website : http://belhealthyshopping.blogspot.com/

 Selamat berurusan dengan Bel 🙂

Share

KELAS MELETUP 2.0 KAMI BUAT PENGEDAR SHAKLEE KOTA BELUD, SABAH

Salam dan hai semua. Agak lama juga saya, adik-beradik Shaklee saya Nieda dan Mama Shaklee saya Hazelina Alim merancang hendak ke Kota Belud. Tapi tarikh-tarikh yang dipilih agak tidak sesuai. Alhamdulillah, akhirnya pada 4 April iaitu Ahad lepas kami berjaya merealisasikannya

Sebelum ini, kami mengadakan Kelas Meletup pertama di Beaufort Sabah. Memang seronok buat kelas ni. Seronok jumpa ahli keluarga Shaklee ni. Selalu kenal di whatsapp atau Facebook ja. Kali ni jumpa face to face 🙂

meletup 2.0

Para Speaker dan tajuk-tajuk yang dibentangkan 🙂

Di dalam kelas ini, saya berkongsi apakah yang harus dilakukan setelah mendaftar menjadi ahli Shaklee dan juga cara untuk mendapatkan maklumat tentang produk hebat ini. Manakala, Nieda pula berkongsi mengenai perkara-perkara asas seperti mengira bonus dan uv serta aplikasi shaklee2u.com.my

Ribuan terima kasih juga ditujukan buat kak Jannah, sebab tolong carikan tempat dan panggil ramai orang untuk hadir. Perkongsian Kak Jannah memang best. Beliau kongsikan bagaimana asma beliau yang kronik semakin kurang setelah mengamalkan Omegaguard

First time Kak Jannah bagi ceramah depan orang berkaitan Shaklee :). Tahniah kak

First time Kak Jannah bagi ceramah depan orang berkaitan Shaklee :). Tahniah kak. Kami masa ni jadi Cameraman. Hehe..

Terima kasih pada semua yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama kami

kb 3

Antara yang hadir 🙂

pengedar Shaklee Kota Belud

Semangat dorang mendengar talk 🙂

Untung yang datang. Banyak dapat hadiah

Untung yang datang. Banyak dapat hadiah

Terima kasih pada yang hadir :)

Terima kasih pada yang hadir 🙂

Seterusnya, gambar yang paling cantik dan best. Buat pertama kalinya, kami bergambar dengan penyokong kuat kami. Dengan sokongan merekalah, majlis ilmu kami ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih Babah sebab tolong hantar ke Kota Belud dan jaga anka-anak ketika Ummi berkongsi ilmu tadi

Gambar paling best. First time kami bergambar begini. Masng-masing berdiri dengan penyokong kuat  a.k.a suami masing-masing

Gambar paling best. First time kami bergambar begini. Masng-masing berdiri dengan penyokong kuat a.k.a suami masing-masing

Sehingga bertemu lagi. InshaAllah, Kelas Meletup 3.0 akan diadakan di Keningau Ahad ini. Jomlah datang 🙂 Buat orang-orang Labuan dan Sandakan, tempat anda antara destinasi kami seterusnya 🙂

 

 

Share

PERKHIDMATAN KERETA SEWA, HOME STAY, TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI, MAKANAN BEST DAN MACAM-MACAM LAGI DI SABAH

Salam dan hai semua.. Alhamdulillah.. Akhirnya kami suami isteri berjaya ‘wujudkan’ sebuah blog yang memang sudah lama kami rancangkan. Blog ini juga adalah sebuah blog yang kami ingin jadikan memori untuk anak-anak bila mereka dewasa nanti. Selamat datang ke http://www.encikbos.com

header encikbos

Tentang encikbos.com

www.encikbos.com adalah sebuah blog yang dikendalikan oleh kami suami isteri yang bertujuan bagi memberi info tentang Sabah, negeri di bawah bayu ini termasuk perkhidmatan kereta sewa dan homestay yang boleh anda dapati di sabah

Selain itu, blog encikbos.com ini juga adalah blog yang berkisar tentang hobi-hobi kami seperti fotografi, jalan-jalan, sukan, memancing dan memelihara haiwan peliharaan

Di dalam blog ini juga nanti, kami akan kongsikan dengan anda tempat makan yang best di Sabah, tempat yang menarik untuk dikunjungi dan kawasan membeli-belah yang boleh anda kunjungi di Kota Kinabalu khususnya

Suami saya iaitu Encik Mohd Fadzly juga telah beberapa kali membawa rombongan untuk mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang kami sediakan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi suami saya, Encik Mohd Fadzly bin Abas di talian 013-5425450 🙂

Terima kasih 🙂

Share