RISAU SANG SUAMI YANG MEROKOK? PARA ISTERI PATUT CUBA CARA INI..

Risau dengan sang suami yang merokok? Para isteri patut cuba cara ini..

Merokok merbahayakan kesihatan. Biasa dengar ayat ini bukan? Tapi masih ada dan semakin ramai yang merokok saat ini walaupun mereka tahu merokok akan membahayakan kesihatan mereka

Selasa lepas, saya menghadiri talk Shaklee berkaitan kesihatan wanita. Rupanya penyakit jantung adalah antara pembunuh no 1 wanita di Malaysia. Begitu juga lelaki. Malah lelaki lebih mudah untuk menghadapi masalah ini kerana mereka kerap stres dan merokok.

Asap rokok mengandungi bahan kimia berbahaya dan apabila ia disedut ke dalam badan, kandungan bahan kimia ini akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di dalam ruang di dalam tubuh badan. Ini menyebabkan perjalanan darah ke jantung boleh tersumbat, jantung jadi tidak sihat dan seterusnya menyebabkan berlakunya serangan atau sakit jantung

Berhenti merokok bukan mudah. Tapi, ia boleh dilakukan

Berhenti merokok bukan mudah. Tapi, ia boleh dilakukan.

Antara yang boleh para isteri lakukan untuk mengurangkan ketagihan merokok suami tersayang adalah;

  1. Sentiasa memberi sokongan kepada suami yang berhajat untuk berhenti merokok
  2. Luangkan masa untuk beraktiviti bersama. Si suami perlu sibuk agar beliau dapat melupakan ketagihannya itu
  3. Berdoa dan memohon kepada Yang Esa agar suami berhenti merokok. Memohonlah dengan sepenuh hati
  4. Ajak suami ke bengkel-bengkel berhenti merokok yang dianjurkan Kementerian Kesihatan
  5. Beri makanan yang berkhasiat agar badan suami tidak cepat penat. Ini penting kerana antara alasan suami merokok adalah kerana rokok membuat mereka tidak mudah penat

Syukur Alhamdulillah.. Suami saya bukan seorang perokok. Masa mula-mula mencari calon suami, saya selalu berdoa dan memohon dengan Allah kurniakan saya suami yang tidak merokok. Dan Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya itu.

Saya sebenarnya sangat risau sekiranya bakal suami saya seorang perokok. Saya risau nanti asap-asap rokok bakal membahayakan kesihatan anak. Tapi saya lebih risau sekiranya asap rokok membahayakan kesihatan suami.

Daddy saya sendiri pernah mengalami serangan jantung. Ditahan di hospital Papar dan sehinggalah diserang lagi buat kali ke-2, Daddy terus dipindahkan ke Hopital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Di sana, Daddy ditahan di CCU.

Masih lagi saya teringat bila doktor memaklumkan yang Daddy perlu menjalani pembedahan pintasan jantung, saya cuma mendengar sambil menahan airmata kerana saya perlu kuat demi Mummy saya yang menangis tidak henti mendengar perkhabaran itu

Sejak itu, saya seperti trauma untuk mengalami hal seperti itu lagi. Apabila ibu atau bapa ditahan di hospital, ia bukan satu perkara yang mudah. Banyak cabaran dan banyak dugaannya. Dan Alhamdulillah, Daddy sudah mula kurang merokok sejak disahkan mengalami masalah jantung. Dan saya masih berharap, Daddy akan berhenti merokok. Nanti, mahu bagi daddy Vivix lah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge