DENGGI DAN CARA MENCEGAH SERTA MERAWATNYA

Sebanyak 43 kematian akibat demam denggi dicatatkan di seluruh negara pada bulan lalu berbanding 16 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu. Angka ini sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan jumlah kematian yang ketara disebabkan denggi.

Lihat video ini untuk mengetahui rawatan yang sesuai diambil oleh pesakit demam denggi from iReach HD on Vimeo.

Kenapa demam denggi ini membimbangkan?

Demam denggi ini mula dikesan dalam tahun-tahun 1700 an. Pada mulanya denggi ini wujud di kawasan beriklim tropika akan  tetapi kini ia telah merebak ke seluruh dunia. Ini adalah disebabkan kerana virus ini bermutasi. Maknanya, ia boleh ‘menyamar’ hingga  sel pertahanan badan kita tidak kenal bahawa itu virus denggi.

Apakah demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti

Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iai tu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4

Akan tetapi, jangkitan oleh salah satu jenis virus ini akan hanya memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Oleh itu, ada kemungkinan besar individu yang pernah dijangkiti denggi mendapat jangkitan virus denggi lagi jika mereka tinggal di kawsan jangkitan denggi

Tanda-tanda demam denggi

 

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antra 4 hingga 7 hari
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk atau kuat, sakit pada bahagian belakang, mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi
  3. Demam denggi ini boleh mencapai suhu 40-41 C dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga bleh menyebabkan serangan sawan kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun.
  4. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”
  5. Muntah dan kurang selera makan
Antara langkah pencegahan yang boleh kita ambil

 

  • Gunakan kelambu semasa tidur
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit iaitu sekitar jam 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah
  • Pasang jaring halus ( Mosquito Mesh) di tingkap dan pintu
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah.
  • Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di dalam besen, tayar lama , bekas bunga dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan

Anda juga boleh menghubungi saya di talian 016-587 9882 untuk mengetahui suplemen yang sesuai diambil jika terkena demam denggi ini

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kematian-akibat-denggi-melonjak-1.57591

http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi

2 thoughts on “DENGGI DAN CARA MENCEGAH SERTA MERAWATNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge