ADUH! SAKITNYA GIGI! KETAHUI SEBAB KENAPA GIGI MUDAH RAPUH

Salam sejahtera semua.. 2 minggu lepas gigi saya dicabut lagi. Masih terngiang-ngiang rasa gigi apabila ia sakit. Saya yang tidak pernah rasa apa itu sakit gigi, memang menyerah kalah dengan kesakitannya. Tidur memang tidak dapat, makan memang tidak lalu sebab sakit  yang teramat sangat.

Sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak. Beul ka???

Sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak. Betul ka???

Patutpun kawan sepejabat pernah menyatakan bahawa sakit gigi lebih sakit daripada sakit bersalin. Tapi, lepas tu kena tibailah dia. Sebab yang bercakap tu lelaki dan yang mendengar tu perempuan, kena marahlah sebab cakap macam tu. Hahaha..

Untuk tahun ini sahaja, sudah 2 kali gigi saya dicabut. Selama 20 tahun gigi saya tidak pernah dicabut tup tup di usia 31 tahun ini pula ia dicabut. Saya sedari ia berlaku disebabkan gigi saya yang cepat rapuh dan rosak. Yalah, ibu menyusukan dua orang anak sebenarnya memerlukan kalsium yang lebih banyak kerana dua orang anak tadi menyerap dengan cepat kalsium dari badan

Antara tanda-tanda badan kita kekurangan kalsium adalah;
  1. Gigi cepat rapuh, rosak, berdarah dan pecah walaupun sering memberus gigi
  2. Tulang dan belakang badan cepat sakit.
  3. Bahagian belakang badan akan cepat sakit jika tunduk dengan tidak betul
  4. Tangan atau kaki cepat kebas
  5. Cepat lesu dan penat
  6. Mudah stress
  7. Susah untuk tidur

Kasihan sungguh ibu ini. Ibu di dalam video ini mengalami masalah kalsium yang teruk dari kehamilan pertama beliau. Klik video ini untuk mengetahui apakah yang beliau lalui akibat kekurangan kalsium yang teruk

Agak terlewat juga saya sedari yang saya sebenarnya kekurangan kalsium di dalam badan. Setelah gigi dicabut, barulah saya sedar bahawa badan saya kekurangan kalsium kerana saya jarang sekali mengabaikan kebersihan gigi tapi gigi mudah sakit dan rosak.

Disebabkan itu, saya yang kebiasaannya mengambil pil kalsium Shaklee sebanyak 4 biji satu hari meningkatkan jumlah pengambilan sebanyak 6 – 8 biji sehari.

Selain itu, saya juga mengamalkan penjagaan kebersihan gigi yang lebih baik. Antara yang kita boleh lakukan;
  1. Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam
  2. Guna ubat gigi berfluorida
  3. Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika sekiranya tidak sempat memberus gigi
  4. Jangan berkongsi berus gigi
  5. Membersihkan lidah setelah memberus gigi
  6. Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang
  7. Berjumpa doktor gigi anda

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan kekuatan gigi kita sebelum gigi kita rosak dan terpaksa dicabut sebelum masanya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge