FAKTA TENTANG ZERO JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 YANG PERLU ANDA TAHU

‘TIDAK KENA ABANG.. TIDAK KENA….’

Hahahahaha.. Inilah ayat yang membuatkan saya gelak pecah perut semasa Zero membuat persembahan mereka yang ke-2 bagi Final Maharaja Lawak 2014 sehingga mendapat 5 bintang dan menjadi juara  Jumaat lepas.

Tahinah..tahniah dan tahniah Zero. Rezeki menjadi juara berpihak kepada mereka. Saya memang sokong Zero untuk menang walaupun lawak mereka pada malam Final MAharaja Lawak tidak sehebat minggu-minggu sebelum . But they deserve to win, sebab sebelum -sebelum tu lawak mereka memang best!

Overall, walaupun ada 2 minggu mereka di kedudukan terbawah, tapi secara keseluruhannya, Zero berjaya membuat persembahan yang sangat mencuit hati sehingga mereka berjaya menambat hati para juri dan pengundi.
Ok, saya ceritakan serba sedikit mengenai mereka ya! Sumber maklumat ini adalah daripada orang sekampung mereka yang boleh dipercayai dan Kosmo 🙂

Kumpulan Zero terdiri daripada Kadil, Syaiful dan Kunal dikenali sebagai Pedal, Atue dan Botak di kampung mereka ini berasal daripada Kg Pantai Bahagia Kudat. Berbangsa bajau dan mereka sebenarnya suka menyanyi. Patutpun dalam Maharaja Lawak Mega asal dorang menyanyi mesti best 🙂

Memilih nama Zero kerana mereka menyifatkan kehidupan meeka yang serba kosong. Kini ruang kosong dan lompong itu mahu dipenuhi dengan manfaat yang baik demi mengubah masa depan mereka

Kehilangan bapa mereka, Doli Sharif membuatkan mereka mengambil keputusan mengubah nasib mereka dengan menghadiri ujibakat Raja Lawak musim ke-enam di Kota Kinabalu yang mana mereka menjadi naib juara pertandingan itu.

Mereka juga diajar tentang ilmu mempertahankan diri oleh arwah bapa mereka yang mana ia sangat membantu mereka membuat aksi akrobatik di dalam persembahan mereka. Patutpun nampak macam senang ja dorang buat aksi akrobatik tu ek. 

Apapun, tahniah kumpulan Zero. Daipada kerusi panas ke final dan akhirnya menjadi juara. Kamurang memang best!

Wish u all, good luck. 🙂

Sumber Kosmo
Share

One thought on “FAKTA TENTANG ZERO JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 YANG PERLU ANDA TAHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge