Salm sejahtera semua. Semalam, gara-gara status saya di Facebook mengenai kipas percuma yang saya dapat daripada Maybank, ramai pula yang tanya macamna boleh dapat barangan percuma dan poInts daripada Maybank tu. So,hari ni saya share di sini supaya senang kamurang check macamana k
Treat Points atau Rewards Points ni sebenarnya khas untuk pelanggan Maybank yang melakukan sebarang pembelian menggunakan Credit Card atau Debit Card Maybank. Kira kelebihan special lah untuk pelanggan Maybank.. Boleh check di sini syarat-syarat bagaimana mendapatkan points ni https://www.maybankard.net.my/about_tp.php.
Yang bestnya, points yangterkumpul ni boleh kita redeeem atau tukar dengan barang. Secara PERCUMA pula tu.Hehe.. Macamna cara dia mau check? Let’s check this out
CARA-CARA CHECK POINTS
Pertama, anda kena buka maybank2u.com.my dan log in untuk ke akaun Maybank anda. Selepas Log In, cari kotak Bill Payment seperti gambar di bawah. Klik cursor tu turun dan cari Rewards
Seterusnya pilih Rewards dan klik Go. Ia akan terpapar seperti gambar di bawah. Klik perkataan Rewards tersebut
Seterusnya, skrin akan memaparkan jumlah Rewards points anda. Klik di jumlah Rewards Points anda itu. Tempat yang saya kuningkan tu. Hehe.. ( Rewards points ai sikit ja. Malu mau bagi tengok.. Hehe..)
Skrin akan membawa anda ke halaman Treat Points di https://www.maybankard.net.my/. Di sinilah anda boleh membeli belah PERCUMA! Yeay!
Dalam halaman ini anda boleh memilih barangan yang anda mahu redeem atau tebus mengikut jumlah points anda. Ada barangan elektrik seperti TV 40′ (IDAMAN HATIKU), kipas, barangan bayi, perkakas rumah, boleh tukarkan dengan baucar makanan dan banyak lagilah.
Sebagai langkah permulaan, anda boleh ke Browse Redemption Catalogue untuk melihat barang-barang yang anda boleh dapatkan percuma mengikut kategori-kategori yang ada. Kalau mau tahu bagaimana untuk Redeem, boleh klik How To Redeem
Boleh redeem terus dengan pergi ke tempat-tempat atau Outlet yang ada dinyatakan di dalam gambar produk seperti di Sen Heng, Mavisco, Letterman dan banyak lagilah. Di Sabah memang tidak banyak sangat pilihan tempat untuk redeem . Lebih-lebih lagi bila points tidak cukup.
So, saya browse di bahagian Promotions dan jumpa Superbuy yang best ni. Apa yang best sangat pasal Superbuy ni?
- Boleh redeem barang yang anda mahu ditambah dengn Cash sekiranya points anda tidak cukup
- Boleh tebus barang yang anda mahu dengan FREE SHIPPING sekiranya tiada kedai atau Outlet untuk menebus terus barang yang anda mahu
Boleh juga browse terus ke http://www.superbuy.my/maybank2urewardspoints
Banyak juga barang yang boleh dipilih di sini. Di Superbuy lagi banyak pilihan memandangkan dorang offer Free Shipping. Anda boleh klik gambar produk dan View details untuk Add To cart. Pastikan anda register dulu ya.
Boleh pilih untuk tebus menggunakan points sahaja atau points ditambah dengan cash.
Memandangkan di Sabah ni tempat yang boleh tebus points tidak banyak, teruslah saya tebus points saya di sini dengan 1 unit kipas kecil jenama Mastra. Dapatlah Free shipping, Alhamdulillah. Delivery Service pun ok. Saya tebus Jumaat minggu lepas dan dapat Isnin kelmarin.
Pihak Superbuy juga akan email anda confirmation Email, Receipt serta Tracking No untuk tujuan pemeriksaan status barang yang dihantar.
Oklah kan, dapat kipas percuma. Saya mau bagi percuma tu. Hehe.. Lepas ni, mahu kumpul lagi points banyak-banyak. Supaya dapat tebus yang lagi best. 🙂 Ok, enjoy your FREE SHOPPING!
benda-benda free ni memang best kan hahahah! ai pun tggu bila la bleh redeem ni kih kih kih.
azline ishak recently posted…Vita-Lea Multivitamin Multimineral