BAGAIMANA CHECK RANKING KEYWORDS BLOG ANDA DI GOOGLE

Sejak 2 menjak berkecimpung dengan dunia blogging ni, banyak betul yang saya belajar. Antaranya SEO, Google Webmaster Tools dan yang agak seronok iaitu check ranking keywords dengan menggunakan Whatsmyserp. Hihi..

 

Apa tu Whatsmyserp???

Apa tu Whatsmyserp???

Apa tu Whatsmyserp?

Whatsmyserp adalah salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk mengetahui kedudukan atau ranking keywords blog atau laman web anda di Google. Kedudukan di dalam tangga Whatsmyserp ini adalah berdasarkan satu-satu kata kunci yang anda cari di dalam Google pilihan anda. Yang seronoknya, anda boleh check hari-hari. Dan perkhidmatan ini PERCUMA! 🙂

Anda boleh gunakan kedudukan atau kata kunci yang anda cari ini untuk berusaha menaikkan kedudukan anda di dalam Google. Ia juga boleh membantu anda menguatkan sesetengah kata kunci yang berkaitan blog anda supaya anda kekal berada di tangga teratas Google

Bagaimanakah caranya?

  • 1st, pergi ke www.whatsmyserp.com/serpcheck.php.
  • Masukkan nama blog anda tanpa menggunakan http://www ke dalam kotak yang bertulis Domain Name
  • Pilih region anda. Saya pilh Goolge Malaysia
  • Seterusnya, masukkan keyword atau kata kunci yang anda hendak tahu kedudukannya di Google Search di dalam kotak Keyword and SERP Results
Contoh kedudukan keywords blog saya di dalam Whatsmyserp

Contoh kedudukan keywords blog saya di dalam Whatsmyserp

Gambar di atas adalah contoh laman web saya ini dengan kata kunci yang selalu orang cari di dalam blog saya

Nampak tak yang ranking bagi keywords Pengedar Shaklee Beaufort? Kedudukan blog sya dalam keyword ini meningkat satu anak tangga. Sebelum ini, blog saya di tangga ke 3 dan kini ia meningkat ke tangga ke 2 :).

Manakala bagi keywords Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu, kedudukan blog ww.keluargahebat.com ini menurun 1 anak tangga. Mesti ada yang tidak kena ni. Hehe..

Anda boleh tahu details atau maklumat lanjut tentang kedudukan blog anda di bahagian SERP DETAILS. Ia berada di sebelah kanan dalam kotak Keyword and SERP Results tu. Ia menyenaraikan blog-blog lain yang berada dalam 10 tangga teratas dalam Google bagi kata kunci yang anda cari.

Saya gunakan result atau keputusan Whatsmyserp ini untuk memperkuatkan entry dan blog saya bagi satu-satu kata kunci. Dan, ia selalunya berhasil kerana rank atau kedudukan blog saya cepat naik.

Seronokkan? Jom kita cuba 🙂

4 thoughts on “BAGAIMANA CHECK RANKING KEYWORDS BLOG ANDA DI GOOGLE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge