JADI SUPERMOM DI KELAS MASTER YOUR BUSINESS

Bismillahhirrahmanirrahim dan Salam buat semua.. Rumah masih renovate dan saya sentiasa cuba mencari masa untuk menulis di sini. Hati rasa seperti digaru-garu setiap hari apabila melihat blog tidak ter’update’. 

Memang satu cabaran buat saya kerana di samping menguruskan 3 orang anak, saya juga menjadi “Supervisor’ yang tengok-tengok orang buat kerja. Apa lagi kini saya menjadi driver untuk menghantar anak ke Tadika.

Tapi itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk berblog. Mungkin masa saya tidak lenggang seperti oranglain, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa.

Ok, berbalik kepada tajuk SUPERMOM ni. Sabtu lepas saya dan beberapa orang rakan Shaklee saya mengadakan kelas Master Your Business di Shaklee Kota Kinabalu Branch. Saya merupakan salah seorang Speaker yang membawa tajuk ‘MAU JUAL APA?’

Seronok kelas ni. Kami bukan sahaja belajar tentang perkara asas seperti mengira UV dan bonus, tapi kami juga diajar tentang bagaimana mengendalikan suara kecil di dalam diri yang dipanggil Mean Girl dan Wisdom Girl

Dan kenapa Supermom? Sebab buat pertama kalinya saya memandu berdua dengan Putri kecil saya dari rumah baru, present dengan memegang baby di tangan pastu driving pula berdua balik rumah. Mencabar juga since masa driving ada juga terpaksa pegang Putri sebab dia menangis

supermom buat presentation
Thank you Kak Line, Tengah-tengah present di depan, anak kecil saya ini menangis. Jadi diambillah dia. Dan Kak Line dengan baik hatinya meminjam dan memakaikan Boba miliknya pada saya. Isk..Isk.. terharu ai..
MAU JUAL APA?

Dalam slide saya ini, saya terangkan tentang pentingnya mengetahui dan belajar mendalam mengenai produk dan set-set asas yang ada di dalam produk ini. Saya juga terangkan pentingnya konsultasi kepada pelanggan yag membeli dengan kami. 

Ini kerana, konsultasilah kunci bagi memastikan pelanggan menerima khasiat produk ini sebaiknya dan bagi memastikan pelanggan berasa puas hati dan berbaloi apabila membeli produk ini

kelas training shaklee
Antara slide saya

PERUBAHAN YANG SAYA RASAI

Slot ini dikendalikan oleh Puan Emy Ashura. Di dalam slot beliau ini, Pn Emy menceritakan bagaimana dan kenapa beliau jatuh cinta dengan Shaklee. Beliau juga berkongsi tentang Shaklee Effect yang beliau rasai sehingga beliau mengambil keputusan untuk bergiat secara serius dengan Shaklee

ejen shaklee sabah
Antara sebab Puan Emy setia bersama Shaklee
BAGAIMANA SHAKLEE PENUHKAN TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK SAYA

Slot ini dikendalikan oleh Puan Feny. Di dalam slot ini Puan Feny menerangkan tentang pentingnya  UV (Produk UV) yang mana ia membantu kami mendapat bonus yang lebih tinggi .Puan Feny juga mengadakan acara mengira uv dan bonus Shaklee bersama kami  

pengedar shaklee kota kinabalu


WISDOM GIRL VS MEAN GRIL

Sesi petang kelas ini dikendalikan oleh Master Azrin Mohd. Walaupun agak mengantuk selepas lunch, mata kami segar kerana Master Azrin Mohd meminta kami melukis watak Wisdom Girl dan Mean Girl kami.

Aktiviti yang seronok dan menyegarkan mata. Mean Girl adalah suara kecil di dalam diri yang membuatkan kita selalu berfikiran negatif manakala Wisdom Girl pula adalah sebaliknya

Master Azrin Mohd juga berkongsi bagaimana beliau menjadi Master tanpa mempedulikan cakap-cakap orang yang negatif di luar sana

shaklee sabah
Master Azrin juga memberi peluang kepada setiap peserta yang hadir untuk berkongsi gambar Mean Girl dan Wisdom Girl masing-asing

Seronoknya. Siapa-siapa yang ke depan dapat hadiah. Sayapun dapat juga. Sebab share gambar Mean Girl saya 🙂

Wah! untung Mia. Dapat Collagen Powder. Produk yang hebat!

JATUH 7 KALI DAN BANGUN 8 KALI DALAM PERNIAGAAN

Slot terakhir kelas Master Your Business dikendalikan oleh Puan Hazelina Alim. Puan Hazelina berkongsi bagaimana penting keyakinan terhadap Allah setelah kita berusaha sehabis baik

Selain itu, beliau juga berkongsi tentang bagaimana cara untuk terus kekal bertahan di dalam perniagaan ini.


SESI PENYAMPAIAN SIJIL DAN BERGAMBAR

Seterusnya, kelas diakhiri dengan sesi penyampaian sijil  dan bergambar beramai-ramai

Berabis Si Putri tengok Mamarin masa penyampaian sijil.. Nda tahu kenapa.. Haha

Sazizi Salim, antara peserta dan downline saya yang hadir 🙂
Gambar ayu
Gambar rock.. Hehe..

InshaAllah.. More and more class akan cuba kami buat lagi. Seronok juga pergi kelas ni. Lama sudah tidak jumpa adik-beradik Shaklee ni. Dapat jumpa begini adalah sangat seronok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge