5 TIPS MUDAH MENGEMAS BARANG UNTUK BERPINDAH KE RUMAH BARU SUPAYA RUMAH BARU TIDAK BERSELERAK

Salam semua dan selamat pagi. Alhamdulillah. Berjaya update blog kesayangan ini setelah kami berada di rumah baru. Untuk pengetahuan anda semua, kami baru sahaja berpindah ke rumah baru kami di Kinarut, Papar, Sabah. Sebelum ni, kami tinggal di kuarters kerajaan di Bukit Padang. Ini kira rumah sendirilah 🙂

Kesibukan mengurus rumah baru buatkan saya berusaha mencari rentak untuk menulis kembali. Bukan mudah untuk berpindah memandangkan kami memang sudah mempunyai barang yang banyak. So, mahu angkut barang tu yang perlukan tenaga dan masa. Juga transport yang betul

Nasib baiklah tersempat meng’update’ blog pagi ni. Anak-anak masih tidur, adalah masa sikit untuk update di sini.. Hehe.. Ok, tanpa membuang masa, saya nak kongsikan cara-cara mudah yang saya lakukan untuk meng’pack’ barang-barang yang perlu dipindahkan ke rumah baru

Ustaz Abdullah mengetuai bacaan Yasin dan doa semasa kenduri masuk ke rumah baru kami 🙂


Antara tips dan cara mengemas barang yang kamu boleh cuba adalah;

1) Letak dan asingkan baju anda, suami dan anak-anak di tempat yang berbeza. Ini memudahkan anda untuk memilih baju ketika memindahkannya semula ke almari pakaian di rumah baru. Contoh, baju suami 1 beg besar, baju isteri 1 beg besar, baju anak-anak satu beg besar. 

Saya gunakan beg kain besar yang berharga RM10-RM15. Alah..Beg kain yang orang guna untuk berjualan tu. Dan saya gunakan juga beg traveller atau beg-beg besar  yang kami gunakan tiap kali melancong luar daripada Sabah. Guna plastik sampah yang besar tu pun boleh.

2) Tentukan awal-awal di mana perlu letakkan barang-barang yang diangkat dari rumah lama ke rumah baharu itu. Ini akan memudahkan anda untuk tidak perlu angkat atau pindahkan mana-mana barang yang besar atau berat berulang-kali sekiranya rumah anda 2 tingkat seperti kami atau rumah anda besar 

3) Angkat barang-barang yang mempunyai fungsi atau tujuan yang sama dalam satu-satu trip. Contohnya, setkan untuk angkat barangan dapur, almari dapur dan icebox dalam masa yang sama . Ini memudahkan anda membuat pemilihan dan memudahkan  tukang angkat barang-barang anda ini untuk terus pindahkannya ke tempat yang sesuai di rumah baharu itu.

4) Asingkan sedia piring, cawan , mangkuk, sudu dan peralatan memasak di dalam satu kotak besar. Ini pasti akan memudahkan si isteri kerana antara peralatan awal  yang akan anda gunakan di rumah baru adalah peralatan untuk memasak dan makan.  Saya letakkan barangan dapur ini di dalam kotak jenis plastik yang besar

5) Setelah anda asingkan, tulis di badan kotak-kotak tersebut, barang apa yang ada di dalam kotak-kotak tersebut. Ini memudahkan anda mencari benda-benda yang hendak anda gunakan setelah berpindah

Alhamdulillah, setelah mencuba tips ini kerja mengangkat pun lebih  mudah dan saya pun mudah untuk mencari dan membuat keputusan sama ada perlu letakkan sesuatu barang itu di mana. Orang yang mengangkat pun tidaklah rasa keliru juga. 🙂

Oh, ya. Buat makluman anda, kami tidak menggunakan perkhidmatan angkat barang ni ya. Angkat sendiri ja. Suami, adik-beradik dan ipar bersatu dan bekerjasama  angkat barang. Tu yang kami kena organize dan tentukan apa yang perlu diangkut ke rumah baru terlebih dahulu 🙂

Ok, saya ucapkan selamat mencuba untuk yang mahu mencuba cara kami ini. Dan selamat berpindah ke rumah baharu. Jangan lupa untuk baca Yassin atau dapatkan perkhidmatan Ustaz untuk membaca apa yang patut sebelum tidur di rumah baharu tu k.
Share

4 thoughts on “5 TIPS MUDAH MENGEMAS BARANG UNTUK BERPINDAH KE RUMAH BARU SUPAYA RUMAH BARU TIDAK BERSELERAK

Leave a Reply to Aryn Fadzlee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge