Archive | January 31, 2015

PERBEZAAN BLOGSPOT DAN WORDPREs

Salam semua dan salam sejahtera. Mungkin ini adalah artikel terakhir saya bersama dengan blogspot. Lepas ni, InshaAllah saya akan berpindah ‘rumah’ tapi alamat masih sama. Ya, blog www.keluargahebat.com masih ada cuma ‘rumah’ atau hostingnya berpindah. 

Memang akan ada perubahan besar kerana blogspot dan WordPress tidak punya persamaan. Oh, ya! Untuk makluman, saya memang sudah lama menggunakan platform blogspot untuk website saya ni. Sebelum ada domain sendiri, saya menggunakan platform blogspot free ini untuk http://vitaminkusefamilee.blogspot.com/. 

Selepas itu, saya telah membeli domain keluargahebat.com dan tidak lagi menggunakan nama vitaminkusefamilee.blogspot.com/ secara rasminya pada tahun lepas. Dan, saya baru ja membeli hosting WordPress untuk blog saya ini. Satu transformasi ke arah kebaikan 🙂

Ok, kenapa saya mahu berpindah ke WordPress? Hosting berbayar pula tu..


Basically, kerana saya mahu blog saya bertransformasi. Ada beberapa perkara yang WordPress ada tapi tidak blogspot. Antaranya;

1) WordPress mempunyai ‘Tags’ yang mana membantu Search Engine dengan mudah mencari website kita
2) WordPress lebih mudah ranking di Google
3) WordPress tidak bergantung dengan Google seperti blogspot. Blosgpot ni kira platform yang Google sediakan percuma buat blogger-blogger di luar sana.
4) Worpress lebih SEO Firendly 
5) WordPress mempunyai plugins yang banyak dan membantu SEO sesuatu blog
6) Hosting WordPress digunakan sebanyak 1% oleh pengguna online di luar sana berbanding platform yang lain. Platform lain macam blogspot, Facebook , Twitter dan lain-lain

Manakala antara kelebihan blogspot pula;
1) Platform percuma untuk membuat blog sendiri.
2) Sangat sesuai buat blogger baru
3) Mungkin kerana ianya percuma, maka tutorial tentang blogspot memang banyak di dunia online

Kelemahan WordPress;
1) Tidak sama langsung dengan Blogspot. So, siapa-siapa yang berhijrah ke WordPress macam saya kena banyak belajar tentang WordPress ( Saya ikut kelas WordPress Essential anjuran denaihati.com untuk belajar pasal WordPress ni 🙂 )
2) Plugins memang banyak. Tapi plugins yang best-best, memang berbayar. So, memang tiada yang free macam blogspot 🙂

Kelemahan Blogspot
1) Tidak mudah untuk ranking di Google. Tapi kalau rajin, memang boleh ja
2) Kurang SEO FRIENDLY banding WordPress
3) Sapa-sapa ada account blogspot ni dianggap menumpang ‘rumah’ Blogspot. So, kalau dorang tiba-tiba mahu kita keluar, suka-suka hati doranglah mau buat macamna
4) Tidak boleh pasang skrip affiliate dengan kata mudah, susah sikitlah mau beriklan banding WordPress

Ini setakat maklumat yang saya tahu ya. Kalau ada mahu tambah atau saya tersilap, betulkan ya. Almaklumlah, baru nak berjinak-jinak dengan WordPress ni. 

Yang pastinya, bertukar ke WordPress buat saya rasa lebih professional dan lebih yakin. Doakan saya untuk berjaya membawa blog ini menjadi blog yang membantu ramai orang di luar sana ya :). Aminnn
Share