PERCUTIAN KAMI SEKELUARGA DI KUNDASANG, RANAU SABAH

Salam kawan-kawan semua.. Maaf, 2 minggu ni kami sekeluarga agak sibuk dengan Majlis Perkahwinan adik perempuan saya dan sehari selepas selesai majlis kami terus bercuti selama 3 hari 2 malam di Kundasang, Ranau Sabah
 
Penat jugalah walaupun dikira bercuti. Tapi bercuti dengan anak-anak adalah sesuatu yang bukan mudah. Lebih-lebih anak sudah lebih dari seorang. Tapi saya anggap itu semua sebagai cabaran buat saya dan suami. Dan kami sebenarnya pun sudah biasa melaluinya 🙂
 
Ok, tidak mahu membebel panjang, saya ingin kongsikan tempat-tempat beserta gambar-gambar menarik sekitar percutian kami sekeluarga baru-baru ini.
 
Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Sabah, mungkin boleh memlih Kundasang, Ranau ini sebagai destinasi.

KUNDASANG, RANAU SABAH

Kundasang merupakan pekan kecil di Ranau, Sabah yang terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang menarik. Ini disebabkan ia berhampiran dengan Taman Negara Kinabalu atau Kinabalu Park yang dijadikan tempat untuk permulaan pendakian bagi para-para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.
 
Di sini juga terkenal kerana ia merupakan laluan utama ke Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Kerana itu, ia dijadikan salah satu tempat penjualan sayur dan buah-buahan segar yang ditanam oleh penduduk Kundasang sendiri
 
TEMPAT PENGINAPAN KAMI
 
Disebabkan itu, ada terdapat banyak Resort, Homestay dan Hotel-hotel kecil di sini. Untuk percutian kali ini, kami menginap di sebuah Homestay milik kawan abang ipar saya yang bernama Pondok A.Dinzul. Pondok atau homestay ini memiliki 5 blik, dapur, 2 tandas dan kawasan meletakkan kenderaan yang luas
 
Untuk ke Pondok ini, anda harus melalui jalan ke Desa Dairy Farm dan lalu Mesilau Nature Resort. Walaupun homestay in agak kecil, tapi ia dikira agak murah dengan kemudahan yang ada. Sewa RM400 untuk 1 malam. Dan anda dinasihatkan untuk membawa kenderaan ke pondok ini memandangkan ia terletak agak jauh ke dalam dan perlukan kenderaan untuk berulang alik dari pondok ke tempat-tempat yang ingin dilawati
 
Pondok ini terletak berhampiran dengan Pusat Dakwah Islam Kundasang dan berada di kaki gunung. Sejuk? Memanglah.. Pegang airpun rasa macam tidak sanggup.. Paling seronok, bangun-bangun pagi ja nampak sudah Gunung Kinabalu yang cantik tu.. Subhanallah..
 
Gunung Kinabalu 🙂
Gambar sebelum pulang dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang diliputi awan
 TEMPAT YANG KAMI LAWATI
Antara tempat-tempat yang kami lawati sekitar Kundasang dan Ranau adalah Kolam Air Panas, Poring dan Desa Dairy Farm. Poring merupakan kawasan tadahan air panas. Di sini, ada banyak kolam-kolam kecil yang mana airnya mengalir dari gunung dan daripada kolam air panas.
 
Ada juga terdapat tempat untuk menginap di sini, kolam mandi berbayar yang terbuka dan tertutup. Cuma masa cuti sekolah macam ni, Poring ni cepat penuh sebab ramai orang datang untuk bermandi manda. So, kalau mahu ke Poring silalah gerak awal sikit dari rumah 🙂
 
Yuran untuk masuk ke Poring adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di atas 7 tahun. Begitu juga harga yuran untuk masuk ke kolam mandi berbayar.
 
Belakang tempat dorang bertiga bergambar ni adalah kolam berbayar di Poring ni. Dewasa RM3, kanak-kanak 7 tahun ke atas RM1

 
Comelnya budak perempuan ni bergambar

 
Senang hati. Ambil gambar bersama Mami Yaya
Maaf, gambar kolam tidak sempat ambil since sibuk jaga anak-anak dan sibuk bermandi-manda. Hihi..

 DESA DAIRY FARM

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Tempat ni adalah ladang susu lembu milik Desa Sdn Bhd. Di sini kita boleh lihat proses pemerahan susu lembu dan juga berpeluang untuk memberi makan dan susu kepada anak-anak lembu dan kambing. Yang paling siok, pemandangan dia sangat-sangatlah cantik. Selalu orang cakap sini macam di New Zealand 🙂
Inilah antara pemandangan terawal yang anda akan lihat bila tiba di sini. Pejabat Desa Dairy Farm yang di belakang kami tu merupakan pusat jualan susu-susu hasil keluaran Desa dan juga penjualan souvenir dan makanan. Jadi, kena standby bawa duit masuk di sini.
Fyrash dengan sepupu dia. Furqan masa ni  tak mau bergambar
 
Di Calf Pen.


Tercapai juga hasrat Furqan nak bagi lembu dan kambing menyusu.. Hihi..
Gambar sekeluarga. Payah sudah mau dapatkan gambar 1 keluarga yang cun
Gambar berdua yang jarang berlaku. Rasa macam gambar zaman bercinta-cinta dulu. Gambar ni membelakangkan pejabat Desa Dairy Farm
Maaf, tidak banyak gambar yang menarik. Gambar-gambar anak lah yang banyak. Bolehlahkan 🙂
 
Jika anda ingin bercuti di Kundasang dan kawasan Ranau ini, suka saya ingatkan untuk membawa kereta kerana kawasaan-kawasan yang boleh dilawati berada jauh di antara satu sama lain. Antara tempat yang boleh anda lawati adalah Taman Kinabalu, Kundasang War Memorial, Tagal dan banyak lagi 🙂
Dan sekiranya anda mencari Perkhidmatan kereta atau van  sewa dan Homestay untuk disewa di Kota Kinabalu, Kundasang Ranau dan seluruh  Sabah, anda boleh hubungi wakil kami, Encik Mohd Fadzly di talian 013-5425450 atau melayari www.encikbos.com
 
Selamat bercuti semua 🙂

10 thoughts on “PERCUTIAN KAMI SEKELUARGA DI KUNDASANG, RANAU SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge