Teringat dan masih terbayang-bayang di mata kisah kelahiran dan penyusuan bayi pramatangku setiap kali saya melihat Fyrash. Macam rasa tidak percaya melihat dia sebesar ini. Dulu dengan berat 2 kg, lengannya hanya sebesar 1 1/2 jari saya. Kini, Alhamdulillah.. 🙂
 |
Eirsyad Muhamad Fyrash.. Lahir 2 Ogos 2012 dengan berat 2kg sahaja |
KISAH KELAHIRAN FYRASH
Sedikit kisah tentang kelahiran Fyrash.
Putera kedua kami ini lahir di kala kandungan saya mencecah 33 minggu 5 hari pada 2 Ogos 2012 jam 7.30 pagi . Ia adalah sesuatu yang tidak saya dan suami jangkakan memandangkan putera pertama kami lahir cukup bulan. Dengan berat cuma 2kg, saya terus mengalirkan air mata selepas Fyrash lahir ke dunia
Macam-macam yang berlegar di fikiran saya ketika itu. Saya sangat takut Fyrash dimasukkan ke dalam kaca dan kami ditahan di hospital dalam jangka waktu yang lama. Saya risau Fyrash tidak dapat saya susukan sepenuhnya dan juga risau dia akan mudah mendapat sakit seperti mana ramai orang katakan tentang bayi pramatang ini
Hati saya makin bertambah risau bila mana sebaik sahaja Fyrash dibersihkan, nurse bawa Fyrash jumpa saya hanya sekejap dan selepas itu, bawa dia pergi. Nurse bagitau yang Fyrash perlu dibawa ke WAD NCU kanak-kanak untuk diperiksa lebih lanjut. Dalam masa yang sama, saya cuba juga menyusukan Fyrash tapi tidak berjaya.
Selepas itu, datang seorang doktor menerangkan kepada saya tentang keadaan Fyrash. Memandangkan Fyrash lahir tidak cukup bulan dan saya sendiri demam, selsema dan batuk sebelum kelahirannya, mereka perlu periksa dan analisa Fyrash kerana dikhuatiri Fyrash menghidap jangkitan. Dan saya cuma mampu redha lebih-lebih lagi suami tiada di sisi ;'(
KISAH PENYUSUAN KAMI
Setelah discharge daripada wad, saya segera ke unit NCU kanak-kanak. Saya tidak sabar bertemu Fyrash lebih-lebih lagi saya tahu dia tidak disusukan dengan susu ibu. Dia cuma dibawa berjumpa saya sekejap sahaja semasa di labour room untuk disusukan.
Sebelum saya discharge, suami terlebih dahulu melawat Fyrash di wad NCU. Sempat juga suami kirimkan gambar Fyrash. Saya sesungguhnya sangat sedih kerana kebiasaannya selepas bayi lahir, mereka akan terus berada di dalam dakapan si ibu. Tapi tidak bagi Fyrash. Airmata saya mengalir lagi
Alhamdulillah, dengan berat melebihi 1.8kg Fyrash tidak dimasukkan di dalam kaca. Dan dengan izinNya, kami cuma bermalam selama 1 malam di wad NCU selepas disahkan Fyrash sihat dan bebas dari sebarang jangkitan
Episod perjuangan penyusuan kami bermula setelah balik dari hospital. Dengan berat yang dikira underweight dan bacaan kuning yang tinggi, ia sememangnya sesuatu yang mencabar. Saya sentiasa berfikir cara untuk menaikkan berat badan Fyrash. Dan saya tahu salah satu jawapannya adalah dengan menyusukan susu ibu
 |
Aidilfitri 2012. Fyrash belum sampai usia sebulan. Terdapat komen daripada junior di sekolah yang tidak perasan ada Fyrash di situ kerana terlalu kecil 🙂 |
Setelah mencari maklumat, saya dapati cara-cara ini berjaya bantu meningkatkan berat badan bayi pramatang kami ini
 |
Fyrash ketika berusia 3 bulan |
1) Melebihkan Supply susu ibu daripada Demand
Saya kerap menyusukan Fyrash dan tidak menunggu bayi menangis. Saya akan menawarkan susu ibu pada bila-bila masa kepada Fyrash. Bila saya melihat Fyrash dalam keadaan relax dan gembira, saya akan terus offer susu kepada bayi kami ini. Kaedah ini ternyata berkesan kerana Fyrash tidak pernah menolak
2. Urutan
Saya juga mengamalkan cara urutan yang betul setiap kali selepas Fyrash mandi. Cara ini ternyata seronok kerana Fyrash memang sukakannya. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami berdua
3) Berkomunikasi dengan bayi
Saya akan pastikan saya berkomunikasi dengan Fyrash sambil menatap tepat ke matanya, menyentuh serta mengusap dirinya. Tindakan ini bagi saya sangat penting agar Fyrash tahu yang saya sangat-sangat sayangkan dirinya. Ini sangat membantu Fyrash berada dalam keadaan yang lebih gembira dan seterusnya menyusu dalam suasana yang selesa
4) Jaga pemakanan
Dalam proses ini, penyusuan susu ibu itu sangat penting. Jadi, saya pastikan diri saya mengambil makanan yang boleh membantu saya menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan penuh nutrisi. Saya juga mengurangkan minuman berais dan berkafein
5) Mengambil vitamin dan suplemen yang sesuai
Ketika ini juga, saya amalkan pengambilan Vita Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix Shaklee agar badan saya cukup bertenaga dan tidak cepat stres memandangkan saya menyusukan 2 anak saya secara serentak. Selepas Fyrash lahir, Furqan masih menyusu dengan saya 🙂
Alhamdulillah..dengan mengamalkan kaedah ini berat fyrash 2kg naik ke 4 kg dalam masa 3 bulan. Sampaikan saya sendiri tidak sedar yang badan Fyrash makin gemuk sehinggalah orang sekeliling menegur. Terima kasih Allah..
6) Doa
Doa ibu adalah doa yang tiada hijabnya dengan Allah. Setiap saat saya memohon kepada Allah untuk membantu saya dan suami agar kami berjaya dalam usaha menaikkan berat badan bayi pramatang kami ini. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar Doa :’)
Bagi ibu-ibu di luar sana, seperti sahabat saya Puan Hidayah Kassim ini yang juga melahirkan bayi pramatang seperti saya, yakinlah bahawa kita mampu besarkan anak ini dengan penuh kasih sayang dan kita akan melihat bayi ini membesar dengan sangat sihat. Jangan pernah putus asa
Sesungguhnya, kasih sayang ibulah antara penyebab bayi pramatang mampu membesar dengan sihat dan gembira
Untuk Fyrash, ketahuilah.. Walaupun kelahiranmu penuh dengan airmata, tapi Ummi membesarkanmu dengan penuh senyuman :’)
Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan atau berkongsi kisah bayi pramatang anda bersama saya. Sesungguhnya, saya amat-amat memahami perasaan anda
alhamdulillah … baby membesar dgn normal . bkn mudah sebenarnya kan …