KENAPA SAYA BERANI CUTI TANPA GAJI SELAMA 3 BULAN WALAUPUN HILANG SEPARUH DARI MATA PENCARIAN

Tanggal 20 Disember 2014 bermaksud sudah 2 tahun saya bergelar Shaklee Independent Distributor. Dan juga ada beberapa hari lagi akan genaplah 3 bulan saya bercuti tanpa gaji. 

Kedua-dua perkara ini saling berhubung kerana bergelar Pengedar Sah Shaklee lah buat saya BERANI membuat keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama tiga bulan ( sekarang tengah apply nak sambung setahun lagi ) walaupun hilang separuh dari mata pencarian. Gila ka apa? Hihi..

KENAPA SAYA AMBIL KEPUTUSAN BERCUTI TANPA GAJI

Menjadi WORK AT HOME MOTHER (WAHM) adalah antara impian dan doa saya yang saya idam-idamkan dari tahun lepas. Saya tuliskannya di kertas, sebut di depan cermin dan sebut ketika berdoa selepas solat. Bagai tidak percaya, Allah kabulkan permintaan saya ini bermula Oktober lepas selepas 3 bulan habis cuti bersalin

Kenapa saya sangat BERANI bercuti tanpa gaji walaupun hilang separuh daripada mata pencarian kami sekeluarga? Kenapa dan kenapa? Sebabnya adalah;

1) Sejak saya bergelar ibu, mencari pengasuh anak adalah bukan sesuatu yang mudah. Sebagai seorang ibu, saya memang menitikberatkan keperluan anak sama ada anak saya dijaga dengan baik, diberi makan secukupnya dan dberi perhatian yang cukup. 

Kerap kali juga saya perasan anak akan lapar selepas balik dari taska dan mereka agak berbau. Mungkin pengasuh memandikan dan beri mereka makan terlalu awal. Sebab itulah dorang sangat lapar dan berbau lepas pulang dari taska.

Dan dari hari ke hari, saya melihat semakin ramai kanak-kanak dan bayi yang dijaga oleh pengasuh. Yang mana menyebabkan anak-anak saya seakan terbiar. Ini membuatkan saya berazam untuk menjaga mereka sendiri di rumah lebih-lebih lagi selepas adik ke tiga mereka lahir

2) Sejak Anak ke2 saya, Fyrash menjalani pembedahan mata, berat badan Fyrash turun dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Selera makannya juga tidak sekuat dahulu. Bila saya mohon pengasuh untuk memberi sedikit perhatian kepada Fyrash, keadaan Fyrash masih juga tidak berubah. 

Hati saya gusar lagi. Fyrash perlukan lebih perhatian daripada kami dan bukan oranglain. Biarlah saya sendiri yang menjaganya

3) Masa bersama keluarga yang sangat-sangat terhad membuatkan saya berfikir, sampai bilakah saya harus bergantung dengan gaji kerja kerajaan ini dan melepaskan masa-masa keemasan saya bersama anak-anak dan suami?

Mahukah saya lagi terlepas melihat sendiri perkembangan dan tumbesaran anak-anak seperti terlepasnya saya merasai dan melihat sendiri gigi pertama Furqan yang tumbuh?

Saya harus kuatkan hati. Hilang separuh daripada pendapatan isi rumah, bukan bermaksud saya akan kehilangan segala-galanya. Dan tekad saya semakin bulat bila suami mula memberi green light dan bonus yang diterima dari perniagaan ini mampu membantu menambah wang untuk kegunaan dan perbelanjaan saya, anak-anak dan keluarga

pengedar shaklee sabah
Merekalah yang membuat saya BERANI membuat keputusan ini 🙂

4 ) Duit bukan segala-galanya. Walaupun saya memang serius menjalankan perniagaan Shaklee ini kerana inginkan bonus besar, akan tetapi saya belajar banyak benda daripadanya.  Bukan wang yang menentukan nasib anak kita, bukan bos di office yang beri kita gaji ini yang patut kita takutkan, bukan sebab kurang pendapatan sekeluarga, hubungan kita sekeluarga akan terjejas

Pergantungan kepada Allah adalah matlamat hidup saya kini. Biar pun kurang separuh daripada duit yang boleh digunakan untuk berbelanja atau makan lebih sikit, saya percaya dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlukan. Allahlah tempat meminta dan bergantung harap. Allahlah segala-galanya

5) Mudah untuk beribadah. Sebenarnya, bukan mudah untuk melakukan solat sunat Dhuha, membaca Al-Quran di siang hari apabila saya cuma ditemani anak-anak. 

Tapi berbanding ketika bekerja di pejabat, saya kini tidak perlu risau untuk melakukan Solat Sunat Dhuha atau membaca Al-Quran bila-bila masa yang saya inginkan. Saya tidak perlu lagi meminta izin sesiapa untuk melakukannya

6) Kerana yakin dengan Shakleelah, saya mahu dan berani untuk bercuti tanpa gaji. Kerana saya yakin bonus yang saya terima akan mampu membantu menambah pendapatan keluarga kami. Dan saya mahu merasai menjayakan perniagaan ini dari rumah sambil menjaga anak-anak dan suami dengan gembiranya 🙂

PERUBAHAN YANG SAYA RASAI SELEPAS BERCUTI TANPA GAJI SELAMA 3 BULAN


Puan Dilla Jalil yang juga seorang ibu yang membuat keputusan berhenti kerja dan menjaga anak dari rumah

Alhamdulillah.. Banyak perubahan positif yang saya rasai. Antaranya, saya tidak lagi kuat marah-marah  seperti zaman bekerja dahulu. Iyalah, bukannya saya perlu bekerja dan pulang dalam keadaan penat. 

Walaupun penat juga kerana seharian menjaga mereka, tapi saya rasa lebih seronok dan kurang stres kerana saya sangat gembira melihat mereka membesar di depan mata. Dan saya dapat lihat, anak-anak juga seronok bila saya di rumah

Saya juga kini lebih mudah untuk melakukan ibadah dan memperbanyakkan usaha mendekati Yang Maha Esa. Saya berasa lebih tenang dan rezeki pun mudah masuk 🙂

Dan yang paling best, saya tidak perlu apply cuti sekiranya hendak keluar atau suami hendak bawa jalan-jalan. Tidak perlu risau cuti cukupkah tidak, luluskah tidak.. Tidak perlu berkerja-kejar ke pejabat kerana takut punch card merah. Tidak perlu risau hal-hal sebegini.  Paling penting, hubungan kami sekeluarga bertambah erat dan kuat 🙂

Terima kasih Allah atas peluang ini. Moga Engkau beri setahun lagi untuk saya bekerja dari rumah. Terima kasih Allah kerana menemukan kami dengan Shaklee. Semuanya demi mendekatkan diri denganMu, Ya Allah..
Share

5 thoughts on “KENAPA SAYA BERANI CUTI TANPA GAJI SELAMA 3 BULAN WALAUPUN HILANG SEPARUH DARI MATA PENCARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge