Archive | December 2014

KENAPA SAYA BERANI CUTI TANPA GAJI SELAMA 3 BULAN WALAUPUN HILANG SEPARUH DARI MATA PENCARIAN

Tanggal 20 Disember 2014 bermaksud sudah 2 tahun saya bergelar Shaklee Independent Distributor. Dan juga ada beberapa hari lagi akan genaplah 3 bulan saya bercuti tanpa gaji. 

Kedua-dua perkara ini saling berhubung kerana bergelar Pengedar Sah Shaklee lah buat saya BERANI membuat keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama tiga bulan ( sekarang tengah apply nak sambung setahun lagi ) walaupun hilang separuh dari mata pencarian. Gila ka apa? Hihi..

KENAPA SAYA AMBIL KEPUTUSAN BERCUTI TANPA GAJI

Menjadi WORK AT HOME MOTHER (WAHM) adalah antara impian dan doa saya yang saya idam-idamkan dari tahun lepas. Saya tuliskannya di kertas, sebut di depan cermin dan sebut ketika berdoa selepas solat. Bagai tidak percaya, Allah kabulkan permintaan saya ini bermula Oktober lepas selepas 3 bulan habis cuti bersalin

Kenapa saya sangat BERANI bercuti tanpa gaji walaupun hilang separuh daripada mata pencarian kami sekeluarga? Kenapa dan kenapa? Sebabnya adalah;

1) Sejak saya bergelar ibu, mencari pengasuh anak adalah bukan sesuatu yang mudah. Sebagai seorang ibu, saya memang menitikberatkan keperluan anak sama ada anak saya dijaga dengan baik, diberi makan secukupnya dan dberi perhatian yang cukup. 

Kerap kali juga saya perasan anak akan lapar selepas balik dari taska dan mereka agak berbau. Mungkin pengasuh memandikan dan beri mereka makan terlalu awal. Sebab itulah dorang sangat lapar dan berbau lepas pulang dari taska.

Dan dari hari ke hari, saya melihat semakin ramai kanak-kanak dan bayi yang dijaga oleh pengasuh. Yang mana menyebabkan anak-anak saya seakan terbiar. Ini membuatkan saya berazam untuk menjaga mereka sendiri di rumah lebih-lebih lagi selepas adik ke tiga mereka lahir

2) Sejak Anak ke2 saya, Fyrash menjalani pembedahan mata, berat badan Fyrash turun dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Selera makannya juga tidak sekuat dahulu. Bila saya mohon pengasuh untuk memberi sedikit perhatian kepada Fyrash, keadaan Fyrash masih juga tidak berubah. 

Hati saya gusar lagi. Fyrash perlukan lebih perhatian daripada kami dan bukan oranglain. Biarlah saya sendiri yang menjaganya

3) Masa bersama keluarga yang sangat-sangat terhad membuatkan saya berfikir, sampai bilakah saya harus bergantung dengan gaji kerja kerajaan ini dan melepaskan masa-masa keemasan saya bersama anak-anak dan suami?

Mahukah saya lagi terlepas melihat sendiri perkembangan dan tumbesaran anak-anak seperti terlepasnya saya merasai dan melihat sendiri gigi pertama Furqan yang tumbuh?

Saya harus kuatkan hati. Hilang separuh daripada pendapatan isi rumah, bukan bermaksud saya akan kehilangan segala-galanya. Dan tekad saya semakin bulat bila suami mula memberi green light dan bonus yang diterima dari perniagaan ini mampu membantu menambah wang untuk kegunaan dan perbelanjaan saya, anak-anak dan keluarga

pengedar shaklee sabah
Merekalah yang membuat saya BERANI membuat keputusan ini 🙂

4 ) Duit bukan segala-galanya. Walaupun saya memang serius menjalankan perniagaan Shaklee ini kerana inginkan bonus besar, akan tetapi saya belajar banyak benda daripadanya.  Bukan wang yang menentukan nasib anak kita, bukan bos di office yang beri kita gaji ini yang patut kita takutkan, bukan sebab kurang pendapatan sekeluarga, hubungan kita sekeluarga akan terjejas

Pergantungan kepada Allah adalah matlamat hidup saya kini. Biar pun kurang separuh daripada duit yang boleh digunakan untuk berbelanja atau makan lebih sikit, saya percaya dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlukan. Allahlah tempat meminta dan bergantung harap. Allahlah segala-galanya

5) Mudah untuk beribadah. Sebenarnya, bukan mudah untuk melakukan solat sunat Dhuha, membaca Al-Quran di siang hari apabila saya cuma ditemani anak-anak. 

Tapi berbanding ketika bekerja di pejabat, saya kini tidak perlu risau untuk melakukan Solat Sunat Dhuha atau membaca Al-Quran bila-bila masa yang saya inginkan. Saya tidak perlu lagi meminta izin sesiapa untuk melakukannya

6) Kerana yakin dengan Shakleelah, saya mahu dan berani untuk bercuti tanpa gaji. Kerana saya yakin bonus yang saya terima akan mampu membantu menambah pendapatan keluarga kami. Dan saya mahu merasai menjayakan perniagaan ini dari rumah sambil menjaga anak-anak dan suami dengan gembiranya 🙂

PERUBAHAN YANG SAYA RASAI SELEPAS BERCUTI TANPA GAJI SELAMA 3 BULAN


Puan Dilla Jalil yang juga seorang ibu yang membuat keputusan berhenti kerja dan menjaga anak dari rumah

Alhamdulillah.. Banyak perubahan positif yang saya rasai. Antaranya, saya tidak lagi kuat marah-marah  seperti zaman bekerja dahulu. Iyalah, bukannya saya perlu bekerja dan pulang dalam keadaan penat. 

Walaupun penat juga kerana seharian menjaga mereka, tapi saya rasa lebih seronok dan kurang stres kerana saya sangat gembira melihat mereka membesar di depan mata. Dan saya dapat lihat, anak-anak juga seronok bila saya di rumah

Saya juga kini lebih mudah untuk melakukan ibadah dan memperbanyakkan usaha mendekati Yang Maha Esa. Saya berasa lebih tenang dan rezeki pun mudah masuk 🙂

Dan yang paling best, saya tidak perlu apply cuti sekiranya hendak keluar atau suami hendak bawa jalan-jalan. Tidak perlu risau cuti cukupkah tidak, luluskah tidak.. Tidak perlu berkerja-kejar ke pejabat kerana takut punch card merah. Tidak perlu risau hal-hal sebegini.  Paling penting, hubungan kami sekeluarga bertambah erat dan kuat 🙂

Terima kasih Allah atas peluang ini. Moga Engkau beri setahun lagi untuk saya bekerja dari rumah. Terima kasih Allah kerana menemukan kami dengan Shaklee. Semuanya demi mendekatkan diri denganMu, Ya Allah..
Share

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Ya Allah.. hibanya hati melihat anak-anak kecil, warga emas, ibu-ibu dan orang ramai yang berdepan dengan banjir sekarang ini. Banyak tempat sudah bah sehinggakan pusat-pusat pemindahan sendiri pun terputus hubungan dengan dunia luar.

Mengikut berita dari Astro Awani, Kemaman Terengganu setakat ini dikatakan kawasan yang paling teruk dialami banjir sehinggakan rumah penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air dan hanya bumbung rumah kelihatan. Itu belum lagi di negeri Kelantan Dan Perak. Kita doakan yang terbaik untuk mereka

surah hud ayat ke 44

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ketika berdepan dengan banjir adalah;

1) Pergi ke tempat tinggi dan selamat
2) Elak melalui kawasan banjir. Dikhuatiri arus deras boleh menghanyutkan anda
3) Elakkan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan ataupun berjalan kaki
4) Elakkan menyentuh kabel atau wayar yang jatuh
5) Awasi dan perhatikan anak-anak anda. Jangan biarkan mereka bermain di longkang sungai atau lombong
6) Jangan minum air banjir

Anda juga boleh dapati langkah-lankah yang boleh kita ambil sebelum,. semasa dan selepas banjir di blog denaihati.com ini. Terima kasih atas perkongsian Tuan Denaihati

dana bantuan banjir pantai timur
Master Farah Wahida, antara yang mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir. Beliau yang berasal dari Kelantan ini amat risau tentang keluarga dan sanak saudaranya. Sesiapa yang ingin menderma boleh terus menderma ke account yang tertera.. Moga usaha kita yang tidak seberapa ini mampu membantu ramai orang yang terlibat dengan banjir ini

Moga bah ini makin mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta. Ujian yang diberikanNya tanda Dia menyayangi dan mengingati kita. Jom, kita panjatkan doa buat mereka. Moga mereka selamat dan dipermudahkan urusan menyelamat dan bantuan. Aminnn..

InshaAllah, pembelian anda dengan saya bulan ini akan saya salurkan sedikit buat mangsa-mangsa banjir ini. Moga kita sama-sama dapat membantu mereka
Share

KISAH PENYUSUAN BAYI PRAMATANGKU, FYRASH

Teringat dan masih terbayang-bayang di mata kisah kelahiran dan penyusuan bayi pramatangku setiap kali saya melihat Fyrash. Macam rasa tidak percaya melihat dia sebesar ini. Dulu dengan berat 2 kg, lengannya hanya sebesar 1 1/2 jari saya. Kini, Alhamdulillah.. 🙂

tips naikkan berat bayi pramatang
Eirsyad Muhamad Fyrash.. Lahir 2 Ogos 2012 dengan berat 2kg sahaja 

KISAH KELAHIRAN FYRASH


Sedikit kisah tentang kelahiran Fyrash.

Putera kedua kami ini lahir di kala kandungan saya mencecah 33 minggu 5 hari pada 2 Ogos 2012 jam 7.30 pagi . Ia adalah sesuatu yang tidak saya dan suami jangkakan memandangkan putera pertama kami lahir cukup bulan. Dengan berat cuma 2kg, saya terus mengalirkan air mata selepas Fyrash lahir ke dunia

Macam-macam yang berlegar di fikiran saya ketika itu. Saya sangat takut Fyrash dimasukkan ke dalam kaca dan kami ditahan di hospital dalam jangka waktu yang lama. Saya risau Fyrash tidak dapat saya susukan sepenuhnya dan juga risau dia akan mudah mendapat sakit seperti mana ramai orang katakan tentang bayi pramatang ini

Hati saya makin bertambah risau bila mana sebaik sahaja Fyrash dibersihkan, nurse bawa Fyrash jumpa saya hanya sekejap dan selepas itu, bawa dia pergi. Nurse bagitau yang Fyrash perlu dibawa ke WAD NCU kanak-kanak untuk diperiksa lebih lanjut. Dalam masa yang sama, saya cuba juga menyusukan Fyrash tapi tidak berjaya.

Selepas itu, datang seorang doktor menerangkan kepada saya tentang keadaan Fyrash. Memandangkan Fyrash lahir tidak cukup bulan dan saya sendiri demam, selsema dan batuk sebelum kelahirannya, mereka perlu periksa dan analisa Fyrash kerana dikhuatiri Fyrash menghidap jangkitan. Dan saya cuma mampu redha lebih-lebih lagi suami tiada di sisi ;'(

KISAH PENYUSUAN KAMI


Setelah discharge daripada wad, saya segera ke unit NCU kanak-kanak. Saya tidak sabar bertemu Fyrash lebih-lebih lagi saya tahu dia tidak disusukan dengan susu ibu. Dia cuma dibawa berjumpa saya sekejap sahaja semasa di labour room untuk disusukan.

Sebelum saya discharge, suami terlebih dahulu melawat Fyrash di wad NCU. Sempat juga suami kirimkan gambar Fyrash. Saya sesungguhnya sangat sedih kerana kebiasaannya selepas bayi lahir, mereka akan terus berada di dalam dakapan si ibu. Tapi tidak bagi Fyrash. Airmata saya mengalir lagi

Alhamdulillah, dengan berat melebihi 1.8kg Fyrash tidak dimasukkan di dalam kaca. Dan dengan izinNya, kami cuma bermalam selama 1 malam di wad NCU selepas disahkan Fyrash sihat dan bebas dari sebarang jangkitan

Episod perjuangan penyusuan kami bermula setelah balik dari hospital. Dengan berat yang dikira underweight dan bacaan kuning yang tinggi, ia sememangnya sesuatu yang mencabar. Saya sentiasa berfikir cara untuk menaikkan berat badan Fyrash. Dan saya tahu salah satu jawapannya adalah dengan menyusukan susu ibu

premature baby
Aidilfitri 2012. Fyrash belum sampai usia sebulan. Terdapat komen daripada junior di sekolah yang tidak perasan ada Fyrash di situ kerana terlalu kecil 🙂

Setelah mencari maklumat, saya dapati cara-cara ini berjaya bantu meningkatkan berat badan bayi pramatang kami ini

pengedar shaklee beaufort
Fyrash ketika berusia 3 bulan
1) Melebihkan Supply susu ibu daripada Demand

Saya kerap menyusukan Fyrash dan tidak menunggu bayi menangis. Saya akan menawarkan susu ibu pada bila-bila masa kepada Fyrash. Bila saya melihat Fyrash dalam keadaan relax dan gembira, saya akan terus offer susu kepada bayi kami ini. Kaedah ini ternyata berkesan kerana Fyrash tidak pernah menolak

2. Urutan

Saya juga mengamalkan cara urutan yang betul setiap kali selepas Fyrash mandi. Cara ini ternyata seronok kerana Fyrash memang sukakannya. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami berdua

3) Berkomunikasi dengan bayi

Saya akan pastikan saya berkomunikasi dengan Fyrash sambil menatap tepat ke matanya, menyentuh serta mengusap dirinya. Tindakan ini bagi saya sangat penting agar Fyrash tahu yang saya sangat-sangat sayangkan dirinya. Ini sangat membantu Fyrash berada dalam keadaan yang lebih gembira dan seterusnya menyusu dalam suasana yang selesa

4) Jaga pemakanan

Dalam proses ini, penyusuan susu ibu itu sangat penting. Jadi, saya pastikan diri saya mengambil makanan yang boleh membantu saya menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan penuh nutrisi. Saya juga mengurangkan minuman berais dan berkafein

5) Mengambil vitamin dan suplemen yang sesuai

Ketika ini juga, saya amalkan pengambilan Vita Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix Shaklee agar badan saya cukup bertenaga dan tidak cepat stres memandangkan saya menyusukan 2 anak saya secara serentak. Selepas Fyrash lahir, Furqan masih menyusu dengan saya 🙂

Alhamdulillah..dengan mengamalkan kaedah ini berat fyrash 2kg naik ke 4 kg dalam masa 3 bulan. Sampaikan saya sendiri tidak sedar yang badan Fyrash makin gemuk sehinggalah orang sekeliling menegur. Terima kasih Allah..

6) Doa 

Doa ibu adalah doa yang tiada hijabnya dengan Allah. Setiap saat saya memohon kepada Allah untuk membantu saya dan suami agar kami berjaya dalam usaha menaikkan berat badan bayi pramatang kami ini. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar Doa :’)


Bagi ibu-ibu di luar sana, seperti sahabat saya Puan Hidayah Kassim ini yang juga melahirkan bayi pramatang seperti saya, yakinlah bahawa kita mampu besarkan anak ini dengan penuh kasih sayang dan kita akan melihat bayi ini membesar dengan sangat sihat. Jangan pernah putus asa
Sesungguhnya, kasih sayang ibulah antara penyebab bayi pramatang mampu membesar dengan sihat dan gembira

Untuk Fyrash, ketahuilah.. Walaupun kelahiranmu penuh dengan airmata, tapi Ummi membesarkanmu dengan penuh senyuman :’)
Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan atau berkongsi kisah bayi pramatang anda bersama saya. Sesungguhnya, saya amat-amat memahami perasaan anda
Share

KELAS BLOG DAN FACEBOOK MARKETING OLEH SIFU MUHAMMAD FIRDAUS AZIZI DI KOTA KINABALU, SABAH

Pada Sabtu dan Ahad lepas iaitu 13 dan 14 Disember, saya menghadiri Kelas Blog dan Facebok Marketing yang dianjurkan oleh Tuan Muhammad Firdaus Azizi di Sidma College, Kota Kinabalu. Alhamdulillah, sangat banyak ilmu yang saya dapat lebih-lebih lagi tentang penulisan blog dan Power Editor

Jom baca sedkit sebanyak tentang Sifu Muhammad Firdaus Azizi ini

MUHAMMAD FIRDAUS AZIZI


Terkenal sebagai seorang tuan guru Facebook Marketing atau singkatannya FB ADS. Dengan laman web www.firdausazizi.my, beliau disenaraikan antara 4 orang guru Facebook Marketing di wangcyber.com. Juga merupakan murid Akademi Denaihati dan selalu menghadiri kelas Dr Azizan Osman

Beliau dan isteri sama-sama melakukan bisnes online. Isteri beliau iaitu Puan Khadeejah Hasmad merupakan pemilik blog www.diaryofmuhammad.com adalah salah seorang Pengedar Shaklee.

Saya sebenarnya amat kagum dengan mereka berdua kerana kini mereka suami isteri merupakan ibu bapa yang melakukan bisnes dari rumah sambil menjaga anak-anak dan menjana pendapatan yang lumayan. Antara impian saya adalah ingin bersma-sama suami melakukan bisnes sepenuh masa dari rumah tanpa terikat dengan sebarang komitmen luar seperti mereka :). Doakan kami ya!

kelas firdaus azizi d sabah
Sifu Muhammad Firdaus Azizi tengah memulakan ceramah

KELAS BLOG

Semasa kelas ini, Sifu Firdaus Azizi mengajar tentang kelebihan mempunyai blog sama ada menggunakan blogspot atau wordpress. Beliau juga mengajar cara-cara penulisan yang betul dengan penggunaan keyword, ayat-ayat yang sesuai dan cara menulis dengan memilih pembaca blog

Kelas ini sangat padat dengan ilmu dan bermanfaat kepada saya sebagai seorang blogger. Kelas ini banyak mengajar saya tentang cara penulisan yang betul, SEO, penggunaan keywords yang betul dan fokus kepada pembaca yang betul .

Saya juga dapat melihat kesalahan-kesalahan saya ketika menulis entry di dalam blog ini. InshaAllah, selepas ini saya akan mencuba untuk menghasilkan entry-entry yang berkualiti

kelas blog di sabah
Antara yang diajar ketika di dalam kelas Blog

KELAS FB ADS

Di dalam kelas ini, kami diajar tentang Facebook Marketing yang terdiri daripada FB Ads dan Power Editor. Selain daripada itu, kami juga diajar cara menulis iklan Facebok yang betul. 

Cara menulis iklan atau ayat yang digunakan ketika membuat iklan di Facebook amat penting kerana selalunya pembaca tidak suka membaca artikel atau iklan yang terlalu panjang. Cara penulisan yang betul ini dipanggil Copywriting

Bukan mudah sebenarnya membuat ayat yang boleh menarik perhatian pembaca dengan seimbas lalu. Tapi dengan mengikuti kelas ini, saya dapat belajar bagaimana menulis ayat iklan yang menarik dan dalam masa yang sama membuat iklan di Facebook dalam kadar yang murah dan jimat

Alhamdulillah, sekarang ni ada dua dah iklan di Facebook yang saya cuba. Dan nampaknya berhasil. Sehingga artikel ini ditulis, kos 2 iklan saya itu masih di bawah RM30 🙂

fb ads firdaus azizi
KELAS FB ADS

PROMOSI DISEMBER 2014


Buat pengetahuan kawan-kawan semua, bulan ni produk Shaklee yang promosi adalah SR VITA C, VITA-E COMPLEX dan COLLAGEN POWDER ya. Collagen Powder ni promosi tambahan since bermula tahun depan, Shaklee berhenti kejap jual Collagen ni untuk pembaharuan lesen. Mungkin proses ini akan ambil masa selama setahun. Jadi, kena grab sekarang sebelum habis dan putih mata 🙂

SR VIT C DAN VITA-E COMPLEX
BELI 6 PERCUMA 1

BELI 2 BOTOL DISKAUN 5%

BELI 3 KOTAK COLLAGEN POWDER, DAPAT PERCUMA 1 KOTAK LAGI 🙂
Bagi sesiapa yang rasa ingin belajar tentang ilmu blog dan Facebook Marketing, saya sangat-sangat sarankan untuk anda belajar dengan Tuan Muhammad Firdaus Azizi ini. Banyak yang anda akan belajar selain blog dan Facebook

Macam rasa tidak cukup 2 hari belajar dengan beliau. Apapun, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas curahan ilu yang diberikan. Moga Allah bagi peluang lagi berguru dengan Sifu Facebook Marketing ni :).. Amiinnnn..
Share

PERCUTIAN KAMI SEKELUARGA DI KUNDASANG, RANAU SABAH

Salam kawan-kawan semua.. Maaf, 2 minggu ni kami sekeluarga agak sibuk dengan Majlis Perkahwinan adik perempuan saya dan sehari selepas selesai majlis kami terus bercuti selama 3 hari 2 malam di Kundasang, Ranau Sabah
 
Penat jugalah walaupun dikira bercuti. Tapi bercuti dengan anak-anak adalah sesuatu yang bukan mudah. Lebih-lebih anak sudah lebih dari seorang. Tapi saya anggap itu semua sebagai cabaran buat saya dan suami. Dan kami sebenarnya pun sudah biasa melaluinya 🙂
 
Ok, tidak mahu membebel panjang, saya ingin kongsikan tempat-tempat beserta gambar-gambar menarik sekitar percutian kami sekeluarga baru-baru ini.
 
Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Sabah, mungkin boleh memlih Kundasang, Ranau ini sebagai destinasi.

KUNDASANG, RANAU SABAH

Kundasang merupakan pekan kecil di Ranau, Sabah yang terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang menarik. Ini disebabkan ia berhampiran dengan Taman Negara Kinabalu atau Kinabalu Park yang dijadikan tempat untuk permulaan pendakian bagi para-para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.
 
Di sini juga terkenal kerana ia merupakan laluan utama ke Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Kerana itu, ia dijadikan salah satu tempat penjualan sayur dan buah-buahan segar yang ditanam oleh penduduk Kundasang sendiri
 
TEMPAT PENGINAPAN KAMI
 
Disebabkan itu, ada terdapat banyak Resort, Homestay dan Hotel-hotel kecil di sini. Untuk percutian kali ini, kami menginap di sebuah Homestay milik kawan abang ipar saya yang bernama Pondok A.Dinzul. Pondok atau homestay ini memiliki 5 blik, dapur, 2 tandas dan kawasan meletakkan kenderaan yang luas
 
Untuk ke Pondok ini, anda harus melalui jalan ke Desa Dairy Farm dan lalu Mesilau Nature Resort. Walaupun homestay in agak kecil, tapi ia dikira agak murah dengan kemudahan yang ada. Sewa RM400 untuk 1 malam. Dan anda dinasihatkan untuk membawa kenderaan ke pondok ini memandangkan ia terletak agak jauh ke dalam dan perlukan kenderaan untuk berulang alik dari pondok ke tempat-tempat yang ingin dilawati
 
Pondok ini terletak berhampiran dengan Pusat Dakwah Islam Kundasang dan berada di kaki gunung. Sejuk? Memanglah.. Pegang airpun rasa macam tidak sanggup.. Paling seronok, bangun-bangun pagi ja nampak sudah Gunung Kinabalu yang cantik tu.. Subhanallah..
 
Gunung Kinabalu 🙂
Gambar sebelum pulang dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang diliputi awan
 TEMPAT YANG KAMI LAWATI
Antara tempat-tempat yang kami lawati sekitar Kundasang dan Ranau adalah Kolam Air Panas, Poring dan Desa Dairy Farm. Poring merupakan kawasan tadahan air panas. Di sini, ada banyak kolam-kolam kecil yang mana airnya mengalir dari gunung dan daripada kolam air panas.
 
Ada juga terdapat tempat untuk menginap di sini, kolam mandi berbayar yang terbuka dan tertutup. Cuma masa cuti sekolah macam ni, Poring ni cepat penuh sebab ramai orang datang untuk bermandi manda. So, kalau mahu ke Poring silalah gerak awal sikit dari rumah 🙂
 
Yuran untuk masuk ke Poring adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di atas 7 tahun. Begitu juga harga yuran untuk masuk ke kolam mandi berbayar.
 
Belakang tempat dorang bertiga bergambar ni adalah kolam berbayar di Poring ni. Dewasa RM3, kanak-kanak 7 tahun ke atas RM1

 
Comelnya budak perempuan ni bergambar

 
Senang hati. Ambil gambar bersama Mami Yaya
Maaf, gambar kolam tidak sempat ambil since sibuk jaga anak-anak dan sibuk bermandi-manda. Hihi..

 DESA DAIRY FARM

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Tempat ni adalah ladang susu lembu milik Desa Sdn Bhd. Di sini kita boleh lihat proses pemerahan susu lembu dan juga berpeluang untuk memberi makan dan susu kepada anak-anak lembu dan kambing. Yang paling siok, pemandangan dia sangat-sangatlah cantik. Selalu orang cakap sini macam di New Zealand 🙂
Inilah antara pemandangan terawal yang anda akan lihat bila tiba di sini. Pejabat Desa Dairy Farm yang di belakang kami tu merupakan pusat jualan susu-susu hasil keluaran Desa dan juga penjualan souvenir dan makanan. Jadi, kena standby bawa duit masuk di sini.
Fyrash dengan sepupu dia. Furqan masa ni  tak mau bergambar
 
Di Calf Pen.


Tercapai juga hasrat Furqan nak bagi lembu dan kambing menyusu.. Hihi..
Gambar sekeluarga. Payah sudah mau dapatkan gambar 1 keluarga yang cun
Gambar berdua yang jarang berlaku. Rasa macam gambar zaman bercinta-cinta dulu. Gambar ni membelakangkan pejabat Desa Dairy Farm
Maaf, tidak banyak gambar yang menarik. Gambar-gambar anak lah yang banyak. Bolehlahkan 🙂
 
Jika anda ingin bercuti di Kundasang dan kawasan Ranau ini, suka saya ingatkan untuk membawa kereta kerana kawasaan-kawasan yang boleh dilawati berada jauh di antara satu sama lain. Antara tempat yang boleh anda lawati adalah Taman Kinabalu, Kundasang War Memorial, Tagal dan banyak lagi 🙂
Dan sekiranya anda mencari Perkhidmatan kereta atau van  sewa dan Homestay untuk disewa di Kota Kinabalu, Kundasang Ranau dan seluruh  Sabah, anda boleh hubungi wakil kami, Encik Mohd Fadzly di talian 013-5425450 atau melayari www.encikbos.com
 
Selamat bercuti semua 🙂
Share